Thursday, May 17, 2012

Thanks Mr. Bos

Dapat hadih jewelery dari bos ni memang dah biasa
banyak jugaklah koleksi jewellery yang aku simpan
mungkin kali ni pelengkapnya kot
tapi aku ni jenis yang malas nak pakai
sib baik bukan Emas noh...
kalau idak jenuh la dok kena bayar zakat
Bos aku ni suka bagi menda menda cenggini sebagai imbuhan
kalau ada keta yang berjaya dia jual. dapat la aku sikit sikit
aku pun tolong dia jugak dalam proses penjualan kereta tu
mungkin sebab tu kot dia belikan aku benda benda cenggini.

sebelum ni ada juga dia belikan aku gelang & cincin
kiranya satu set la barang silver aku. cincin, gelang & rantai
jimat.. tak yah beli sendiri

yang ni pulak loket. dia beli loket saja tanpa rantai
senang le kan, bila rasa nak pakai loket ijo, tukar je kat rantai tu


Note:- belum rasmi lagi pakai ni.anak kecik ni rimas la berjewellery bagai.

Wednesday, May 16, 2012

Peristiwa di Pagi Hari Guru 16/5/2012

Semalam dalam pukul 8.00 mcm tu la, Amirul ckp esok hari guru Mirul nak bagi coklat hat ibu buat tu kat cikgu Sarah.
ish.. dah malam baru nak bagi tau. tadi kenapa tak call ibu ckp. at least boleh la ibu pergi beli bahan bahan yang nak buat coklat. 
Bukan tak de lebihan coklat tu, cuma softener tu dah habis. softhener yang aku guna pulak bukan yang biasa tu. kena beli softener coklat punya.


Tak per, godek godek tengok dalam bekas tu, mana tau kot kot ada sikit. Syukur Ada la ciput je. boleh la dari tak de langsung kan. Dapat la aku buat cenderahati untuk Cikgu Sarah dia tu.


Pagi tadi aku dah siap packing cecantik. siap letak tape lagi. takut terbukak bpulak bila Amirul carry
pas tu baby sitter call tanya, Amirul nak bawak apa ke sekolah hari ni?
Aku selamba derk ja la jawab. Mcm biasala la kak. bekal yang kak bagi tu
dalam ati dok ingat, mungkin hari ni mak sitter tak masak kot. mungkin mirul tak de bekal hari ni
tak pe la, bagi duit lebih tuk mirul

Lebihan coklat. Nak bagi kat sapa la pulak

ok sambung, masa hubby nak hantar budak budak tu kesekolah aku tengok dorang tak bawak beg, Amirul pun return balik beg sekolah dia. Pas tu dorang ckp dorang ada bawak makanan tuk jamuan hari guru

Hah...apa plak ni. Amirul tak ckp pun ttg jamuan!!!
Lebihan coklat bentuk bunga. dok berkira kira nak sedekahkan kat org je ni
aku bagi kat anak Mak Sitter yg preggy tu
dan my colleague. but still ada 2-3 ketul lagi kat dlm fridge tu. 

Then Mak sitter call ckp dalam bekas makanan Amirul tu Ada Nasi goreng & bengkang 2 tupperware. kalau nak satu tupperware leh la ambik. lagi satu bagi je kat mirul bawak pergi sekolah.

huh.. nasib baik Mak sitter titipkan bengkang untuk Mirul wat portluck kat sekolah dia.
nape la, dia tak ckp dia nak buat jamuan. kalau idak aku bakar satu kek coklat moist semalam ni.

tetiba teringat pulak.

terus aku sms cikgu Sarah suruh dia pergi ambil coklat kat mirul. risau jugak aku. sat dia ingat coklat tu tuk jamuan pulak.hehehe...

sebab semasa aku packing tu dia ada mintak nak bawak semua coklat  tu untuk bagi kat kengkawan dia.
harap haraplah cikgu sarah sempat ambik sebelum benda len pulak yang jadi.

by the way 
Selamat Hari Guru untuk semua guru di dunia. termasuklah cikgu cikgu ai yang 
mengajar ai di sekolah dulu & termasuk jugak kepada Lecturer yang
mengajar ai masa kat University.
Saya sayang cikgu
saya sayang Lecturer
&
the big hug for my whole life teacher
my Mum. hug you tied tied.
mmmmmmmmmuah...


Bayi Suka Makan Buah Tomato

Bayi sapa suka makan buah tomato mentah angkat tangan
Bayi sape lagi bayi ai la, si Aleesya Dania tu
hehehehe



Tengok le tu di siat siatnya buah tomato tu hai..
sejak ada gigi ni asyik hilang je sayur aku tu. hehehe...

Senang je nak ngasuh dia ni, bagi je carrot ke, tomato ke baby corn ke
dia mengunyah sayur tu diam le
kalau idak ke sana ke mari dia ngukur rumah.


tengok tu dah sebelah dah habis di kerjakannya
hai.. mcm Amirul jugak adik ni, suka makan tomato mentah

hahaha.. memang jelas kelihatan bekas 2 puntung gigi dia tu
terlekat pada kulit buah tomato ni


note:- sejak kecil mcm ni le kena ajar anak anak makan sayur.

Tuesday, May 15, 2012

Why She's Crying?

