Wednesday, August 26, 2009

Penghijrahan di Bulan Mulia...


Monday morning, aku receive e-mail yg bertajuk "Kik Kik Kik ". dari kawan aku Gee. Fenin jugak, mende la yg dorang nak bagi tau aku, tajuknya bunyi cam lawak jer. So cepat cepat la aku bukak e-mail tu.. Ups.. gambaq sapa la ayu sesangat...Korang nak tau gambar apa? Tunggu yerk..
Di bulan Ramadhan yang mulia, tatkala umat islam berpusu-pusu meningkatkan amal ibadat, tak ketinggalan kawanku yang berdua ni..Memang dorang ada bagi tau yang dorang nak berhijrah bila tiba Ramadhan. So aku sonot sangat ngan pengakuan dorang tu. Bagi aku dorang ni baik. Oklah, asyik dok cakap jer ttg hijrah dorang saja. Korang nak tau hijrah apa??????
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Surprise!!!!!!! Dah Pakai Tudung
Ha ni la photo terbaru dorang sempena ramadhan thn ini. Nampak tantek woo.. dorang dah tunaikan niat dorang yg nak bertudung tu. Aku suka sesangat la, maklumlah hijrah untuk kebaikan. Diharap Allah akan sentiasa menjaga hati mereka. Amin...
Mungkin korang tak kenal, saper dorang ni, baiklah aku tunjukkan wajah dorang yg sebelum ni tak bertudung.
+
+
+
+
*
*
*
*
*
*


Ha... nilah wajah dorang sebelum dorang bertudung. Lainkan, lebih ayu bila bertudung. Alhamdulillah, bertudung litup kawan aku ni. "Tiada siapa yg dapat merubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri"...


Untuk marina & Gee..
Tercapai gak hasrat korang nak pakai tudung noh. Tak pa mula-mula tak biasa, lama-lama ok lah. syok gilerrrrr tengok gambaq ni, rasa cam nak peluk cium korang berdua.Love uols...........

Monday, August 24, 2009

Aku Terkejut.....

Oleh kerana proposal yg dibuat oleh kawan aku di reject oleh pihak PIAM, maka kerja tersebut di serahkan kepada aku. geram gak rasa, senang jer wat kerja hala balai, last last aku yg nak kena tanggung. So, untuk melaksanakan misi aku. Aku datang kerja on Saturday. Nak buat yag terbaik la konon. stop la pasal kerja ni, aku nak cita pasal perjalanan aku gi kerja on saturday tu sebenaqnya.... he.. he..
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\



Masa aku nak pergi kerja tu, tetiba aku tengok " LORI TERBALIK" Ya Allah, berderau darah aku. Mana taknya, siap penyek bumbung lori tu. Aku cari cari gak driver dia, yang tersellit kat dalam lori tu lagi. Aku jadi panik la. Sebenarnya lori tu nak avoid keta len, pas tu jln licin sebab ujan, so tayar terpusing kat atas, driver lak terpenyek kat bawah..

Tengok tu, orang ramai dok sibuk meberi bantuan. Ala.. cal bomba ngan ambulans la. Tapi tak nampak cam tanda -tanda dreba tu serious...... aku confius ni. Tapi buat biat tak nampak drebar tu sebab darah gemuruh da...


Dari kejauhan nam tak lori tu terpusing cam gitu. Tayar dia naik atas. Woo ngeri la. Bayangkan kalau aku yg kat dalam tu. tentu hancus kepala, tulang patah berkatam katam. takutnye.....




jeng.. jeng.. abang bomba dah mai. Inilah mamat-mamat yg ditunggu tunggu bila adanya accident. Tak encem pun tak pa, yg penting nyawa dapat diselamatkan. Aku tabik spring la kat abang bomba ni.. toing toing.



Tengoklah mamat bomba tu, selamba ja pergi tengok keadaan lori & mangsa.Tabah sungguh hati dia noh, kalau aku la.. dah lama aku ngeletor...Bumbung lori tu rapat ngan jalan. korang pikir dreba dia selamat tak?Aku tak berani nak tengok peristiwa berdarah ni.. ngeri la.

Dorang dok bincang cam na nak start potong lori ni kot. Aku rasa la. Sebab dorang dok pusing pusing. Aku pun tak pernah tengok kerja kerja bomba memotong kenderaan ni. Kiranya ini pengalaman pertama la. Walaupun kecut tapi sempat lagi aku snap gambar ni. Hik.. hik..

