Thursday, May 27, 2010

Panaskan Badan petang petang

Kalau petang, Amirul akan merengek nak turun main dengan kengkawan dia. Yer la dah besar sekarang ni mesti ada ramai kawan.
Kalau Amirul tak turun main jugak, kengkawan dia mesti datang ketuk pintu ajak main.
Nak jugak aku tengok apa yang di mainkan ileh Amirul ni. Bila aku sampai jerk... Hahhhh
dah masuk longkang. Nasib bak longkang tak der Air, Ni la gara-gara bulu tangkis tu dah jatuh kat dalam longkang.. kikikik.


Wah sampai terbengkok bengkok badan dia nak ambik bulu tangkis tu. Apa la.. ambik bulu tangkis sampai masuk ke bahagian lawan!!!!.


ish... jatuh pulak.



Amirul main dgn si Aiman. Tapi si Aiman ni kasar sikit. Budak dari block lain. Pernah sekali, kakak dia datang ketuk kepala Amirul. Geram gak aku. Biasa la budak budak main, mesti ada jatuh bangun. nasihat dah ler, jgn sampai ketuk ketuk. Sat aku ketuk kepala dia balik baru tau.
Amirul tak berani nak ckp ngan aku. Kawan dia yang ckp. aku tanya sebab apa? Kakak dia salah sangka, lepas pukul baru tau tersikap orang. GERAM!!! aku.



Ha.. baru setahun jagung dah pandai repair Basikal. Dorang ni besar sikit dari Amirul. Tapi Amirul suka kawan dgn orang yang lebih tua dari dia ar...



nota:- Tak suka orang tua masuk campur bila anak anak bergaduh. Biarlah dorang sendiri yang settlekan pergaduhan dorang. "hari ini bergaduh, besok kawan balik"

Monday, May 24, 2010

Happy Familly Day.

Bertuahku rasa dapat menjadi sebahagian daripada ahli keluarga MIL. Memang dorang ni baik sangat. Bukan setakat MIL ja baik, ipar duai pun baik jugak. Hubby ada 13 beradik semuanya. Kebetulan masa kenduri Arwah Pak Long tempohari kesemua 13 beradik tu berkumpul.
So kami prepare 2 biji kek untuk meraikan hari keluarga. Ini kaler pink. perisa Vanila.


yang ni pulak kaler koko. tapi rasa kopi. Kaum kerabat yang minat minum kopi suka la. sebab kanak-kanak memilih rasa vanila. Plan awal nak snap photo sekeluarga. memandangkan semuanya asyik dok sibuk dengan kenduri dan masing masing dah letih.. tak dapat la.


Cuma inilah secubit kenangan yang dapat dikongsi. sepupu sepapat Amirul dapat berkumpul serentak. Mana Taknya kalau hari raya masing masing ada yang raya kat sini. Ada pula yang raya di rumah mertua. betul tak????


Amirul malu malu kucing pulak. bila di suruh potong kek. Mana taknya dah penat sebab siang
dia di kidnap ke Jitra olek Mak Tam, Mak cik & Mak su nya.. Berbulu la cousin-cousinnya
yang tak dapat ikut. Tuah badanlah si Amirul ni. Di usung ke sana ke mari.

Pak Tih still dok pujuk Amirul untuk potong kek tu. Sabarla pak tih oi... melayan karenah anak buah sorang ni. Pak tih ni la raja mengusik( menyakat) habis anak saudara yang kecik kecik tu
di sakatnya sampai menangis... Bila dia dah start menyakat bising satu kampung. Bukan setakat anak sedara ja yang di sakat, budak budak kat kampung tu pun turut di sakatnya.


Akhirnya potong gak kek tu. cousin yang lain pun nak ambik port untuk potong kek jugak. kenapa Amirul dapat keistimewaan ni. siap pak tih pegang tangan lagi tuh...kalau korang berbulu berlu kat dalam hati dah la. Jgn gaduh gaduh tau..

Mata Bulat..

Geramnya..aku tengok mata budak kecik ni. bulat!!! dah tu pulak sihat kemain lagi.
Ni la adik si Atikah a.k.a sepupu Amirul. memang semangat aku tengok dia ni.
Amirul memang sayang sangat dengan Aliff ni. Kalau boleh sepanjang masa nak dudk
sebelah si Aliff ni jer..
Bila tengok baby comel ni, terasa la sayunya di hati. kalau la aku ada baby lagi kan seronok.
Tapi apa boleh buat, memang aku ditakdirkan ada satu anak jer kot. Dok try mcm mcm tapi still tak sangkut jugak. Bila dah sangkut jatuh la pulak...Aku redha..
Tengok la mata dia yang bulat tu. Bila kami balik Penang. Amirul terus jer tanya aku. Kenapa
tak bawak balik baby aliff tu?? tak puas la Amirul main ngan dia. Dia ingat apa.. anak kucing
ka siap boleh bawak balik umah. Anak orang la cik ooi...
Nota: Aku masih lagi mencuba dan terus mencuba untuk 2nd baby.

