Thursday, January 31, 2013

Heroin Dari Pakistan Seludup Masuk Malaysia

Tengok tajuk tu.. sila gelek gelek ala bollywood ok
kalau sebut Heroin Hindustan mesti terbayang karisma Kapoor , 
Eisha Deol la , Priyanka Chopra la,hape la
kalau dah Heroin dari Pakistan tu sape pulak ek?

Sesapa kenal sila angkat tangan ok.
yang pastinya Heroin Pakistan ni tak datang dengan  Hero
Tapi di masukkan di dalam Kotak

hahaha.. suspen ni.
Masuk je malaysia terus kena tangkap
sebab Heroin tu lepak dalam Kotak Kurma
nak Tengok lawa ke idak heroin tu?
meh sini nak tunjuk


v

v

v

v

v

v

v

v
v

v

v

v

v

v

v

 
Sila senyum sendiri ok
sebab ini adah Heroin = Dadah
buka artis jelita..
sapa makan pun memang boleh gelek gelek . kikikikik...

 Ini semua angkara lelaki Nigeria dan Monggolia
pandai benor taktik mereka ye
declare Kurma konon.

Note: aku memang tak puas ati bila ada pihak gunakan Malaysia sebagai transit dadah!

BR1M 2.0

BR1M 2.0 bakal di agihkan bermuala Februry 2013
Sila senyum sampai ke telinga bagi yang layak
bagi yang tak layak, jgn sedih berdoalah
moga ada rezeki anda melalui cara yang lain ok
Allah maha adil.

 
 
sejak 2 hari lepas, kat office ni dah sok sek sok sek orang dok cerita ttg BR1M 2.0
ada yang cakap kat Area Ayer Itam dah pun sampai surat
ada yang cakap kat sini dah dapat surat jemputan 
kat sana belum lagi 
kau dapat , kau layak
aku tak layak.. mcm mcm

 

Aku pun call Mak aku kat kampung, pun sama juga cakap tak de terima surat apa pun
untunglah bagi yang layak tu kan.
Untunglah sebab harga barang sekarang kan ka dah melambung tinggi 
tambah tambah tinggal kat KL dan Penang
bukak pintu je duuuuuuitttttttttt je kan..


dalam dok bising bising tentang BR1M 2.0  ni , officemate aku yg takpernah berkawin
berusia 50 tahun ( masih bujang) dok sibuk ttg agihan RM 250.00 untuk orang bujang
amboi.... tak sabo kamu yer.
eh nak tanya la. kalau duda tu kira Bujang jugak ke?
Bujang senang tu tersenarai jugak tak?
hehehehe...


Apa sangat RM250.00 jika di bandingkan kamu baru je beli keta Cash tu.
hahaha... dah dapat free memang la nak kan
sapa tak mau duit weh....


Program Hati Rakyat

para penonton..ibu ibu bapak bapak semua yang ada..
upss... sori terdangdut la pulak.

benornya memang nak canang pun citer ni.
para ibu tunggal, warga Emas dan orang kelainan upya seharusnya patut senyum lebar
sebabnya, kerajaan dah luluskan RM50 juta untuk tujuan  melaksanakan Progam Hati Rakyat yang 
akan bermula bulan depan.
 

Peruntukan RM50 juta itu di salurkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Moga moga pengagihan itu berlaku dengan adil dan semua golongan 
yang berhak mendapat faedah daripada peruntukan tersebut.


program Hati Rakyat ni best tau sebab ianya merupakan satu program dalam bentuk latihan,
bagi warga emas pula mungkin bantuan berbentuk lampin pakai buang macam tu.

Bantuan dalam bentuk kewangan pula akan campur-aduk dengan program 1Azam supaya wanita yang ingin berniaga kecil-kecilan boleh dapat bantuan

Untung rakyat sekarang itu di bantu, ini dibantu..
masa zaman Mak aku jadi ibu tunggal dulu..
Tak de semua ni..


