Monday, October 25, 2010

Maksu Kacang Kahwin...(23/10/2010)

Masa biras aku call ajak gi makan kenduri kat Bandar Baru. Aku tak sure weather want to go or not, cause on I'm working on that saturday. Tapi bila dia cakap yang nak kawin tu adik bonsu dia. shafinaz ( Peanut) kita panggil dia. kalau peanut omputih panggil kacang ler. Tapi kalau aku panggil depan dia kacang, mau hangin dia nanti. hiksss. kaco ko penaut. ala.. lepas ni ko dah jadi bini owang kan. dah tak leh kaco dah..

Tak sangka lak yg pengantin pakai baju ijo. kebetulan aku pun pakai baju ijo gak. Kesian maksu peanut sebab dia demam masa hari kawin. so memerep kat dalam bilik jer. Masa aku sampai sana pun tak leh jumpa dia sebab dia gi klinik ambik ubat.

hohoho.. aku tumpang ambik seri my SIL tu. mana tau kot kot lepas ni dia pulak tingin nak kawin. Haih.. bila ko nak kawin Midah?

Masa time makan selalunya Amirul akan cari papa dia utk kacau. saja nak bertenggek kat atas paha papa. kejap nak makan kejap tak nak.


Hubby lak puas dok pujuk suh makan. bukan apa jap lagi bila on the way balik dia lapor pulak masa kat dalam keta. selalunya mcm tu la pangai dia. masa makanan ada tak nak makan. tengah tengah highway dia mintak nasi.

semulut dua ja dia jamah makan. itupun bila hubby yang suapkan. Aku kat sebelah ni membedal jer la tak hingat donia. Lapar ler perut aku time tu. yer la kan baru abis kerja kul 1.00. pas tu tak makan lunch lagi.


tengah sonot makan, dan lagi nak bergambo. yer la kenangan makan kenduri Maksu peanut la katakan.

Hubby lak, sambil makan sambil citer tentang bola. Malam nanti Kedah lawan kelantan. Wah semangat betul dia tu kalau cita ttg bola. dok borak ngan biras aku sebelah tu la.

sambil makan nasi tu. nak makan laksa jugak. last ambik laksa campoq sekali ngan nasi. Tak pening ke abang?

Ni ler biras aku tu. suka sangat nyakat Amirul. So apa lagi amirul snap jer gambar dia.


my SIL and anak dia yang comey. buat aku geram jer tengok lelama.


Sebelum nak bertolak balik tu. berborak borak kejap. Yer la bukan selalu jumpa. Lagipun lepas ni aku ada plan lagi nak berjalan jalan... Nak ke PARIT BUNTAR la pulak...
windu orang parit buntar.best best dapat jumpa.
nota- Maksu peanut, ko terkejut ke jadi isteri orang? darah gemuruh gak ko yer.

Friday, October 22, 2010

Rasa macam kerja dalam Jamban....

Assalamualaikum......

Korang pernah tak masuk tandas selepas jer mak cik cleaner cuci jamban? mesti korang tau kan bau macam mana... Bau dettol. tul tak? Lain ler kalau Mak cik cleaner tu guna pencuci toilet yang mahal sikit. so ada ler bau limau sikit, lavender ke hape ke..

Ok. kat bilik aku ( office ) ada ler menda aior purifiers ni. gambo ni aku ambil kat google. yang kat dalam bilik aku kaler ijo. Jarang sangat ler aku guna. sebab kata orang bau bauan ni ada cemical. then leh sebabkan cancer. so, aku guna ikut mood aku ler. Kalau aku rajin, aku gantikan pewangi itu, pewangi ini.


Untuk air wangi ni aku selalu gi beli kat Jusco. Sejak Mak Cik promoter periuk tu tak der kat Jusco. aku dah macam putus bekalan pulak. Yer la Mak cik periuk tu pun dah tak kojer kat Jusco. Lagipun sekarang Jusco dah tak jual benda alah ni. Makanya terpaksa la aku order pulak kat cosway. Tahu jer la kat cosway tu, kejap offer kejap idak. kejap ada barang kejap out of stock.
Kebetulan, ada la hari tu aku datang lambat. Pukul 2.00 ptg baru aku masuk office. Bukak jer pintu aku bau macam kat Jamban. Bila aku masuk jer bilik. Masya allah, partner aku dah masukkan Dettol dalam Purifiers ni. Satu office ler bau dettol. Wangi ker bau dettol tu?
haish!!! sambil kerja dok pening pening lalat, rasa mcm kat dalam jamban.


Ha.. ni ler dettol tu. Owang wat cuci luka, cuci lantai toilet ko wat air freshner plak. Last aku gi jumpa bos.. then usik dia sikit. " Ada orang berak dalam Office ke'? Bos pun heran. Ada org guna dettol cuci.. U tak bau ker? kah kah kah kah kah..
Bila jer partner aku keluar, aku terus off. hai, nak tegur dah tua pun. tak kan ler benda simple tu pun tak tau. Put the right thing the right place ok...
nota:- kalau dia buat sekali lagi. aku memang akan sound jer dia tu. akai ada ka?


