Thursday, November 10, 2011

Ada Orang Ngidam Dave's Deli

Minggu lepas, ada le mak cik Ni! ngidam nak makan Dave's Deli.

Dok tanya kat FB before Hari Raya Korban

Nak jumpa jumpaan le kekononnye

Aku ok jer, Aku tumpang Nureen dari Gelugur ke Queensbay

Malas aku nak ride panas panas ni

Sampai je kat QB, Aku, Nureen & Fia sampai dulu

sementara nak tunggu gie & EL waima Mak Cik Ngidam


kami bertiga order dulu

Lepas order cari parking seat yg sesuai sebab nak sambung meja

Maklumlah nak makan ber 5.


hahaha... tengah hari, kami Serbu "BAR" tau.
Sandwice Bar le, bukan BAR yang bukan bukan tu



Aku order orange Lassi. mula tu ingat nak order manggo lassi. Tapi takut angin pulak
risau lak kalau Aleesya kembung.



ini menu aku. Nama apa ntah menu ni. sebab masa order tu aku tengok kat broucher je
then receipt tu pun aku tertinggal kat atas meja.
Sorry, Menu aku lupa nama kamu.



ok.. acara wajib, lepas makan harus tangkap gambo bersama.
Tertunai sudah impian El ngidam nak makan Dave's Deli tu.
Pas ni ko ngidam lagi ye, boleh kita keluar bersama sama.



upssss... kat atas tadi non ado gambo si fea tu sebab dia yang tangkap gambo kitorang
Mcm tak puas je jumpa jumpaan tadi sebab time is limited


lenkali jumpa lagi k..

Friday, November 4, 2011

Seni Pisang

Salam Aidiladha untuk semua blogers yang sudi datang menjengah

blog ku ini. Terima kasih bebanyak ye...


Sempena hari baik di bulan yang baik ni, aku nak suh korang layan jer la photo photo kat bawah ni.


"Pisang atau nama saintifiknya Musa acuminata.Makanan kegemaran beruk dan monyet.Tapi kalau dapat dekat manusia macam nila jadinya.."































ok.. selamat mencuci mata yer. Tapi jgn sampai korang menjahanamkan pisang kat dapur korang ataupun kat dapur mak korang yer.


Thursday, November 3, 2011

Check betul betul

Semalam aku pulak yang demam. MC & parking kat atas bed jer

Aleesya & Amirul ku hantar ke rumah baby sitter


So, hari ni dah sihat sikit aku datang kerja

Macam biasala, aku selalunya datang awal dari officemate aku


Bila fon berbunyi, aku la org pertama yang akan jawab.Panggilan pertama datangnya dari seorang perempuan. Aku pun jawabla didahului dengan memperkenalkan nama Company.


Callers : Hello

Aku : Morning ( nama company)

Callers : Boleh cakap ngan Cik Siti

Aku : Ya saya bercakap

Callers : Tadi husband saya call, cik Siti tak ada, So, dia suruh saya call cik Siti

Sebenarnya kami nak tangguhkan bayaran untuk kereta XXXXX. Sebab suami saya

outstation, tak sempat bla.. bla... bla...

Aku : terpinga pinga, payment mana pulak, nape nak tangguh.( last aku tanya, actually nak

call ke mana tadi?)

Callers : Ini bukan Maybank ke?

Aku : Ini bukan Maybank

Callers : opss.. sori salah number.


hahaha.. dah nama nak cari siti, ngaku jer la aku. Tapi aku dah introduce nama company tadi ni, tak dengar kot. atau aku cakap pelan sangat?


ok la kan sebab dia pun cakap dengan nada yang lemah lembut. Kemudian aku received pulak panggilan kedua. Memang aku pun naik bengang jugak.

Tapi, cool jer.

Callers : Hello

Aku : Morning ( di susuli dengan nama company)

callers : PBXXXX petang ni nak hantar pi service

Aku : U nak service kereta ke? Maaf, kami tak sediakan perkhidmatan service kereta, kalau u

nak I bagi number telefon org yang service kereta

Callers : U orang yang hantar SMS suruh I mai service, last cakap tak service pulak!!!!

U nak I buat appointment dulu ka? !!! ( nada semakin tinggi)

Aku : Maaf Encik, mungkin Encik silap number, syarikat kami tidak pernah hantar SMS untuk

service kereta. Kami buat claims insurance kereta.

Callers : Habis? u nak cakap I dapat SMS palsu?

Aku : Encik, sebenarnya u nak call syarikat apa?

Callers : Betullah u punya company, Eon Service

Aku : Maaf Encik, Sini bukan Eon Service

Callers : terus letak telefon


Bengang gak kan, kalau dah salah nombor tu ngaku jalah.Dah la demam aku tak berapa baik, pepagi kena marah pulak. ish.. ish.. kesian kat aku. waaaa


Pengajaran untuk aku jugak. lenkali kalau nak telefon check dulu betul betul.

Tuesday, November 1, 2011

Talian terputus tut.....