Note: Suka beno aku join program program latihan ni. 




Wednesday, January 30, 2013

Kenapa Manusia Semakin Kejam

Sebagai ibu kepada sepasang cahaya mata yang sedang meninjak membesar
aku cukup risau dengan fenomena yang sedang melanda sekarang ini

hari hari dihujani dengan kes penculikan bayi..
kes pembnuhan
kes rogol
lari dari rumah dan mcm mcm yang memang sedang panas di dada dada akhbar
lagi panas bila di coretkan di FB atau blog.

 

kekadang ku rasa mcm nak saja ku berkepit dengan anak anak
tak mahu dorang terlepas dari genggaman mahupun pandangan sepasang mataku ini
apa kan daya.. ku tak mampu.

Hari ini, di tujah lagi dengan berita tentang  "polis berjaya menyelamatkan seorang kanak kanak 
perempuan berusia 3 tahun yang di beli oleh sindiket". 
lebih menakutkan kejadian ini berlaku di Georgetown.
Di Pulau Pinang ini, tempat di mana aku menatap sekarang!

selain itu, 2 daripada 5 tertuduh yg di dakwa membayar wang jaminan berjumlah RM50,000.00
segalanya berkaitan dengan pemerdagangan kanak kanak 

Mengapa nak culik? mengapa nak dagang?
tiada ke kekesalan di hatimu?
Tak sedihkah kamu jika ianya berlaku padamu jua


Perdagang kanak-kanak: Tertuduh bayar jaminan  

Polis selamatkan seorang lagi budak dijual sindiket 


Nota : serious...  aku memang risau sangat

Tikus Ancam Galapagos

Bila aku baca je tajuk tu
teringat pulak kat entry si Boni kacak tentang cara cara menghapuskan tikus.
siap bisik bisik dan laga laga pipi ngan tikus lagi tau.
hahahaha...
cara menghapuskan tikus
 klik gambar tikus tu tuk baca entry si boni 

di katakan tikus tikus kat Galapagos tu telah mengancam kehidupan kura kura 
dengan cara memusnahkan telur telur kura kura tersebut.
lepas tu, tikus ni jugak turus membunuh kura kura yg masih muda
di jangkakan kura kura tersebut akan mengalami kepupusan.
kata, Edwin Naula, Pengarah Alam Semulajadi Galapagos, 

 

Racun tikus telahpun dilepaskan menggunakan Helikopter di Pulau Pinzon
iaitu sebuah pulau yang tidak berpenghuni.

Sebagai langkah membiakkan kura kura di Galapagos, Teknik eraman telur kura kura 
telah di jalankan. harap harap tikus ni tak menyerang tempat eraman tu pulak.

untuk makluman semua, Galapagos  terletak 1,000 kilometer dari pesisir pantai Ecuador  dan  merupakan kepulauan yang merangkumi 13 buah pulau dan lebih 100 batu-batuan serta pulau-pulau mikro.
memang cantik galapagos ni..

 
asyik dok cerita tentang kura kura je kan. tapi tak cakap pun kura kura apa?
Yang sebenarnya kura kura yang menjadi target si tikus ni ialah 
"KURA KURA GERGASI OK"
ha.. kot dia takut kang bila dah jadi kura kura gergasi , susah pulak nak bunuh  kan..


bukan kura kura sahaja yang terancam
malah di anggarkan banyak lagi spesis lain yang turut di musnahkan oleh tikus ni.

di sini aku menyeru.. si BONI KACAK
Sila tampil ke GALAPAGOS.. untuk meberi sedikit
penerangan tentang cara cara menghapuskan tikus..

mana tau teknik belaian kau tu boleh menjadi.