Thursday, October 21, 2010

Aku betul betul terkilan....

Sehingga hari ni aku masih lagi bersedih. entah mengapa aku asyik memikirkannya. Walaupun ianya remeh bagi orang lain, tapi sukar aku utk terima...

Salah siapa? akukah? diakah? takdirkah? semuanya menghantui fikiranku. Apa perkataan yg harus ku ungkap untuk memujuk diriku ini...

Maaf yer, hakikatnya aku memang terkilan sesangat. Mak ngahku dijadualkan berangkat ke tanah suci pada 19/10/2010. Masa kenduri kesyukuran, ku sengaja tak nak pergi, sebab aku nak ngantor masa dia berlepas kat Airport sebelah umah ku jer ni.


18/10/2010 jam kul 04:30 cam tu cousin aku, Idan telephone cakap yg dorang dah sampai kompoleks tabung haji Bayan Lepas. Aku still kat office, then aku bercadang lepas magrib baru aku nak kesana. Nak bawak sekali kopi panas untuk mak ngah.Aku memang nak sangat berjumpa mak Ngah sebelum dia berangkat besok pagi.

aku dah siap, nak bertolak dah ni. dalam masa 15minit lagi sampai la aku kat komples tu. then Idan SMS ckp, Mak ngah dah masuk bilik sebab dorang pun nak balik kedah dah. Hairan aku, nape? Mak Ngah nak masuk bilik awal sangat.



Airport ni bertentangan ngan umah aku ja. Cuma tak leh ler masuk direct. kena le ikut pintu masuk yang jauhnya cuma 10 minit jer dari umah aku. Pagi 19/10/2010 aku tak sempat nak jumpa Makngah sebab dia dibawa masuk ke lapangan terbang dengan Bas. Hanya bas jer aku nampak. Mak ngah kat mana? terkilan lagi aku.



Aku harap mak ngah selamat sampai dan selamat pulang. Inilah takdir Allah. Hanya dengan izin dia kita bertemu dan dipertemukan. siapa yang boleh ubah kekuasaan allah. Aku redha dengan takdir ini. moga moga bila dia pulang nanti aku dapat berjumpa dengan dia.

nota:- Ya allah, adakah ini semua satu petanda?

Aku benar benar menyesal sebab tak pergi masa kenduri kesyukuran tempohari di rumah Mak ngah. sob..sob.. Maafkan ana Mak Ngah.




Aku Bersama mereka...

Pertemuan yang begitu singkat, tak ku lepaskan untuk mengabdikan kenangan di ruangan ini.
Walaupun sejak kecik ku tak mebesar bersama. bermanja dengan mereka. Namum ikatan persaudaraan tak semestinya putus begitu saja...

Sejak kecil ku tahu aku ni Orang Melayu Banjar dan nenek orang melayu. . Tapi maaf yer aku langsung tak tau nak berbahasa Banjar. rasa rugi pulak tak belajar bahasa ibunda ku sendiri. Bukan aku ja yang tak pandai berbahasa banjar , sepupu sepapat ku pun sama. kikikikik..


Ini adalah Paksu ku. Dalam usiaku lingkungan 6 thn aku dah pun berpisah dengannya. Hubungan kami tak semesra mana. Tapi setelah Bundey ( panggilan utk Opah). meninggal kami menjadi rapat kerana sering bertemu. Lantaran ayah pula bergilir gilir menjaga Tok wan.


Bila ku peluk nenek ni, rasa mcm kupeluk Bundey (opah) pulak. Aku pun tak tau nak panggil apa kat nenek ni. yang pastinya bila bertemu denganku dia syik melatah dan cakap " melampor kar yer" udah besar panjang ndak mari nengok aku ni"... kikikik... faham ler kalau dia loghat melayu. Hubby? langsung tak faham apa dia cakap. kahhhhhhhh


Ini pula isteri sepupu aku. Masa berjumpaan hari tu, dia ada familly day kat Hadyai. Sian si isteri ditinggalkan. Orang Penang, Orang Sungai Nibong. Anak MAMI.



Ini sepupu aku jugak, anak Mak Lang Rodhiah. Dok belajaq nun jauh di SARAWAK. walaupun jarang bertemu tapi dia ni peramah. ku suka. sebab tak rasa kekok bila berbual. Jaga diri baik baik yer kat negeri orang tu.



