Tuesday, November 3, 2020

Makan Kenduri Di Baling

 8/2/2020 kami pergi makan kenduri di Baling. kekuarga my abang ke tiga, mak dan dan  keluarga kecilku.Kami pergi berkonvoi.

kami mendapat jemputan kenduri di rumah sepupu husband..

kenduri kat kat baling ni menu paling best adalah gulai umbut pisang..sedap tau

kita bergambar kenang kenangan yer

Naiim,Izat,abang khir,aku,kak yan ,mak dan Aleesya

posing sket kat titi merentasi sungai. My hubby cakap dia dedulu masa kekecik selalu mandi kat kat sungai ni

Ni tengah bincang nak ke mana pula lepas ni

kami decide nak ke gunung baling.
ah jjjoooommmm...

nanti kita pergi usha gunung baling pula yer.


Sepetang Di Ban Pecah

 Tanggal 26/1/2020 kami sekeluarga pergi ke Ban Pecah. Asal berkumpul je,kami akan create aktiviti.

kami main layang layang secara berjemaah.hahahaha
kualiti time with family always awesome.
tetiba aku ternampak ice cream kelapa..
wow..harus mencuba

my mom order lai ci kang

bihun sup,lai chi kang and cendol

bagi laluan tuan tanah nak posing jap yer.
ups... nak tayang juga cecara dorang buat ive cream kelapa ni. 

walau selalu makan bila pergi padang besar.Tapi tak pernah jemu. hihihihi








Pantai Murni

 Malam masih muda.Kami saja la terjah pantai murni sebab nak tengok macam mana la orang Yan sambut Tahun baru.

wow ramainya manusia..
banyak pulak makanan yang dorang jual

ada concert lagi tu sementara nak tunggu detik jam 12 malam.

gerai makan pun penuh.

yang ni la paling best. dapat makan baby crab

kita pekena bihun sup penuh dengan daging.


see..banyakkan dagingnya.

air mata kucing..
kenyang kami malam tu.

actually ada video bunga api. aku ter delete la pulak.



Mandi Manda Di Alang Kenari

 Lepas balik dari Gunung Jerai, papa dengan Aleesya mandi manda pula kat kolam Renang di Alang kenari.

suka betul dorang mandi. aku kan ke tak bawa baju. tengok jerlah.

ecewah...


budak ni kalau stay kat kat mana mana pun mesti kena ada kolam renang. Asal ada kolam renang je. sure happy habis

eksyen,mandi kat kat m renang dewasa. Si papa always pantau 

Nasib baik ada pelampung.Pelampung ni pun beli masa on the way balik dari Gunung Jerai

Malam ni ada acara sambutan tahun baru.Jom kita lepak kat Panti Murni pula.

Note:- jenjalan dekat dekat pun best.janji always together.betul tak?





Simple Day Cafe

 Dah penat berganbar,kami pergi ke Simple Day Cafe.

Nak nikmati coffee,cake and bun kat sini.sejuk sejuk pekena coffee memang ngam ar.

budak kecik ni order bun coklat

Tu ha..jadi model kejap

model berselipar je. Ntah la budak ni,suka sangat berslipper.

Ni kegemaran my husband. curry puff memang tak tinggal dia ni

Ni lagi sorang,sampai kat sini pun nak makan meggie

oklah, org sambut anniversary in advance nak pose juga tau

sengih sakan seban teruja dapat jenjalan sampai sini. Lama dah ajak en.suami datang sini..

Lastly dia bawa juga. thanks abang..


Gunung Jerai

 Lepas check in tetiba husband ajak pergi ke gunung jerai. saja nak ambil angin kalau nasib baik dapat nikmati kabus kat sana.

dari kaki gunung jerai nak samppai ke puncak cuma ambil masa dalam 20 minit saja

lawanya bunga bunga kat sini

cam ni lah kalau minta bergaya sikit. ada ke cium bunga cenggini pose nya.alahai anak

kabus tak ada hari tu. layan je lah bunga bunga kat sini

mula tu memang nak stay kat atas ni. tapi fully book.sob..sob..
Bila tahun la pulak tempat ni nak tak tak fully book. 

dari sini boleh lihat pemandangan ssawaah padi yang menghijau
tenang je view dia kan..kan..

molek pula dia bergambar dengan papa

Ni lah hasil si Aleesya snap picture kami.
alahai..cahaya la pulak

konsep garden kat sini memang santai weih..

dengann baju kurung bagai..aku sampai ke sini.hahahaha

ok lah..jom kita pergi makan pula. rasa lapar bila jenjalan mengelilingi garden kat kat puncak gunung jerai ni.

jom..jomm

Monday, November 2, 2020

Alang Kenari

 Kami check in di Alang Kenari. Tetiba my husband tak nak terus balik. Katanya nak menikmati keindahan si sekitar Yan. Alahai..dah le kuta tak bawa baju salin. boleh pula dia nak check in. 

kita tunggu kejap sementara housekeeping nak kemas bilik.

budak manja ni banyak akal sungguh.asyik menyakat si papa jer.

cantik juga view dia. Aleesya la yang best sangat sebab kat kat  ada kolam renang.

ok dah dapat bilik, jom kita pergi beli baju.kang esok tak ada baju nak pakai pula. Dah la sehelai sepinggang je. 



sotong Buncit Jahat

Selepas kami hantar Amirul,Kami singgah kejap.kat Gurun sebab nak menikmati sotong buncit jahat.

Restaurant yang tengah viral dengan masakan sotong buncit jahat

Inilah sotong buncit jahat tu. harganya mengikut berat. haritu kami makan seekor RM45. boleh tahan jugalah harganya.
Kami makan bertiga jer, kesian Amirul selalu takndapat bersama. sekolah di negeri kedah,so cuti pun tak sama

ramai sungguh pengunjung 

selain tu ada juga gerai yang jual jeruk.Tak beli pun sebab kat penang lagi meriah jeruknya..hehehehe

kami cuma nikmati sengkuang calit sebagai pencuci mulut.

ok,lepas ni kita nak gerak kemana pula? En.suami nak abadikan sambutan anniversary  in advance katanya.