Jamuan B'day Amirul Yang Lucu

Amirul jemput 6 orang kengkawannya tu tuk datang makan kat Umah jam 4.00ptg.
tunggu punya tunggu dah jam 4.30 tak muncul muncul jugak.
hah sudah... sape nak makan semua ni.
potong kek jugak tau
Last tak muncul jugak., apa lagi Amirul pun pergi le menapak rumah ke rumah kengkawannya tu
hampeh... semua tak de. hambik... cam no ni????
Ni Mak ngasuh Mirul. Aku yang jemput ok. sebab Amirul tu excited dok jemput kawan dia
sampai mak pun dia lupa nak jemput.apa da...
Dah pukul 5:30 baru nampak kawan Amirul si Rifdi dan Si Afix ni.
Aku tanya le, nape tak datang awal tadi.
Selamba je dorang jawab " Lupa....." hahahaha...
ok lenkali mak cik letak kain rentang  besar besar kat jalan tu yer..

Dah dua kerat je kawan dia yg datang, apa lagi..
usha kat luar tengok ada dua tiga orang budak sedang main. 
cepat le panggil dorang suh datang makan.

pas tu suh pulak dorang pergi panggil kawan kawan dorang
kaan kawan dorang panggil pulak kawan kawan kawan dorang...
hahahaha... bape banyak kawan da...
 budak lelaki ni  bukan kawan Amirul , Amirul pun tak kenal
Tapi dorang ni sporting, datang makan bertambah tambah tau
dah form 1 pun dorang, anak orang blok ujunggggggg sinunnnn nu. 
aku pun tak kenal aih..

baik tau, lepas makan siap bawak pinggan ke Sinki
rajin.. sape nak wat menantu bolehlah..

 Ada la anak anak jiran yg kecik kecik tu pun datang jugak
Mak dorang tak datang pun. 

Dah aku tak jemput kan..
Memang jamuan tuk budak budak niat aku tu..

 Bila dah lepas sorang , sorang datang, mula la tak cukup makanan
apalagi, aku ke dapur  goreng lagi nugget, kentang, hotdog semua tu

tengok budak kembar baju putih tu
aku suka dorang nio tau, tiap tiap petang aku tengok dorang carry adik pompuan dorang
mengasuh adik yang baru berusia 3 tahun tu.
alahai.. tingat aku kecik kecik dulu, ngikut bontot abang abang je..

Yang ni pun bukan kawan kawan mirul gak
dah anak dara pun, tingkatan 1-3 kot . 
kejap je dah besar kome semua ye..

anak anak jiran sebelah menyebelah.
Alhamdulillah.. semua makanan habis licinnnnnnnnnnn.

Haish.. panggil tuju tuju mcm tu je pun dah meriah rumah aku.


Note:Rasa Lucu pulak jamuan kali ni. Syukur Alhamdulillah.

2nd GA - KAIN PASANG

lelong.. lelong.. kain pasang kain pasang
free saja.. sapa nak sila la join GA cik Intanberlian..
lelong lelong..  kling kling ...hahaha.. ( ala ala gmabar 3 Abdul )

 

Mana tau ada rezeki boleh la dapat free, jimat kos utk baju kenduri ke, baju raya ke hape ke kan..kan..
cepat la join. sebab ada jugak hadiah misteri katanya la.. ( ala Azwan Ali)


cepat. tarikh tamat 22/2/2013.
tolak cuti CNY bnagai. tinggal tak berapa hari ja lagi.
cepatttttttttt

Nak join klik banner atau klik kat SINI


Tuesday, January 29, 2013

Jadi Kenduri Tau

Hari jumaat tu, Amirul dah tanya aku
Ibu.. boleh tak ibu buat makan makan utk b'day mirul
jamu kawan kawan mirul ja.. 
6 orang ja pun..
terus aku set kat kepala ni. Boleh jugak. Terus Niat nk buat kenduri
lagipun dah lama tak buat kenduri kat rumah cenonet aku ni.
bebola sotong                                                  sosej                                      nugget ayam

 kita layan makanan dulu yer.
gigih  gigih aku prepare sengsorang, hubby mcm tu le kalau hujung minggu, dia kerja.
Amirul jemput kengkawan dia pukul 4.00 ptg. so masih ada masa lagi la kan.

ayam goreng ala KFC                          Bihun Sup                                             dadih  

dlm hati dok ingat, 6 orang apa la sangat. ok la buat sikit je tak payah dok kalut kalut
sebab Amirul dah besar, jadi goodies bagai dah tak de k.
sian pulak ku tengok, tapi rasanya dia dah besar la  tuk tu semua..

