Wednesday, January 19, 2011

Detik Detik Sambutan Anniversary ke 8

Setelah puas bawa B'day boy meronda ronda. Kami balik Bilik Hotel Jap, rehatkan badan. Lepas Magrib mcm tu la, kami gerak pergi ke Cafe FLAMINGGO .
Tapi, B'day boy pulak ala ala deman gitew.

Hikss.. ni ler gambar betiga yang jadi pun. yang lain tu semunya hancus. sebab letak camera kat tempat yang tak sesuai.

Punya la ramai orang malam tu. kebetulan ada dinner company apa ntah.

Walaupun wajah kelat jer Amirul tu, nak jugak dia posing kat tepi kolam. Aku booking BBQ Buffet Dinner. Dorang wat tepi kolam ni. Pilih jer la nak makan kat dalam cafe atau kat luar.
Aku makan kat dalam jer la. Sebab kat tepi kolam tu mcm gelap sikit.



hikss... ada gak org menghiburkan kami bertiga malam tu. Amirul mula la dengan khutbah dia."Ibu tu dok tengok org pakai skirt" sat masuk Neraka tak tau la...

Muka demam. makan pun aku kena feedkan. sian dia. Punyalah haku ni wat fully check up utk pastikan sihat semuanya. Mana tau yg Amirul pulak leh demam hari tu. sian dia.


Nampak tak, nama akuterpampang kat reserve table tu. hehehe.. org lain jgn nak mandai mandai parking kat meja aku noh. Sat aku saman baru tau. hehehehe emo lak!!!


Desert ni aku ambik sikit sikit ja. bukannya apa takut tak habih pulak.Lagipun Amirul tak berapa nak makan jer malam tu.

Sepinggan salad ni aku belasah. Ambik ko. Aku tak makan nasi ler, sebab memang tak lalu nak jamah. Ntah ler, pregnant kali ni lain fesyen sikit. Asam tak nak, Nasi tak lalu. Asyik nak makan buah jer...
Perut melayu, Amirul tetap dengan menu nasi. Berapa mulut jer dia makan. Itupun aku yang suapkan. kalau idak, tak jamah ler dia.

hehehehe... aku belasah makan seafood ni. Ketam, udang, ikan dan mcm mcm lagi lah. Naik sengkak perut aku nih.Hubby pulak asyik dok makan kambing bakar, daging bakar, ayam panggang.mcm mcm.. Last sampai hari ni dia pulak yang demam. Sampai kena suspect denggi you.


Ni ler menu terakhir kami. Aku & hubby syer satu mangkuk. sebab kalau ambik sorang semangkuk memang tak habis.


Masa aku mintak bill tu, terkejut Naga aku di buatnya, Mana taknya, dorang tak kira untuk Amirul ler. Wal hal masa booking ada mention ttg umur Amirul ni.
Mungkin Amirul ni nampak kecik, then ke sana ke mari hubby dukung dia, pas tu pulak time makan aku yang feedkan. Mungkin dorang ingat Amirul ni masih kecik lagi kot..


hahahaha... jimat aku 1/2 harga.

Today is Our Day!!!!

Hari ini tanggal 19/01/2011 genaplah usia perkahwinanku yang ke-8.
Masih mekar di ingatan tatkala aku menjadi tunangan orang

Cincin inilah penyeri jari manisku. Sebagai tanda sayang suami padaku, dia belikan cincin ini sempena tarikh lahirku. Iaitu 11biji batu, sebagai simbolik hari lahirku 11/07/1979.





Pada tarikh inilah juga aku diijabkabulkan, dan cincin ini pulak yang melekat di jariku.
sekali lagi suami menghadiahkan ku sebentuk cincin yang mempunyai 19biji batu.
sebagai simbolik tarikh perkahwinan kami iaitu 19/01/2003.


hmmm.. perhatikan betul betul cncin pertunanganku ini, bahagian bawahnya mcm patah jer

sebenarnya bukan patah, aku pergi kedai Emas dan guntingkan. Sebab masa aku pregnantkan Amirul, cincin ni masih tersarung di jari. Biasalah bila dah pregnant, jari jadi montok montok

so, sebagai penyelesaiannya, aku terpaksa potong kat bahagian bawahnya tu. hehehe

nota:- Jap lagi aku wat N3 ttg sambutan anniversary kami yer.