Friday, August 21, 2009

Aku Masih Demam.....


Dah hampir seminggu aku demam.... Klinik dah pergi,tapi masih tak baik lagi. Takut la pulak mana tau terkena H1N1. dari klinik swasta sampailah ke Spital Kerajaan, keadaan aku masih sama. Member Office termasuk Boss aku pun asyik pakai Face Mask ja bila cakap ngan aku. Segan lak rasa, cam la aku ni pembawa penyakit. Kalau orang len demam pasal tak cukup makan tapi... aku demam sebab terlebih makan. Padan muka aku, penyakit cari sendir.
Semua ni akibat daripada penangan cempedak yg gieyana bagi kat aku ari tu.

Tengoklah ulas-ulasnya yang mengiurkan tu.
Sebenarnya, aku nak buat goreng cempedak, masa suh hubby pergi beli minyak, hujan turun pulak,so aku asyik dok tengok jer cempedak tu.Dah tak tahan aku bedal sampai habis. Then, aku dah tak jadi nak buat goreng cempedak.Tak terkata apa hubby tu, sebab dia bukannya minat ngan buah cempedak ni.

Walaupun cempedak ni kecik macam gieyana tu, tapi ulasnya sedap woo.. aku memang hantu cempedak. Bila malam ja, hangin satu badan.Aku dah tau symton cempedak tu dah datang. Aku wat bodo jer.....



Fuyoh.... ulas-ulas yang melekit!!!!

Akibat daripada cempedak ni la aku dah start demam, selsema & batuk. satu office dah kelam kabut. diorang mula malas nak cakap ngan aku sebab takut berjangkit. Untuk mensedapkan hati aku ni, aku pergi spital dan diconfirmkan aku demam biasa ja. By the way aku memang tabik spring!!!! la kat gieyana sebab bagi aku cempedak ni. Macam dia tau tau jer pebret aku....

Gie.... aku bagi kredit kat cempedak hang. perghhhhh masih lagi terasa kesedapannya walaupun dah seminggu aku bedal....

Thursday, August 20, 2009

bermuslimah lak kejap....

16/08/2009. hubby ke kedai beli apa yg patut. pas tu dia cakap ada majlis ilmu kat padang dekat ngan umah aku. mula tu malas gak nak pergi. pas tu hubby cakap Forum Perdana. Wow.. aku memang suka majlis-majlis cam gini.
Ha.. picture ni, Amirul yg snap tau. so in future kami ada jurufoto.Bagus gak kalau dia dah pandai snap. tapi cam ginilah hasil kerja dia.

Hubby yang kusyuk menghayati isi kandungan forum. memang berbaloi tau hadiri majlis cam gini.dapat memuhasabahkan diri.Selalunya hubby pergi ngan kengakawan dia aja. Tak ajak aku pun. Memandangkan forum ni di adakan dekat ngan umah aku. Maka dia heret aku sekali lah..


Aku minat sangat ngan ustaz ni. Kalau dia cakap memang pedas!!!!!. Tapi aku tak tau lak nama dia. Aku selalu gak dengar ceramah dia kat Radio Malaysia Pulau Pinang. Best.... Dia selalu buat ceramah kat Kampung Makam. Tapi aku tak pernahlah gi kampung makam tu untuk dengar ceramah dia.




Mulanya kami agak ngantuk gak ngan ahli panel yang pertama dan kedua tu. Ups.. lupa ada cita tentang pengembala kambing ngan serigala.best cita tu.cerita cam mana serigala boleh jadi penjaga kambing, sebab dia suh si pengembala tu pi dengaq ceramah yg Rasulullah sedang sampaikan. Kuasa yang Maha Esa kan.Pengajarannya ialah jika kita selalu menjaga amalan kita, maka Allah akan sentiasa menjaga kita.

Jagung... kegemaran Amirul ni.Kalau nak suh dia duduk diam kenalah upah jagung. dia memang suka jagung ni. kadang-kadang tu, bila aku mai kerja pun dia pesan suh aku beli jagung. Nak tak nak aku kenalah singgah kat tepi seagate tu bila balik kerja untuk beli jagung.

Tengok la tu, papa asyik menghayati isi kandungan forum, Amirul pulak sibuk nak berlari ke sana ke mari.Puas jugak lah nak tenangkan dia. tapi di usia muda ni la kena latihkan dirinya untuk hadiri majlis majlis agama cam gini.


