Tuesday, January 4, 2011

Ayat Ruqyah

Last week, aku & hubby bersantai santai kat rumah sambil nonton rancangan Al kulliyah. Topik last week adalah tentang Rawatan Secara Islam menggunakan ayat ayat ruqyah.

Part yg paling best bila, ustaz ada tanya ler kpd jin yg masuk dlm badan pesakit tu. Kenapa kau kacau manusia. Dia pun jawab Aku benci pada manusia, then last dia jawab dia masuk dalam badan lelaki tersebut sebab dia suka kat isteri lelaki tersebut.

hohoho.. terlopong aku dengar, cam no ek? dah masuk dalam badan suami dia, pas tu tido lak ngan bini dia. Nauzubillah... Syaitan Naklatullah.

Korang boleh ler baca buku ni kalau nak tahu lebih mendalam. Sebab apa, tak siapa pun sedar yg dalam badan tu ada jin/syaitan yg sedang bertandang. Aku pun apa lagi, siap cadangkan kat hubby utk buat sesuatu la. Mana tau kan..

Then petang tu, kami pergi la jumpa seseorang utk selesaikan masalah yg aku hadapi ni. Orang alim tu ckp dia akan cuba pagar rumah aku tu. Then dia suruh aku kuatkan amal ibadat seperti membaca al-fatihah 21 kali, baca ayat kursi 7 kali dan membaca ayat 4 qul. sebagai amalan seharian. kalau boleh jgn tinggalkan.


Then petang tu jugak, husband taburkan garam bercampur lada hitam di sekeliling umah aku. Moga moga aku dilindungi dari rejim iblis.

nota:- Nak jugak aku try perubatan secara Ruqyah ni.

Anak Angkat

Dah tak tahan menunggu kehadiran insan baru dalam keluarga kami. Akhirnya Amirul Menyuarakan hasrat hatinya ambil anak angkat saja. Tapi, dia nak anak angkat perempuan.

Ni ler mak kepada anak angkat Amirul. hehehe... jgn tersalah anggap tau, Bukan anak angkat aku, tapi anak angkat Amirul. Aku pun tak sure, sama ada si Amirul ni faham ke tidak apa menda tu anak angkat.

Sebenarnya budak comey ni cucu kepada mak mengasuh/baby sitter si Amirul. Oleh kerana Amirul ni baik sangat dengan anak anak baby sitter, mula la dorang tu menyakat dia.Asal dorang cakap suh jadi ayah angkat kepada si comel ni. Dia pun on jer la.

Memang cute baby ni. Namanya Aisyah. Ni ler, first time aku tengok & kendong dia. sebelum ni asyik Amirul jer dok citer tentang dia. hehehe.. Oleh kerana dia panggil abang kpd ayah baby ni, makanya secara automatik dia ni bapa sedara angkat lah. Sebab tu terover tanggungjawab sikit.

Pernah suatu pagi tu, Amirul suh aku beli susu untuk si Aisyah ni. Yer la, kan dia tu bapa angkat pada baby ni kena ler jaga makan & pakai. Amboi... umur baru setahun jagung, ada ati nak jadi bapak ek?

hmmm... kalau la aku leh dapat anak secomel ni kan bagus. Nantilah Amirul, sure one day akan ada jugak baby baru kat umah kita.