Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

Monday, October 18, 2021

Nak Dine In Tak Kesampaian

2 October 2021, selepas subuh kami bertolak ke Kampung Melayu Air Itam,Niat hati memang nak Dine in Berdua dengan En.Suami.

Kalau Nasi Kandaq Kampung Melayu ni kena pergi awal, kalau idak jenuh beratoq cheq oi..
selalunya pukul 7 pagi tu meja dah penuh.

Masa kami sampai tu, dah ramai orang sedang beratur, tapi line belum la panjang berjela lagi.
Aku siap usha usha kat dalam restaurant.
Hambek ko.. They all memang tak prepare untuk Dine -In lagi ler..

Hampeh..kena la bungkus balik.

Nasi kandar ni kalau makan kat mana mana pun, kena makan kat kedai baru kick dia tu umphhhh...
kalau bungkus tu kureng la sket. 
Nak buat camna kan, dah tak boleh Dine In even ada complete Dose Vaccines.

Kita kasi banjirrrrrr....
beli 4 bungkus, cepat cepat balik rumah


makan nasi kandaq sampai tersandaq...


Note:-
Jangan tanya aku awat aku tembun. hahahahaha

Fisrt Dine in after so long

 Bila kerjaan kelurkan SOP baru yang those who have 2 dose can dine in. So apa lagi, kita pergi dine in lah kan.

kita pergi dave Deli kat Queensbay Mall...
Nak masuk sini, masa nak parking pun dorang dah check My Sejahtera tau
Lupa pula nama apa menu yang aku order ni

yang ni si Zila yang order.
Salted egg chicken.

Dua dua menu ni dapat free air. So, sangat sangat berbaloi.

hahaha... mek ni dia guna filter apa ntah. sampai muka aku pun dah jadi macam muka budak sekolah.
sabor jer lah.


ok dah kenyang.. jom kita balik.



**
The truth hurts, but silence kills.





Sunday, August 15, 2021

Ikan puyu PKP

 Bukan senang nak dapat ikan puyu time pkp ni..

Entah my suami dapat kat mana ntah, ikan tu semua hidup lagi. Bila siang ikan hidup ni u all tau la macam mana. ( sapa pernah siang ikan puyu akan faham)

Aku ni dengan pakai glove bagai kalau nak siang ikan puyu sebab sitipnya tu tajam boleh berdarah tangan.Tapi, sebab en.suami makan, kena la aku siangkan. Aku kan isteri mithali.


Lepas dah siang, aku cuci dan rendam dengan asam.. tetiba aku nampak ada pergerakkan di situ.
hah..acaner nak goreng ni kalau ikan masih menari nari.

Last aku biar je sampai dia berhenti menari nari.
lambat la lunch kami hari tu. (13/7/2021)


nasib baik ko menari nari jer, kalau ko bercakap mau pengsan aku kat dapur.



Saturday, August 14, 2021

Put the right Serbuk Kari Into your Curry Menu

 Al Kisah Kari kepala Ikan  Versi Malas pergi Kedai.

Last Week, Myhubby minta wat kari kepala ikan. Tapi, dia lupa beli serbuk kari sebab dia ada nampak kat dapur ada  beberapa bungkus serbuk kari dah. Jadi dia tak beli ler.

Then dia cakap masak je dengan serbuk kari daging tu, rempah sama jer.
Aku kan isteri yang taat mithali semua complete kan.. ok proceed.
Seperiuk  kari kepala Ikan,
Jalan lenggang lenggok menghidang makanan untuk suami tercinta la kan... kan..
Sekali ceduk..hambek ko.. tak de kick ler
ate serbuk kari daging di buat Kari ikan...

Last eratah kepala ikan jer, Nak hirup kuah kari dah tak mampu..
Moral of the story..Jangan malas pergi kedai..
then jgn anggap semua serbuk kari sama jer.. hehehehe..


Geram punya pasai, alang alang pergi mydin, kami beli yang ceduk ceduk tu. Buat stock kat umah. Lepas ni tak payah malas malas nak pergi kedai la kan.

Minggu ni en.suami beli kepala ikan lagi. Katanya nak makan kari kepala ikan dengan rempah kari ikan.hahahaha... nampak sangat terkilan dek kerana kari kepala ikan minggu lepas.