Untuk mengelakkan dia dari meronta ke sana kemari. Aku pun snapkan gambarnya. Diam la kejap lepas tu mulalah karektor dia tu.



So penyelesaian terakhir dia, inilah beli jagung, pas tu suh dia makan diam diam. kalau dah kenyang kejap lagi ngantuklah dia tu. so bolehlah aku concerntrate kat Forum perdana tu.
By the way.. aku Thanks sesangat kat hubby sebab bawak aku hadiri majlis cam gini. Aku memang suka sesangat........Harap harap next time dia bawa aku lagi.


Tuesday, August 18, 2009

Perjumpaan yang penuh meriah...

Aku & Bahariah
Tak tergambar kegembiraan di wajahku pabila aku, gieyana dan Bahariah dapat bertemu semula setelah hampir 14thn tak ketemu. Kami berpisah setelah habis SPM 1996.Lepas tu masing masing membawa diri. Bila dah berkeluarga dan beranak pinak baru bertemu semula.Punyalah seronok bergebang, sampai umah malam tu l/kurang pukul 3:15 pagi.

Kan best kalau Si bahariah ni bawa anaknya sekali....

Ternaya pertemuan ini menggamit kenangan yang begitu indah. Mana taknya, Bahariah dah pun berpindah ke kampung halamannya di johor. Kalau aku dengan gieyana tu, masih lagi la jumpa sebab kampung kami kira dekat lah..
Tengoktu, seronok sesangat dorang berdua ni.....

Hai bila diingat kembali, dulunya sibuk dengan buku buku, ke hulu ke hilir, tapi sekarang ni sibuk dengan anak la pulak.. lawak kan, tak terbayang masa remaja dulu, ala zaman sigle mingle lagi la. Dah jadi kaum ibu ni, lain la pula pembawakannya.. he.. he..
Candid istimewa Amirul & Nureen.Nasib baik diorang ni boleh ngam.
Nampak tu, dorang pun happy cam ibu & umi dia. Kami ni asyik dok begebang, anak-anak pulak asyik dok men air kat kolam depan Hotel Hydro tu la...


Amirul, siap tergolek kat tepi Bahariah...
Tengoklah si Amirul tu, dah tak pedulikan sekeliling dah.First time Jumpa Bahariah pun dia siap lending cam gitu. Aktif bebenor.Rasanya dia serasi ngan baharian ni. Kalu cam gini rupanya si Amirul tu, kena jumpa selalulah. Baru Mesra....


Dah pukul, 2.00 pagi lebih, Amirul masih lagi tak rasa nak ngantuk pun, seronok sangat main air tu. sampai baju dia pun basah.Pokok kata dorang ni tak wat perangai la. Walaupun pada awalnya si Nureen tu asyik merengek-rengek jer. Ala kejap ja, lepas tu dah tak leh berenggang ngan Amirul plak.


Kenangan dorang yang paling sweet ni. Bukan selalu boleh bergambar cam gini.Nampak comey kan.Amirul plak nampak cam control encem jer..


Dalam keseronokkan dorang main air kolam tu, Pak guard datang bagitau, air kat situ sebenarnya tak bersih pun. Sebab banyak pengunjung hotel suka buang puting rokok kat dalamnya. Apalagi, hubby Gieyana kelam kabut la cari tempat nak basuh tangan dorang.Sib baik Bahariah ada bawakan tissue lembab. bolehlah cuci tangan.

Monday, August 17, 2009

Breakfast di pagi sabtu..

Petang jumaat lepas, rezki aku memang murah sesangat. Oleh kerana aku tengah frust dengan propose aku yg tak dilayan oleh akaun tu. Maka bos aku nak ambik hati aku la. " I'am going to Market,You want something?. Aku dengan selamaba derk nya jawab. "NO THANKS". Pas tu aku sambung kerja.
bila dia balik ja dari Market, dia bagi aku plastik yang berisi........
+
+
+
+
+
+
+
+
\/
*
*
*
Udang Besau!!!!!!
Hem... yummy, yummy..
Nak msak apa ni. Malam karang hubby kerja, siapa nak makan kalau aku masak. So balik ja umah aku simpan jer udang kat dalam Peti Ais. So pepagi lagi aku dah bangun, buat breakfast untuk hubby yg akan balik kul 7:30am.
ish.. antar sms untuk hubby dulu yerk." Bang, tak payah beli breakfast,Ibu masak".
Sebab Ibu dah masak
\/
*
\/
*
\/
*
*
*
"SAMABAL UDANG" pebret abang tue.......