Ni ha.. anak Pak Su dan anak Pak lang. Maaf sesangat sebab kak ana terlupa nak tanya nama korang. by the you all sporting sangat. LOVE u all. semoga kita selalu berjumpaan.




hikss... nak gak photo berdua duaan, Amirul yang snap. Dia jeles kalau aku rapat rapat ngan hubby. "Ibu jgn dok cinta cinta ngan papa, cinta kat Mirul dah tau". kahhhhhh... So, nak cover lain kena le jauh jauh sikit.
Nota:- Amirul, ibu cinta dua dua. (Papa & Amirul.) muah!muah!muah!





Friday, October 15, 2010

Terima kasih kerana Bertanya....

Namapun kerja, tugas ku seharian berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. kekadang soklan yang pelik pelik dorang tanya.

Tapi lain pulak customerku kali ni, sambil aku mintak nak photostate IC nya, dengan spontan dia bertanya.
Kak... sebelum ada mesin photostate ni, macam mana akak buat salinan IC?. Dalam ati tu rasa cam pelik ja soalan dia. Ku tengok IC number, umur dia lagi tua dari aku.


sepatutnya dia lebih tahu, setahu aku sejak aku lahir, memang photostate mesin dah ada. Atau adakah aku nampak macam nenek nenek. sebab tu dia tanya soklan macam tu?


google punya google ku jumpa photo ini.



Oooo.. mcm ini rupanya mesin photostate dodulu. Then, masa si gieyana datang umah tempohari, husbannya ada explain tentang photostate lama ni. walaupun aku tak dak pengalaman melihat dengan 2 bujik mata ni. at least Penerangan (Munir) gie's husband tu, at least aku leh dapat info sikit. ma kasih noh...






nota:- Lepas ni kalau sesapa tanya aku, leh la aku jawab dengan cepat dan tepat. ( chewah, cam nak jawab soklan peksa lak)...

Voucher last till 15/10/2010

Minggu lepas my friend ada bagi voucher kepci ni. dari mana la dia dapat satu stack aku pun tak tahu ler. Dia distribute sowang satu keping. So.. last sunday aku borink sangat kat umah & ajak ler hubby makan Kepci. Aku order yang rega 15.80 tu ja. Mana la leh habis kalau beli yang banyak tu. tul tak????



Selalunya ayam ni hubby & amirul la yang gemar. Aku tak bape suka. Then utk kesukaan tekak aku, ku order burger pakage JOM JiMAT ( Set B).

hoho.. utuk 3 ketul ayam, hubby punya tau. Amirul makan satu ketul jer. dia tu excited ja lebih nak gi Kepci tapi bila makan, gitu gitu jer la...


Memang tak habis utk di makan kami bertiga. Air minuman Amirul pun baru di sedut sikit jer. aku plak apa lgi memang kenyang. Bila dah abis 3 ketul ayam, hubby nak ke mesin ATM sebab jap gi nak soping lak kat GIANT .


Punya la selamba aku wak Amirul gi basuh tangan semua. Then mamat cleaner tu pun datang ler angkat semua plate & sebahagian dish yang belum habis tu.

ups.. tetiba jer si Amirul ni gi balik tempat tu, then sambung makan. Mamat cleaner tu dah jadi cam serba salah pulak sebab dia dah pun tuang lebihan makan kami. Nasib baik seketul ayam Amirul tu belum lagi. Air pun belum lagi. Amirul ngan selamba jer ckp. Awat simpan dah? lapaq lagi ni... kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Mestimamat tu rasa terharu.
Then aku tunggu sampai Amirul habiskan ayam yang cuam ciput ja tu. Kemudian masuk GIANT, Shopping!!!!!!!
Nota :- Voucher pun kena bayar lebih kurang sama jer dengan beli tanpa voucher. Hikssss

Thursday, October 14, 2010

Penangan Komanwell di New Delhi...

Syabas!!!! Amirul Hamizan sebab jadi penyumbang pingat Emas pertama Negara dalam acara angkat berat. Memang kami se familly minat sangat nonton aukan olimpik, sukan Sea, sukan Komanwell dan banyak jenis sukan lagi ler..

Secara tak langsung Amirul pun terkena tempias minat ngan sukan jugak.


ish.. memang Power la dia leh angkat berat, walaupun size dia tak ler gemuk. Dalam keasyikan menonton tu, tetiba ja hubby cakap " Muka Amirul Hamizan tu mcm Amirul la". ( saja nak jack si Amirul ni. Apa lagi kembang kuncup kembang kuncup la idung dia.. kahhhhhhhh...

Then aku pun nyampuk, mentang mentang dapat Pingat Emas, muka terus jadi sama. kalau kalah langsung tak nak ngaku. kikikikikik.....



Tengok betul betul ? ada iras ka? hohohoho.. kalau la aku leh snap gambo amirul sedang kembang kuncup kembang kuncup tu mesti leh wat kenangan sampai bila bila...

nota:- kalau nak jadi ahli sukan pun, pilihlah acara lain yer Amirul, ibu risau la kalau amirul angkat berat. dah la ko sorang jer anak ibu...