Tapi kan, kali ni husband beli lagi serbuk kari beserta santan. Adeih, nampak sangat yang dia takut sangat kat umah tak ada srbuk kari. tak nak pisang berbuah dua kali. 

tara... dah siap kari kepala ikan dengan menggunakan serbuk kari yang betul
puas hati en.suami makan..


kat mulut tu asyik ulang perihal kari minggu lepas.
hehehe.. regret sungguh dengan keputusan dia minggu lepas tu.



bak kata pepatah
*Put the righ serbuk kari into the Right kari*









Sunday, December 13, 2020

Pak Wan Gulai Sembilng Balik Pulau

 Selepas Aleesya dan papa balik dari hiking, they call aku cakap siap cepat nanti kami balik jemput kita pergi makan.

orite.. dah siap dan tunggu. Akhirnya dorang dah sampai kat parking. jom kita pergi makan. Masuk je dalam kereta papa tanya nak makan kat mana? ikut awak ler..then papa pula cakap ikut u la. I drive je..
ishhh... macm orang bercinta pula asyik pening nak makan kat mana..

Last aku bagi idea, kita makan kat balik pulau sebab balik nanti boleh singgah beli ikan pastu beli buah.. 
ok kita pergi makan kat Pak Wan kari sembilang kuala Jalan Baru. Tak tau nak pergi kita tanya google k.
ha kau jalan penuh berliku. Kami mengomel kat area paya bakau ni ada ke restaurant. google map ni silap kot.hahahahaha...
Sampai je ke destinasi,hambek ko kereta penuh parking,orang punyalah ramai sampai tak ada tempat duduk.Kena tunggu beb.
ambil kerabu kacang botol dengan taugeh dan ikan belanak kering.

gulai sebilang dah habis. kena tunggu dorang masak. Tapi ikan jenahak la. Sembilang dah licin.

oklah..jenahak pun sedap..cuma harganya mahal sedikit dari sembilang. kena tunggu dorang masak. dekat 20 minit juga kami tunggu sebab nak makan gulai panas panas

tak banyak lauk dah yang tinggal. Tu pun kami sampai sana jam 12:45. laku keras beb.
habis makan kami bayar. terkejut aku sebab kami makan bertiga sekali dengan air semua baru  RM21. murahnya...

on the way balik kami singgah kejap kat pasar nelayan pulau betong. nak beli ikan fresh yang baru naik dari bot.
malangnya ikan pun kebanyakkan dah tinggal sedikit je.
peniaga pun dah simpan barang sebab jualan dah hampir habis. 
Tak dapat la beli ikan kat sini. Selalu kami datang sini time pukul 1-2 ikan memang banyak lagi..

mungkin hari ni hari ahad jadi ramai pula manusia yang datang membeli. tak de rezeki kami. lain kali kami datang lagi yer.

kami terus ke teluk kumbar untuk beli buah pula. ada epal jambu batu dan mangga putik.

Ada mempelam masak untuk Aleesya. Dia ni hantu mangga masak. suka sangat.. nanti boleh buat manggo lassi dan jelly mangga untuk dia.
untuk aku pula aku beli pisang kaki,epal hijau, buah pear dan juga kuinin..

semua buah buahan yang aku beli tu dalam RM34 je. sejak akak security kat sekolah aku usul yang kat sini buah murah selalu la aku pergi beli bila stock buah dah habis kat rumah.. hehehehe..


Thursday, December 10, 2020

Halab with Sue

 hari ni ada urusan di mbpp bahagian perlesenan. selesai je urusan perlesenan, kami sudah kelaran.

Restaurant Halab ni terletak di chulia Street Penang. Nak usha usha web diaa boleh pergi sini yer.
kami order chicken briyani dan chicken maqluba

Nescaffe Smoothie..

Nak dapat makan kat sini pun puas juga la pusing pusing cari parking..
Dah hampir putus ada. Lastly dapat juga parking..
pergi berdua je dengan budak cantik ni.
makan sikit je,konon lapar la sangat kan. last tapau lebihan tu bawa balik.

merenung kejap di luar jendela. Mana tau kan ada anak raja lalu boleh cuci mata. Tapi kalau anak Rajagopal.. jemmmm.haahahaaha..
Lepas habiss makan kami nak bergambar kenangan jap kat sini. Yer lah nanti si cantik ni dah tukar status..susah dah nak outing.
kesian patung ni..kena peluk dek kami. hihihihi...
kenaa paksa dengan Sue untuk naik kereta rusa ni. Dah le kereta tu tak balance.sib baik tak terguling aku kat situ.
tak pe lah sue,ikut ja..nanti dah tak boleh nak main paksa paksa dah tau.
oooo...dia pun nak naik,tapi dia test kita dulu. pandai arrrr...
dah le aku ni kategori kenderaan berat. Dia tak pe lah..kurus jer..
last..tayang sket skirt yang di alter by Myra.
memang puas hati..
singkat sangat kan..kita sambung je kain kat kat bawah tu biar labuh..

orang 5'4 ni selalu bermalah kalau beli skirt.asyik singkat je..


ok ok... dah kenyang jom balik. singgah office jap untuk selesaikan satu dua kerja yang tertangguh..


