Wednesday, July 14, 2010

Amirul & kumpulan No & 3

Masa on the way nak balik dari Bukit Merah tu.. Tak semena mena hubby cakap no & 3
So ingatkan dia tak kasi lalu kat restoren tu.. Rupa-rupanya .. Mamat kumpulan "No & 3" ni sedang parking kat situ..


Amirul dengan kembang kembang idung ler dapat bergambor dengan kumpulan raja lawak No & 3. Aku plak tersasul panggil Pok usu ni "PAK TAM"....
Buat selamba jer suh Amirul bergambar ngan Pak Tam.. Walhal Pak usu..haish malu jer aku ni..


Yang ni plak bergambar dengan " Anu". hish.. nama cam simbolik for tutttt.. jer. kikikik.. Suka gak aku tengok sitcom dorang masa Raja lawak tu dulu.
Ala.. part sabun katak tu....


Nota: Sib baik aku tak cakap " Poh Paleh Weh" ( ayat Pak Tam) kikikikik...

Monday, July 12, 2010

B'day ku ke 31

Hmmm.. dah 31 umur ku semalam ( 11/07/2010). Dah tua la haku ni. Tak yah ler kek kek bagainya. Selalunya kek b'day tu makan sikit jer. last keras kat dalam Fridge jer..

Muka hubby letih, Baru lepas cat umah. Letih letih pun ingat gak B'day isteri yer bang...
Terima kasih.. Cayang abang... muah muah
Pandai pilih tempat. Nice View. Suasana rasa romantik gitew.. chewah perasan kejap. Bagi lah aku layan jap. Time tengah duk tunggu makanan yang di order..
gedik gedik la kejap.

Ni pulak Amirul yang snap. Banyak kali dia duk try. gambar semua bergoyang.
Dapat sekeping dua pun dah cukup ler. Bateri camera tak charge. so.. guna HP jer la.

Ha... makanan dah sampai.. Baca doa dulu. itu penting. supaya kita tidak jamah makanan tu bersama-sama setan..

Ha.. Amirul terkejut pula tengok esblen tu. Dia order sirap limau. Tapi dok berkenan air aku la pulak. Last.. aku minum Air husband, Amirul Minum Air Amirul & Amirul minum air aku. kikikik...

Telur dadar ni adalah pesanan wajib untuk Amirul. Sebab dia memang hantu telur


Hubby pulak memang suka sup cendawan. aku ni biasa la. Apa yang dorang makan aku makan. Tak memilih. Sebab tak memilih la aku gedebom cam gini.


hmmm... menjamu selera la. apa lagi tunggu. makanan dah kat depan mata.
P/s. Terima kasih abang bawak kami mkn kat sini. Pandai abang yer tak nak mention masa Amirul tanya kita nak makan kat mana.. Tempat ni memnag romentik la suasananya...
Terima kasih sekali lagi..

Thursday, July 8, 2010

Bukit Merah Lake Town

Lama tak hup date blog aku ni..
Dah la malas.. kesihatan aku tak bapa baik
so.. sepi ja la kan..


19/06/2010 ( citer lama) . aku peram jer citer ni..
berpanas panas bontot jengah kat Bukit Merah Lake Town resort.
Aku tak mandi.. sebab air klorin tu tak baik untuk kesihatan aku.
kalau nak sihat kena la control XTVT..
walaupun dalam hati gedik sangat nak main air kloring tu.. kikikiki

ha... ni la side kit aku bila pergi jenjalan. Tukang layan anak aku yang sorang tu
So Amirul jadi " The Torn Among The Roses" la...
Ni semua adik adik ipar aku.. cayang korang!!!! muah muah


tak sempat nak snap SIL naik Boomerang ni. gayat giler!!!
Masa anak dara dulu aku suka la meroyan dengan Boomerang ni..
Teringin gak nak naik. Tapi.. sabar.... sabar.....


Layan jer la karenah anak kita tu bang.... sampai mulut biru pun still nak main air lagi.


Peristiwa yang best tu.. Adik ipar aku siap sound dua cople yang sedang beromen kat dalam air.. memang tabik spring!!! la aku ngan dia. good sis keep it up..






Wednesday, June 23, 2010

Happy Father's Day

Kalau dah sambut mother day.. mesti la ada untuk father's day kan..
Tapi... untuk father's day ni, kami tak celebrate makan makan bagainya..
Cuma kami menghabiskan cuti bersama jer..
Kat Mana? nantilah aku kasi tau k...

Walaubagaimanapun.. Amirul tetap menggunakan kreativitinya untuk menambat hati insan yang bernama "PAPA"

Bahagian tepi tu,( yang warna hitam) dia ambil double side tape. Kemudian... manik manik aku
yang aku simpan kat dalam bekas jarum tu di kutipnya dan dilekatkan diseluruh bahagian yang dah di letakkan double side tape..