     Cheezy Wedges                            coklat                                     Homemade Ice Cream

ni lah menu menu yang aku hidangkan untuk kengkawan Amirul
walaupun tal seberapa
sekurang kurangnya niatku nak buat kenduri secara kecil kecilan termakbul jua.
Terima kasih Amirul.


Syukur, Allah masih memberi peluang kepadaku untuk bersedekah
Moga Allah limpah ruahkan rezeki dan rahmatnya ke atas
aku dan keluarga serta keseluruhannya. Amin...


Note: Tunggu Entry seterusnya, adakah betul betulk 6 orang tetamu yg datang?

Demi kamu ibu tunaikan

Amirul.. sila jgn merajuk sebab ibu tak buat entry ttg B'day Amirul k
hari ni baru boleh buat.
ala.. anak ibu cayang cayang bucuk.



Amirul suke kaler pepel. pernah jugak dia suruh aku hias biliknya kaler pepel
tapi.. ni kan umah sewa. Nantilah.. bila kita duduk umah sendiri kat SP nun..
ibu deco kaler pepel ye..

cake without lilin ok.
dah 2 tahun kami amalkan
cake without lilin
syukur.. Amirul pun dah boleh terima pun..

mula tu nak beli yg ada kartun
pas tu fikir semula. hmmm...
kartun tu plastik je pun, bukan boleh makan
tak pe la ada bunga pun. 
janji cake.. kan Amirul kan..kan..kan..


papa tak de, kerja malam.
so, aku ngan Amirul je katumah.
Amirul nak potong jugak kek tu...

ha cam ni le jadinya.
gambar dua beranak yang satu pun tak menjadi. hahahaha...


Note: kad dah bagi, kek pun dah bagi..
Dia request satu lagi pulak....ngeh ngeh ngeh

Setahun 6 Bulan

27/01/2012 genaplah usia Aleesya Setahun 6 Bulan.
hmmm... kejap je rasa. Lagi 6 bulan 2 tahun le kan..
Jiran kat depan Umah aku yg anaknya sama ngan Aleesya tu pun dah ngandung lagi
Dah tujuh bulan pun preggy..

Rasanya, ni la masa yang sesuai untuk aku campurkan Aleesya dengan susu formula
nanti tak de lah susah susah nak lepaskan BF.

Syukur Alhamdulillah. Cukup cukup setahun setengah aku menyusukan dia tanpa campur susu formula
Tapi tu lah... payah benor budak kecik ni nak minum susu formula
Asyik menggeleng jer.
harap harap Baby Sitter dapat membantu .


Macam macam aku buat supaya dia sukakan susu formula
siap bancuh dalam cawan - minum sikit je
pas tu siap letak straw lagi.- minum sikit jugak..

kalau air masak. laju je dia minum.


Amirul pulak yg kay poh lebih,siap hujah kat aku tentang najis najis lagi
siap ckp kalau baby umur 2 tahun ke bawah minum susu ibu, air kencingnya senang nak cuci la...
kalau dah campur makanan kena basuh begini begitu lah..

hahaha... itu hanya terguna pakai kalau baby tu lelaki la Amirul oiiii...
adik kamu ni pompuan da....


Saturday, January 26, 2013

Hadiah untuk Awak

Awak.. terima kasih ye..
Awak baik sangat. jaga saya selama 10 tahun ni
Awak sayang saya lebih dari keluarga saya sayang saya..