Ha.. tengoklah rupa udang tu yang sudah siap aku sajikan untuk hubby tersayang. Sonot betul tengok hubby makan pagi tu. Nampak berselera sesagat. Biladah tengok dia makan, aku pun teringin gak. So aku pun bedal sama, walaupun breakfast time aku selalunya jam 10:00 pagi.Amirul, masih layan beradu dia.



Saturday, August 15, 2009

Edisi pujuk memujuk....


Actually, semalam memang aku nak wat N3 baru ni. Tapi tak boleh la, sebab Amirul kacau nak aku temankan dia nonton Filem "King Kong".So aku postpone kan Hari ni la. ...
Masa aku balik kerja kelmarin, cepat-cepat aku gi ambik Ambik Amirul. Bila sampai ja kat Umah dia ajak pergi Pasar Malam. Tak leh nak tolak la, sebab dia kan tengah moody the whole day.Bila sampai ja kat Pasar Malam, jeng... Jeng... Jeng...
\/
.
.
\/
:
:
.
.
.

Beli menan.Menan, menan, Menan..
kena la ikut kehendak dia tu.

Oleh kerana banyak sangat menan "THOMAS" ( Keretapi). maka aku decide untuk dia beli gajah la pulak. Koleksi menan yang sewaktu dengan yg ini dah satu kapal kat umah aku.


Masa dia tengah main tu ok ja. aku ingat boleh rileks jap. Kejap dia buka bateri, pas tu buka rail, di pisah-pisahkan anak gajah tu.Last sekali dia telah memporak perandakan menan dia. Sib baik RM10 ja.Bukan menan ni saja yg dia mintak aku beli, ada lagi tau;
^
^
^
^
^
^

Ha... ais blender ni. tiap tiap kali pergi pasar malam air ni juga yg dibelinya. Tak sedap pun.mungkin color dia yg menarik. Last last aku yg habiskan. Cam biasa,mana tak gemuk badan ni. dah macam MPPP di buatnya. Ibu yag gemuk. anak cekeding gak.




Nasi ayam ni pun aku beli untuk dia gak, sebab dia memang suka makan nasi ayam.So dia cakap tak nak merajuk merajuk dah dan janji nak makan sendiri. Alhamdulillah... hai dulu pun aku merajuk gak, tapi mak aku tak layan aku cam ni pun. "DIA LAYAN LEBIH LAGI DA......." hik hik.




Tengok tu bersungguh sungguhnya dia makan.Ada satu perkara ttg anakku ini yang korang tak perasan. kalau tengok betul betul mesti korang dah boleh agak.ok lah aku bagi korang layan dulu...."Ibu tambah ayaq kat sup ni, awat orang tu jual sikit sangat" kahh.. ada ka ptut suh aku tambah air...


Perhatikan lagi cara dia makan. nampak berselera sesangat. tapi korang kena tengok cara dia bersila. Ngeh3x. Walaupun dah besar cam gini pun dia masih tak pandai nak bersila lagi. Pernah gak aku paksa dia bersila cantik cantik, kejap ja, lepas tu terbalik ke belakang... Jadi aku biarkan ajalah dia duduk betila lipat cam tu. Bila orang tanya, dia akan jawab . Ni la bersila "W".Kahh..Kalau korang nak tahu, mak aku cakap, aku dulu pun duduk bersila cam gini gak. Sampai umur 8thn baru pandai bersila.Bersimpuh lak, aku memang tak selesa langsung..

Friday, August 14, 2009

Pagi Yang Rushing...


Argh.. Apa ni boring nyer nak ngadap kerja hari ni. Apa yg aku propose semuanya tak dapat. Banyak songeh tul la account ni.Up date blog??? mende yang aku nak citer citer ek? Semua maklumat ada lam Labtop, Ish, lupa bawak la pulak. so aku guna Pc office jer.. la. Bowing.. Bowing...



Kring!! Kring!! Ups.. masa datang kerja tadi hubby, call cakap Amirul nangis kuat sangat sampai dia jadi panik. So hubby pergi la tengok jap dia kat Umah baby sitter tu. Dah si Amirul tu ikut balik plak. ndak tak ndak hubby bawak la dia pergi kat Taman Menan.