Thursday, May 20, 2010

Makan Kat Subway

thee... thee... mahap yer kengkawan sebab tak buat N3 ni awal -awal
aku bukannya apa, sebab sibuk bebenor. ( sibuk + Malas) .Memula tu aku dok YM ngan si Zuraiwan.
( ttg nak makan lunch) Then dia cakap yang si el pun nak join sama el.

memandangkan si zuraiwan tu se ofiice dengan Niza. makanya bermula dengan berdua dah jadi berempat. Tapi kalau la si gieyana. dapat joint sekali tentu lagi seronok kan.. kan...


okey.. beratur semua. order masing masing noh. Kami order jer. yang bayor semua ni si Zuraiwan. Terima kasih zura. erk.. kenyang aku ko banjer.


Mahap ler. Amirul dah adjust camera aku ni. terover oren lak jadinya gambar kita. Tengok tu
terkejut benor si Zura tengok keghairahan si El menjamu selera.

mmmm... nampak Yummy!!!!. Tapi rasa cam tekak aku tak sesuai makan kat Subway ni. May be this is the first and the last I enter to this restaurant.

Aku ngan Si niza. Tak tahan aku tengok si niza ni. Orangnya lemah lembut. kulit halus mulus gitu. Kalau nak compare ngan aku. memang jauh api dari panggang. hikssss



Sampai terlentok si el tu makan. Bukannya apa, punya la susah nak habiskan sandwich tu. kena la buat banyak gaya sikit. Orang yang paling besar dan yang paling last habis makan adalah aku. Rasa cam tersekat sekat ja tekak aku ni bila makan kat sini. kikikik...



Parts last. cam biasa la. haruslah mengalmourkan diri kitorang. Terima kasih Cik tong sampah, sebab kasi letak camera aku untuk snap photo ni. is very valuable tau. kalau tak dak tong sampah tu.. tak termetrilah picture ni.. betul tak????



nota: thanks again to Zura. Nanti aku bajer hang pulak noh.

Wednesday, May 12, 2010

Musim Laici Ker?

Kelmarin, aku puasa. Cam biasa ler nak ganti mana yang tak ganti lagi.
Lunch time bos tanya tak makan ka? aku jawab ler aku puasa. Orang cina ni bukannya faham sangat tentang agama kita. Bila aku ckp puasa dia pun hairan. Kenapa bulan tak puasa tapi aku puasa pulak...
So dia tanya lagi.. petang nak makan apa-apa ka? No thanks.
Macam biasalah bos aku tu, petang jer dia akan pergi market kat Jalan 7. beli apa yang patut untuk anak isteri dia ler. Tak sangka pulak dia teringat yang aku ni puasa. Then dia beli lah buah Laici.. Hairan jugak. Sekarang musim Laici ke?


Aku syukur sangat. Rezeki dari Allah melimpah ruah. walaupun rezeki aku petang kelmarin dihulur oleh orang yang bukan Islam. Allah tu maha penyayang. Syukur aku ke hadrat ilahi. Aku berbuka puasa dengan kerongkongku disejukkan dengan buah ini.
Nota:- memang nikmat sekali pemberian Allah kepada hambanya.

Tuesday, May 11, 2010

Aku Jatuh Cinta

Kebetulan masa aku hadiri malam keinsafan Amirul tempohari, aku terpandang
pada produk Uzai ni. Aku selalu dengar kat Sinar Fm ttg Produk keluaran Bumiputera Islam
"Uzai Marketing". Bila dah tercongok depan mata. aku pun teringin ler nak cuba. Bila dah cuba.. terus aku jatuh cinta...
Upss... maaf yer aku bukan agent Uzai ataupun member. Tapi teringin jugak nak jadi ahli. tak tahu macam mana nak apply ler..




ha.. ha.. sempat lagi aku snap sepanduk dorang. Akak yang jual tu tersipu sipu malu
so. aku tak snap ler picture dia.


Malam tu aku beli tiga jenis produk ja. Organik Multipurpose Cleaner, Daily Detergent & AURA 2+1 dan AROMATIC Serbuk Detergent .

Baju yang aku basuh tu wangi jer. bila aku lalu jer kat tepi ampain tu, aromanya harum semerbak. owh... aku jatuh cinta padamu Uzai Products.. Over la pulak!!

Tapi aku paling suka Multipurpose Organik (1L) . aku gunakan untuk cuci sayur, ikan, daging dan buah buahan. kalau basuh ikan hanyir ikan terus ilang. tu la yang aku suka. Aku try basuh perut lembu guna pencuci organik ni. Ternyata bau lembu tu hilang. hubby cadangkan aku beli untuk mak kat kampung. sabtu ni nak balik kampung. so bolehlah aku beli untuk mak. hmmm... berbaloi baloi..