Semalaman aku tak tidur, sebab Aleesya demam & selsema


Marah betul dia ngan hidung tu. Asyik sangkut sangkut ja penafasannya.





Biasa la baby kalau demam mesti nak boleh sesuatu. Aku rasa dia dah nak mula meniarap kut


sebab banyak kali dah aku tengok dia mcm duk pusing pusing bdan tu.




Tadi, husband pergi hantar dia ke rumah baby sitter pun dia dah mcm merengek-rengek


sian Aleesya. tak per k, nak besar memang cam ni.


sedih kan bila anak kita sakit.









Tadi baby sitter call mintak nasal pump. Aku idak le beli menda tu spare kat rumah. sejak semalam aku sedut sendiri je hidung Aleesya. Baby sitter ckp lagi, yang si Amirul ni asyik kacau adik dia jer. Adik tidur, dia pergi goyang goyang badan. Dah la Aleesya demam, nangis jer la kerjanya.



ishh.. Amirul ni, kan dah pesan jangan kacau adik.Memang tak makan dek tegur budak ni. Last, aku call & cakap sendiri ngan Amirul.






Aku :Amirul kacau adik ka?
Amirul : ya
Aku : kan ibu dah pesan jgn kacau, adik demam.. nanti adik dah sihat boleh la
Amirul : talian terputus. tut....., talian terputus tut...



Amboi ko main main yer bila ibu cakap.Saja tak mo dengar ake berleter la tu, memang aku angin ngan Amirul ni. Di sebabkan dia dok ngaco Aleesya, babysitter pun tak leh nak wat kerja. Aku kat office lagi la tak leh nak wat kerja.

Aku Cuti, Husband Kerja

Aku cuti, Husband pulak kerja.. memang dah lumrah bagi kami sekeluarga

Sejak ada Aleesya, aku pun dah malas nak kerja on Saturday


Memang dah lama AMirul request nak dukung adiknya, tapi aku tak bagi

kalau dukung sambil tidur ok

tapi tanpa pengetahuanku, Amirul ada jugak angkat adiknya tu

ok, dukung cam ni boleh..( depan aku, belakang aku cam na?) hehe...

Amirul cakap, sekarang la dia boleh dukung adik, nanti bila adik dah besar, berat,

cam na nak dukung?

pandai dia noh.. nak psyco aku le tu. Main, sampai ngantuk ngantuk Aleesya.
Bila ngantuk, memang nak nangis jer

Masa ni, Amirul ketawa terkekek kekek sebab Aleesya kentut.hahahaSelamba jer muka Aleesya sebab ketut atas abang dia. Ambik ko, nak ngaco sangat.


Bila dah puas main main ngan abang dia. Cari nenen aku ler Aleesya ni.
Nenen sampai tertido
Ha.. sekarang Aleesya dah tido, baru aku leh prepare breakfast untuk Amirul
Sian, Amirul dah kul 9.00 baru leh makan breakfast.

Lepas wat breakfast untuk Amirul, baru aku leh kemas kemas rumah
Husband pulak kerja, kalau dia tak kerja boleh la dia tengok tengokkan Aleesya bila aku nak masak & mengemas.

Memandangkan dia kerja, aku kena buat sengsorang le...huhuhu

Monday, October 31, 2011

Hai.. dah 3 Bulan

Hai.. saya dah masuk 3 bulan

pejam celik pejam celik dah 3 bulan usia Aleesya

Alhamdulillah, aku still BF dia


Sekarang ni dia dah pandai minta nenen. Aku dah faham, kalau dia lapar dia akan

menangis. Pas tu kat hujung tangisan tu akan bunyi "Ngek"

Kalau ada bunyi " Ngek" tu, dah tau la yang Aleesya lapar.



Aleesya dah pandai main ngan abang dia. Kekadang bila dapat peluang, Amirul akan dukung Aleesya. Risau aku ni. Yer la kan, tulang masih lembut.

Aleesya ni pulak, kalau abang dia angkat diam jer. Sebab tu la, kalau aku kat dapur atau bilik air tak kan perasan yang Amirul dukung Aleesya.

Operataion

Memang sedih aku ngan MIL, dek kerana Kencing Manis yang dihidapinyamenyebabkan mata beliau dah tak leh nampak.




So, my SIL dah pergi tanya kat Private Hospital, semuanya tak mau operate.Last kena refer GH jugak. Sabtu ( 29/10/2011) MIL selamat menjalani pembedahan matanya.




Aku tak dapat nak balik teman, sebab this week memang kami nak balik untuk raya.



Semalam, aku call MIL, dia ckp dia kena wat operation 2 kali. Why?

Rupanya, masa first operation tu, benang tertanggal. So, doktor decide buat sekali lagi.

Sian MIL, 2 kali di buis. Lepas 2nd operation tu, my MIL dah tak boleh tahan

terus muntah muntah.

Sedih.. aku dengar.




Dalam sedih tu aku suka sangat, bila MIL cakap dia dah boleh nampak.

So, dapatla dia menatap wajah Aleesya.

Nanti ya mak, Sabtu ni T balik tengok.