Saya tak ada apa yang istimewa nak bagi awak
hanya ini yang saya mampu untuk awak
sempena Anniversary kita yang ke 10 tahun ini.
 
Saya suka jam ini. saya beli tanpa pengetahuan awak.
awak pakailah ye, walaupun tak semahal mana
hanya ini yang saya mampu..


Saya tahu jam awak dah lama rosak
tapi awak tak beli sebab awak dulukan mana yang penting..
itulah awak..utamakan kami anak beranak terlebih dahulu.
Sebab tu saya sayang awak sangat sangat..

Supaya awak sentiasa menjadi suami saya 
hingga ke syurga..
Dah 10 tahun kita kawin tapi setiap hari saya nak bercinta dengan awak.


Note: didedikasikan untuk suami tercinta.


* syyyy... saya tak dedahkan apa yg awak bagi ok*
janji...tetap janji...

Friday, January 25, 2013

Sapa Yang Pelihara Ni?

Bulan lepas, Kami balik kampung
Mcm biasalah, Amirul ni ada saja la kerjanya ngan Tok dia ( Mak aku le)
Mak aku memang rajin memancing.
pas pancing bela pulak ikan tu.

then masa kami nak bertolak balik ke Penang
Amirul dok sok sek sok sek ngan tok dia,
diam diam tok dah masukkan beberapa ekor ikan puyu kat dalam Akuarium kecik
pas tu letak dalam keta. 

Dia bawak bali 8 ekor. Tapi tinggal 5 ekor je.
sebab.. that day dia nak cuci air, pas tu dia letak ikan dalam baldi dekat tandas
3 ekor ikan tu dah lompat masuk tandas..
hahahaha....
Ni pulak Amirul pergi ke Rope Walk ngan hubby
beli 2 ekor Hamster, adei.....
dok uli uli hamster tu sampai rimas aku tengok..
Angin kemain bila aku ckp yang Hamsternya tu sebenarnya tikus. kahhhhhhhhhhhh
(suka sakat dia)

 geli pulak telinga aku dengar bila Amirul bahasakan dirinya "Abah" kat Hamster dia
mana taknya, dia sebut
" Ala sayang sayang anak Abah ni, lapar ye"
Adei.. sabo je la ko....

ghupernya, Hamster ni gigit sakit wooo..
aku dah kena sekali masa nak bersihkan sangkar dia.
Tapi..dia ok pulak ngan Amirul..

" Memang le ikan tu Amirul punya, Hamster tu pun Amirul punya
Yang bagi makan bagainya.. Akuuuuuuuuu... 
Sape yang pelihara ni? Aku ke Amirul. arghhhh confuse eden.."

21,000 bilah pisau diberikan kepada wanita di negeri India

Sesuaikah? selamatkah?
Inilah persoalan yang bermain di  minda aku
rentetan dari peristiwa seorang pelajar yang berusia 23 tahun mati akibat di rogol oleh beberapa orang lelaki di India .Maka satu jalan penyelesaian telah di buat 

 

Di India sebuah parti berhaluan kanan telah mengedarkan  21,000 bilah pisau kepada
golongan wanita.
Pisau tersebut boleh di ginakan sebagai senjata apabila golongan wanita tersebut di serang
hmm... aku pasti jika sebuah parti yang besar membuatsesuatu keputusan
makapenyelidikan yang rapi juga turut di jalankan.

Cuma di sini aku terfikir, jika wanita tersebut
mengeluarkan pisau tadi untuk mempertahankan dirinya..
bila di serang dan pada masa yang sama perogol tadi merampas pisau itu dan memeras ugut wanita tersebut..
bagaimana ye..

Dan, jika perogol tadi menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita tersebut
selapas dia merogol? bagaimana ye..

Setelah di rogol dan wanita tersebut mengalami trauma dan mengambil pisau tersebut
lalu menikam dirinya, bagaimana ye..


Note:  Argh... banyak betul kemusykilan dalam kepala ni.