Dia tak pandai tulis lagi.. so dia suruh aku tulis kat white board, kemudian dia tiru ( transfer kat kad). Memandangkan hubby kerja malam, so bila pulang pepagi tu, dia paste kan kad ni kat cermin besar hall umah.... Bila hubby pulang.. tengok jer kad ni ( mesti touching punya)


Amirul memang rapat sangat ngan PAPA dia. Maklumla anak sorang, lelaki pulak tu. Kekadang dorang berdua habiskan masa berjam jam kat padang bola, dewan badminton dan yang paling kerap... kat Pasar Malam kikikik...


Kalau kat umah pulak, macam ni ler. melekat jer dorang tu. Hubby jarang marahkan Amirul. Aku ler yang selalunya garang dengan Amirul. Tapi Amirul ni , paling takut ngan PAPA berbanding aku ibunya ni...
Nota:- kena didik & latih anak untuk sayang papa. Jika terkurang layanan aku utk hubby, at least layanan anak sebagai pelengkap...







Hari Guru & Hari Ibu Serentak

hai... lamanya aku simpan gambar ni untuk di N3 kan..
Sempena hari ibu dan hari guru tempohari..
kaum ibu seperti aku dan rakan rakan sekaum denganku meraikannya di Tadika (PASTI)



hmmmm... untuk tidak pilih kasih, kek cikgu & kek ibu sama perasanya.. kikikik

Ni ler wajah wajah kesayangan Amirul.yang kurus tu Cikgu Azean ( cikgu peljar 6thn) Yang tengah tu cikgu masak ( cikgu Siti ) dan yang tudung koko tu cikgu Aton ( cikgu Amirul ler)
Dalam banyak banyak cikgu, Cikgu masak yang Amirul paling sayang...
Dari segi kelembutan, memang cikgu Siti ni patut di sayangi murid muridnya..
mungkin sebab selalu menyediakan juadah untuk murid murid menyebabkan dia lebih dikasihi..


Ha.. sesi bergambar, anak & ibu. hish.. raga jelly tu lindung muka Amirul la pulak. Aku pulak sambil suap kek, nak tengok kamera!! kikikikik..

So.. untuk take turn ambik gambar ni, ibu bapa dan murid kena beratur. seronok rasanya..
sekali sekala buat cam ni, rasa cam zaman kanak kanak dodulu la pulak..

Last.. aku dapat ciuman istimewa dari Amirul berserta dengan sejambak bunga ros..
Touching gak la.. bila dia ucap selamat hari ibu untuk aku nih... muah muah!!!

kan ku abadikan kuntuman mawar ini.. agar sentiasa mekar.

Nota: Hari ibu sering di rai dengan meriah, Hari bapa kenapa ingat ingat lupa???


Wednesday, June 9, 2010

Hasil yang dikerjakan Amirul

Baru 51/2 dia sekolah. tapi.. coulour pensil dah berkotak kotak aku beli.
Mana taknya ada yang hilang. Ada yang tertukar dengan kawan.. macam macam..


Ini pensil color yang pertama aku beli. Dapat jer sharpener di asahnya sampai tak ingat dunia.
semua dah jadi panjang pendek. Memang niat nak beli color pensil yang murah jer. Tapi kesian pulak aku tengok dia mewarna. tekan tekan tapi warna tak terang.


So.. lepas jer dia kerjakan color pensil yang 12 batang tu, dia mintak yang 24 batang pulak. Katanya, kengkawan dia beli color pensil yang besar. so.. dia nak yang besar jugak. hai.. color pensil LUNA ni bukannya murah. Kopaklah pket aku nih...



Sebagai usaha untuk menjimatkan, aku tak kasi dia asah guna sharpener. Tiap tiqap malam aku akan asah pensil warna ni dengan pen knife jer. so boleh la jimat sikit. tapi... bila pergi jer sekolah
bawak pensil warna panjang... balik bawak yang pendek!! sebab... guna sharpener kat sekolah.
Akibatnya:-


Macam ni lah jadinya. Amirul.. Amirul... belum kira pemadam, pensil dan kotak pensil yang dah berkali kali aku beli. Bila la ko nak belajar simpan sendiri barang keperluan??? Pernah jugak kopiah dia pun ditinggalkan di dalam bas. Kalau anak tunggal mcm tu ni la... semua benda ibu yg uruskan.. so lambat sikit nak indipendant...
Kalau dia ada adik, may be responsibility tu akan datang dengan sendirinya kut.. harap harap ler.




Dah janji

Amirul tanya, dia dapat no: 2 nak bagi Hadiah apa?
Garu garu jugak kepala aku nak bagi jawapan. Then malamnya aku bincang ngan hubby,
hubby plak cadangkan supaya kami beli basikal sebagai hadiah.
Ni ler basikalnya. Harga kat Penang dalam RM 175.00 cam tu la. Then masa on the way nak balik umah ayah tu, kami singgah kat Tikam Batu Sungai Petani. Dapat la Basikal ni dalam harga RM 140.00 . Kalau Amirul tak dapat no 2 pun memang kami nak beli. sebab basikal lama dia dah kecik sangat.
So.. petang petang Amirul akan naik basikal ni meronda ronda kat area perumahan. Bila dah senja dia akan bawa basikal kat tangga & kunci. aku bagi kunci spare satu kat baby sitter. Kekadang tu aku terlewat balik kerja dapat jugak dia main.