"Best moment always come spontaneous"







Monday, November 2, 2020

sotong Buncit Jahat

Selepas kami hantar Amirul,Kami singgah kejap.kat Gurun sebab nak menikmati sotong buncit jahat.

Restaurant yang tengah viral dengan masakan sotong buncit jahat

Inilah sotong buncit jahat tu. harganya mengikut berat. haritu kami makan seekor RM45. boleh tahan jugalah harganya.
Kami makan bertiga jer, kesian Amirul selalu takndapat bersama. sekolah di negeri kedah,so cuti pun tak sama

ramai sungguh pengunjung 

selain tu ada juga gerai yang jual jeruk.Tak beli pun sebab kat penang lagi meriah jeruknya..hehehehe

kami cuma nikmati sengkuang calit sebagai pencuci mulut.

ok,lepas ni kita nak gerak kemana pula? En.suami nak abadikan sambutan anniversary  in advance katanya.


 



 

Friday, October 30, 2020

Siapa Yang Belanja?

Pada 22/10/2020, aku dengan rakan sekerja  pergi makan kat Gerai Sarip Dol. Kat sini famous Nasi kertas a.k.a nasi kak wok.

Aku order makanan seperti biasa. 

kakak yang hantar nasi tu terus cakap, Semua ni tak payah bayar yer, dah ada orang bayarkan.
Aku pusing kiri dan kanan, tak ada pun orang yang aku kenal.
mmm..siapa ek yang belanja ?


Sekiranya empunya diri ada terbaca entry ni. Aku ucapkan terima kasih yer.
Semoga budi baik kamu Allah yang balaskan.


Aku cuba juga tanyakan kakak yang jual nasi ni, dia pun tak tahu nama, tapi kalau tengok sekali lagi rasanya dia dapat recognize. Rasa mcm nak suruh kakak tu snap picture ja kan..

Yer la, dah dia belanja kita, one day nak juga kita balas budiny kan..kan...


Note:- Bersyukur di atas rezekinya 




Sunday, October 25, 2020

Dinner Time

 Hari ni rasa malas sangat nak masak dinner. Ajak en.suami dinner kat kat  je lah.

Kita makan nasi arab je lah malam ni. Sebut je nasi arab laju je kan..kan...
Kita pergi Nasi Arab Khabir Khan depan USM yer...
kita bagi anak dara ni order dulu.pilih punya pilih last ordrr menu sama mcm ibu. hahahaha.
briyani lamb..banyak betul lamb dia..
kalau en.suami,memang menu lamb je yang berkenan..
Aleesya nganga sambil tahan panas...
ish..buruk nau muka..
tara..mehndi tandoori..
memang aku suka sangat makan ayam tandoori ni. sedap wooo..

simple je dinner nya..
wajah baru Aleesya setelah rambutnya kena potong petang tadi.. susah sangat pepagi aku nak keringkan dan nak sikat. Now dah pendek senang sikit.


ups... tertinggal gambar kami bertiga..

oklah dah kenyang..jom balik. Esok kerja esok sekolah..

















Monday, October 19, 2020

stock makanan di Pejabat

 Bila stock makanan habis kat office kami mula gelisah. yer la, asyik nak mengunyah je kan. Dalam sebulan tu akan ada 1-2 kali kami stock makanan.

hahaha.. macam pecah hamper, segala jenis biskut ada. harap harap tahan sebulan.
kali ni aku dan Amar beli. Saja la belanja lebih sikit bulan ni. 


Amyrul datang usha, kalau lapar sila la jenjalan kat Department kami ya. Jemput lah menjamu selera ya.
Thanks Anita datang susun susun makanan kat Department kami. 
Rajin tau dia ni.

Ha.dah susun semua tu, jangan lupa datang menjamu selera. 

Note- Rezeki yang ada kita kongsi bersama sama ya.