Tuesday, September 8, 2009

Mengapa Jalan ini yg dipilih...

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku cam biasalah dah kira habis sahur la. So dok rileks jap sementara nak sembahayang subuh. Pas tu nak tidur semula. Maklumlah keja masuk kl 9:30 am.

Tiba-tiba, aku dengar suara jiran jiranku agak riuh rendah jugaklah."MATI" MATI? MATI?. Ha itulah perkataan yang aku dengar. So.. aku dan hubby hanya mengagak yg berlakunya kemalangan yg menyebabkan kematian. Selepas solat subuh aku terus ja tidur. Tak pedulikan lagi tentang kemalangan. Aku ni jenis takut sket..

Jam pukul 9:00 pagi aku hantar Amirul ke rumah baby sitter. kemudian, aku dengar berita yang menggemparkan!!!!!!!
sebenarnya, anak jiran aku yang tinggal di sebelah jalan sana, telah menggantung diri!!!!.
Ya Allah, kenapa jalan ini yang dipilih oleh hambamu itu. Semasa polis datang mengambil mayat tu, ada tiga helai nota yang ditinggalkan sebagai bukti nahawa dia memang membunuh diri. Masalah apakah yg dialami oleh remaja 21 thn ini????
Sesungguhnya aku tak pernah menyalahkan sesiapa pun dalam soal membunuh diri ini. Bagiku, hanya Allah yg dapat menetuka keadaan hambanya sewaktu membunuh diri. Sama ada dilakukan dengan sengaja atau diganggu makluk lain. Wallahualam....
Alfatihah.. semoga rohnya dicucru rahmat.
*Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29); *

9 comments:

  1. Alfatihah...ada dgr citer ni gak smlm dr budak despatch office aku...kwn dier katanya...si mati frust bercinta..huhu

    ReplyDelete
  2. yallah..kenapa la dia bunuh diri...lelaki ke pompuan budak tu?

    ReplyDelete
  3. gie-kawan budak despecth ko ker? aku pun tak nah tengok muka budak tu. Hish kalau frust bercinta pun, tak kan sampai nak gantung diri kan..

    Banyak lagi pompuan yg lebih baik.Tul tak?

    ReplyDelete
  4. Nana- ramai jiran cakap yg dia frust bercinta. Budak tu lelaki la nana. Sian kan.

    Gagal sekali dalam bercinta tak kan gagal gak dengan pompuan lain. tul tak?

    ReplyDelete
  5. Tu la psl..akal pendek tue..x pikir panjang..sedeyykan!

    katanya..pompuan tue kikis dia..pastu blah..frust menonggeng..jiwa dh x dikawal oleh akal ler tue kan..nauzubillah..

    sedeyy bila lihat org kita yg jd camni..huwaaaaa!

    ReplyDelete
  6. lorr....bunuh diri ke...jln sigkt la dia pilih nuh...cm mn...mati cara tu...malay ke?

    ReplyDelete
  7. zura@iwan- memang dia bunuh diri. Melayu la mamat tu. Orang islam. Sayangkan orang islam pilih jalan cam gini.

    ReplyDelete
  8. masya Allah..islam ke wantie? kalu islam..kita doa la semoga Allah mengampunkannya dan smga bumi ini menerima jasadnya agr tdk terawang2 antara langit dan bumi..

    ReplyDelete
  9. Suziey- Memang orang islam. Tu yg sedey sangat, disebabkan wanita dia jadik cam gini.

    Wantie pun doakan agar rohnya diterima.

    ReplyDelete