Memenuhi Permintaan Gieyana

Memenuhi permintaan Gieyana  yang teringin nak makan laksa
Maklumlah kami kan sengeri sedaerah
jadi tekak tu sama je.
Laksa kedah tak sama dengan laksa Penang.

 Thanks datang umah dan sudi menjamah masakan aku gie.
Best tengok Nureen dengan Amirul
Happy je dorang bersukaria.
tak de malu malu ...

 Buat tak banyak pun. sekadar nak bagi Gieyana rasa je
kalau buat banyak pun tak de sape nak makan Crepe ni.

Ada jugak buat Crepe Coklat
tak sempat nak bagi Gieyana makan.
Tapi tekak aku tak boleh terima Coklat Crepe. Entah kenapa...

 Kaum adam pun nak posing la jugak. kan..kan..
mcm biasa My hubby... mahal betul nak sengih sengih..

 Ni antara bahan bahan laksa kedah K.
sila jgn salahkan aku kalau korang teringin.

Tapi, kalau nak makan sila datang rumah
boleh aja aku buatkan. 
Boleh juga aku mengumpul harta menabung untuk di alam sana..( pahala)


Memang dah janji nak kirimkan gambar laksa ni kat Gieyana
tapi almaklumlah sibuk je
Sori Gieyana. Aku keterlupaan...

Last.. Desert Eskrem tu pun tak sempat snap. 
Cuma 3 jenis dish je aku jamu Gieyana dan Keluarga comelnya itu.

Gieyana, nanti kalau kita free mungkin apa yg di rancang berdua tu tercapai juga.
hmm... rncang last minit baru leh jadi. selalunya le.kikikikik...

Note: Gie... Aku suka panggil nama Rozi.

Wednesday, January 23, 2013

Ko Pehal?

Aku ni benornya nak komen sikit tentang MAXIS. 
tapi tak pe la next entry aku kome k.
Cuma aku nak citer sikit ttg kejadian kat MAXIS Lunch time tadi.

 
 
Aku sampai dalam kul 1:46. Pas tu punya la lama duk tunggu
number tak panggil pangggil. 
Masa dok tunggu tu ada la sorang mamat tu. Tak sure India ke Mamak
sebab dia dok speaking Tamil.
Aku kat ujung ni dia kat ujung sana.


Boring menunggu giliran aku pun main game kat tepon.
aku mian game bubble Shooter tu.
kena aim betul betul tau, kalau idak ter shoot tengkorak tu habis le bullet. hehehe..

sylviaymy.blogspot.com
 tiba tiba mamat tu punya giler dok gedik kaki sampai goyang semua kerusi
sekali ngan aku la dok goyang goyang
Nak aim bubble tu pun susah sebab satu badan aku pun dok goyang
dalam ati dok geram dah. Pehal ko ni?
 
Pas tu, dia siap hentak hentak kaki, kuat pulak tu
mcm irama tarian tap la pulak, pik pak pik pak.
dah la badan aku dok goyang pas tu telinga plak sakit dok dengar tumit kasut dia.
 sampai aku main game pun kalah semua. Gerammmmmmmmmmm

wahai mamat yang sengal. kot kalau ko nak menari ke hape ke
pergi masuk kelas tarian.
kat Maxis ni bukan pentas Tarian.

bila aku usha kat tempat lain kosong, aku pun ubah tempat duduk
tetiba dia macam terasa yang aku tak suka cara dia tu
boleh aja dia stop bergedik, dan hentak hentak kaki.
oooo... boleh pun ingatkan ko di serang Parkinson dengan tetiba.
 
Nak cover malu dia, dia siap buat buat call sapa ntah
pas tu siap mention datuk le hape le.
sambil ckp dok jeling kat aku.
Hello!!!! ada ku kesah.. ko tu datuk ke?
driver datuk ke? apa tuk sekalipun
kalau attitude ko mcm tu, jgn mimpi aku nak respect.

Note:  Nak gedik pun tengok org sebelah sama.