Sabun ni aku guna untuk basuh jumpsuit hubby. memang terserlah kebersihannya..
Inilah antara kebaikan sabun ni:-
Serbuk Pencuci Padat dan Pelembut Pakaian (2 + 1)
* Menghilangkan Kotoran Degil Secara Efektif
* Air Bilasan boleh digunakan untuk Menyiram dan Menyuburkan Pokok Bunga
* Sesuai untuk Semua Jenis Cucian (Top / Front Loading Washing Machine)
* Menjimatkan (1 scoop untuk satu 5 kg loading)
* Terdapat 2 jenis:a) AURA (2 + 1 termasuk Pelembut Pakaian)
b) AROMATIC (tanpa Pelembut Pakaian)
Aku bukannya nak promote tapi aku rasa nilah produk keluaran bumiputra islam yang patut ditabik spring... toing toing..


P/s. Sapa yang tau macam mana nak jadi member, info please........

Monday, May 10, 2010

Gempa Bumi 09/05/2010

Yesterday noon, Amirul & his Untie went to grocery shop.Sebab aku pesan suh dia beli ikan bilis & kentang. So, aku kat umah tengah lending at katil call my mom at kampung ler.
tengah sok sek sok sek berborak battery kong pulak.

So aku bangun nak charge Hp ler. tetiba aku rasa terhoyong hanyang. ish.. naper lak ni. tetiba pening semacam jer. Lepas aku chareg HP. mataku terpandang air dalam Aquarium berkocak.

hati ku tak sedap. sambil pening pening tu aku ke bathroom. Tengok air kat bathtab pun berkocak gak. Ini mesti somewhere ada gempa ni. Aku call mak aku ckp rumah aku goyang kejap tadi.

Later, lepas aku call mak aku, hubby dari factory call. tanya aku kat mana? tengah buat apa? anak kat mana? Aku cakap kat umah ler. jap tadi umah bergoyang. Then hubby ckp dorang pun dah lari keluar dari kilang.


Bila semua dah ok. aku tanya jiran sebelah. dia cakap tak rasa apa pun? Then masa berita terkini kat TV3 tu ada mention yg negara jiran kita ditimpa gempa lagi. Sedihnya ku rasa. macam macam kejadian yang ditimpa dorang.


nota: Teringat lagi, masa aku mengandungkan Amirul. Kejadian Tsunami tu betul betul berlaku di belakang rumahku. sehingga rumah para nelayan dan bot dorang pecah...

Amirul Demam Seminggu

Sebelum ke sekolah Amirul ada cakap dia demam.. aku ingat itu cuma alasan Amirul jer..
tengah serobok aku kerja kat office.. Baby sitter call cakap Amirul muntah muntah kat Sekolah..
Aku speed balik ler...
Badan Amirul panas.. aku mula panik, then bawa dia pergi klinik. Besoknya demam Amirul still tak nak kebah.. Aku bawak dia ke Klinik Kesihatan Pulak.. Doktor Ambik Darah then Amirul kena pakai Gas Oksigen Sebab jantung Amirul Pump dengn laju.. suhu badannya mencapai 40 darjag Celcious..



Dr.Cakap kalau hari ke empat dia tak ok lagi ..terus pergi GH..
Tengok la mlut Amirul dah naik bijik bijik kecil..
Hari ke 4, demam Amirul still tak turun, mulutnya dah merah merah. Dia dah tak boleh nak telan makanan. Asyik menangis jer.. Aku jadi semakin panik. Tapi doktor cakap Amirul demam biasa jer..

Hari jumaat tu aku ambik cuti.Aku mesti lakukan sesuatu. So, aku mandikan Amirul dengan air suam sejam sekali. Aku campurkan nestum dalam Air Milonya. selimutkan dia. biar kebah demamnya itu.

Walaupun cuaca kat luar panas. Aku Offkan kipas agar dia cept berpeluh. Alhamdulillah menjelang petang demam Amirul dah turun. Dan dia dah minta nak makan nasi.


Nota:- Kalaulah aku ni housewife, tentu banyak masa aku dengannya..

Thursday, May 6, 2010

Pokok Pertama Amirul

Last week, Amirul balik dari Tadika seperti biasa,Malam pun tak cakap apa
Bila time pagi jer nak pergi sekolah..Dia dah mengomel nakkan Botol Mineral Yang dipotong..
kelam kabut aku & hubby mencar botol.. Sib baik ada.. Dia ckp cikgu nak ajar dia tanam pokok..
Terfikir jugak aku ni.. nak tanam pokok apa kat area flat ni. Semuanya simen.
Tak kan nak tanam dalam pasu pulak.
Lepas 3 hari.. Tara... dia dah bawa balik pokok yang dia tanam.
Pokok taugeh rupa rupanya.
Ha.. inilah pokok pertama yang di tanam/disemai oleh Amirul

Later at home hubby usik usik dia ler.. " Tanam benih kacang hijau, kenapa tumbuh pokok taugeh? Sampai hari ini pun Amirul still tak dapat nak jawab. hiks.. kesian Amirul.
Sabarlah one day you will get the answer dear..
Aku saja tak nak bagi tau, Sebab.. sebab... nak suruh dia fikir sendiri..