Stroller ada tak mau guna,  susah nak jenjalan sebab orang ramai
last dok guna bb carrier ni le
then masa sampai kat Strawberry Farm tu
Aku pasang le, baby carrier ni kat dada hubby
terus je Aleesya melalak, kuat kemain
pujuk le aku ni, tepuk tepuk la, acan acan la mcm mcm nangis jugak

Then hubby angkat punggung dia masa bergambar ni, dia ok
pulak

ok pulak kan, siap leh tengok camera lagi

Pas tu kan, hubby mula la gerak ke ladang strawberry
tetiba nangis semula. apa ke hay budak ni
aku pun belek belek la dia, mana tau kena sengat dek lebah ke apa ke
belek le aku ni
ghuper ghupernya, aku dah belitkan kaki dia sebelah kiri tu dengan tali merah tu
sian dia, srry ye sayang...

Unik kan bentuk strawberry ni. Bentuk bunga. hubby le suh aku snap ni.
mungkin tak de rezeki kami, ladang di tutup untuk umum..
sebab buahnya belum cukup matang lagi
dah tak de jodoh aku petik strawberry, nak wat cam ne

ok, dah ceria wajah Aleesya
kaki dah tak sakit.

tengok pokok strawberry pun hanya di balik tirai besi ni
nak suruh aku datang lenkali le tu..
hehehe...

nota:- pas ni kena hati hati semasa memang beg carrier tu.
sian anak dara ibu. sori ek.

Booking Sudah

Standard ar kalau  booking flight kat Air Asia ni. Mesti lambat punya.
Termia kasih ibudamia sebab menghebahkan Free Seat ni kat Blognya semalam

Apa lagi, aku plak balik umah hebah kat jiran aku yang kawin ngan orang sabah tu
hari ni dengan penuh ketekunan dan kesabaran
aku booking  Flight Tiket ke satu destinasi
Ke mana? 
hehehehe... nanti nanti ar bagi tau.


Ni ha.. email dari AA.
masa time nak wat payment tu
menunggu sampai time out. tunggu sms tak dapat dapat
hishh...

Berkat kesabaran aku
yehahhhhh.... dah selamat booking
kami 4 beranak okey.


note:- lepas ni kena gugel gugel utk hotel la pulak

Monday, May 14, 2012

Ish..Pantang Nampak.

Tengah tengah asyik bershopping, aku pulak nak terkucil
mak ai.. jauh benot tandasnya, kat atas bukit nun
Jadi aku tinggalkan Aleesya  & Amirul kat papanya
hehehe.. memang dah tabiat aku, suka benor tinggal budak budak tu kat papanya
bila aku meroyan bershopping

Sambil tunggu aku selesai berkucil semua tu. dorang layanbergambar le
dah selesai semua sempat lagi aku rembat cheese cake strawberry
huh.. asyik berstrawberry  je, sib bai tak cherry berry

jadi mat bung la pulak anak teruna ku ini

Kat sini pun banyak gak souvenir. tapi aku tak beli satu pun patung patung ni
malas lah, kalau letak kat umah pun bukannya baik sangat.
 
Ha ni le.. kalau  nampak je kat Amirul mesti nak naik
tak sedar ke yang ko tu sudah besar
menan menan semua ni dah tak sesuai
tapi.. ada dia kesah?
nak jugak naik..
siap dok mintak  coin.

pandai dia noh. mintak kat aku 50 sen, pas tu mintak pulak kat papanya 50 sen
ingatkan mintak coin nak masuk tandas, upernya nak menunggang benda alah ni

Tengoklah saiz dia tu. memang dah tak sesuai naik itik ni
dah besar kan.. tak payah la main menan budak budak

kemana pergi pun benda ni jugaklah yang dia suka
kat Penang pun berlambak benda ni.
haish.. masa dok habis ngan menan dia ni le.

note:- marah marah sayang..

Strawberry Chocolate Caraku

Masa pergi CH that day, masa kat Pasar Tani tu, my BIL ada le beli strawberry coklat dalam 3 cucuk mcm tu la. tak sure la pulak bapa hengget. dia beli untuk Amirul

Tapi, penjual tu buat chocolate tu dengan chocolate masak
haish.. tak berpalut pun kat strawberry.  Sian anakkku. makan jugakla
akudah janji nanti balik rumah ibu akan buat yang sedap untuk mirul okey!

Ada le yang jual strawberry berpalut coklat tu, tapi si jual tu pulak orang cina
makanya terpaksalah my BIL beli kat sati Indon yang bertudung tu
ingatkan bila dah sejuk, dia boleh berpalut
tapi, jangkaan kami meleset. hahahaha

Biasalahkan, aku kan pembuat chocolate tegar gitu. jadi masih ada la lebihan chocholate yang tersimpan di rumah.
Mood tengah baik & amirul pulak request nak makan
pas tu ada janji ngan Mak buyung a.k.a anak Mak mengasuh tu tuk buatkan 

Jeng jeng jeng dah siap pun. masa untuk ngap!
Banyak jugak la yang aku dapat. berbaloi baloi
hubby pun yang tak makan masa kat CH tu pun bedal sama
 
Kebetulan my brother ada datang umah
aku pun buatkan untuk dia jugak
masih ada strawberry dalam fridge tu. kalau rasa nak makan leh la buat lagi.

note: Hati puas bila orng tersayang suka makan makanan yang kita sediakan!!!
ups.. jgn guna chocolate masak utk buat stawberry chocolate okey!