Rupa-rupanya....... Amirul nangis sebab aku tak turn balik masa lepas antaq dia pagi tadi. Selalunya aku akan pusing and say bye, I Love You.Sebab rushing sangat pagi tadi so aku lupa la."Mirul nak babai Ibu,awat Mirul panggil Ibu, Ibu tak tengok Mirul"?. Ish.. sedih lak bila dengaq dia cakap cam tu. Rasa cam nak balik peluk dia lak.....

Tuesday, August 11, 2009

Sepetang Di PC Fair

"Ambik ja la bola ni.. Free kot"
Seperti yg telah dirancang, Kami sekeluarga pergi ke PC fair di PISA untuk mencuci mata.Maklumlah baru first time nak pergi nengok benda benda cam gini. Dulu tak layan la PC Fair ni. Oleh kerana baru je beli Labtop So nak cari gadget la.
Ok la posing jap....

Mula tu Amirul nak cabut bola yg kat wall tu. Pas tu tak boleh la pulak. So aku suh dia abaikan ja la niat tu. Pas tu dia nak bergambar lak kat situ.

Gaya Ultraman.....
Perasan la tu, kononnya nak jadi Ultraman. Gini la gayanya kalau kat depan Webcam.Teruja sangat bila tengok muka dia appear kat dalam labtop tu. heh.. heh..


Goyang-goyang
Hubby dah tak larat nak layan keletah si Amirul ni. So biarkan ajalah. Orang yang lalu lalang kat situ pun sonot tengok gaya Amirul. Cam orang tak pernah jumpa Webcam lak. So kalau tak nak masalah kena biarkan ajalah si Amirul tu melayan dirinya sendiri. buat tak tahu ja. nanti dia stop sendirila...
Ish.... ke manana La Si Amirul Ni...
Hubby cam gini la selalu.Kalau Amirul nak bermain main dia kena perhatikan. So aku pun main peranan gak la.Kena jaga Gadjet plus Amirulnya Belon la plak..


Berlari-lari
Ha.. tengok tu, siap lari ke sana kemari. buat cam PISA ni taman permainan pulak. naik tangga turun tangga. Energy dia ambik dari mana pun ntah la. Kaki aku dah shaking dah ni.maklumlah belum makan lunch lagi.So cepat cepat ajak hubby keluar.

Kat tangga pula...

Puas juhak aku pujuk dia untuk pulang. Maklumlah dah sonot berlari lari. Bila aku tanyadia cakap tak lapar pun. Hai cam na ni, budak kecik tak lapas Ibunya pulak yg berkeroncong...

Pintu keluar di sana...
So perjalanan untuk keluar dari kumpulan manusia yg ramai tu bukannya senang. So aku dengan selambanya tanya lah pak Guad tu, dia cakap turun tangga, belok kiri. So aku ikut ja instruction tu. Ntah silap cam mana tau, termasuk lak pintu ke tandas lelaki.Ingatkan itu pint keluar, sib baik hubby tegur, kalau tak malu ja....
Pas tu aku tanya pak Guard len plak. dia cakap belok kanan.So sekarang aku yg pening ka, Pak guard yg pening.Last last cari sendiri la jalan keluar..
kutip broucher...
Korang tau la kalau dah time offer cam ni, tentu banyak broucher yg di edarkan. Untuk ambik hati dorang kita orang ambik ja. Dah jadi cam broucher collecter pulak hubby ni. Bila sampai ja kat pintu keluar kami masukkan semua broucher tu kan dalam tong sampah. Nak wat apa lagi, kan dah last day. So broucher tu dah tak leh pakai dah....

Terbang.....
Masa sampai kat lorong untuk keluar tu, sempat lagi Amirul ni possing kat poster orang terbang tu. Seronok gak sekali sekala menyebokkan diri dalam PESTA PC cam gini. sebab harga gadjet tu semuanya murah murah.Sebelum pulang sempat gak aku rembat webcam ngan speaker.Hubby ada cakap kalau len kali ada lagi PC Fair dia nak datang gak. Sebab harganya berbaloi.. baloi...

Sempat gak aku posing ngan anak kesayangan ku ini sebagai kenang kenangan.Dah nak balik pun dia masih duduk tak diam lagi. Tak habis habis nak on kan CD game yg diedarkan secara percuma. So aku kena pujuk dia untuk cepat pulang.
Sian hubby, kena bawa semua barang-barang tu.Demi sayang semuanya ok kan bang...Terima kasih abang sebab bawak kami pergi jejalan. Walaupun penat, tapi seronok.. nanti jejalan lagi ya..