Khamis lepas aku ke KK sebab aku dah postpone date utk Aleesya datang tu selepas Raya
Masa aku tengah tunggu giliran nma di panggil, aku terpnadnag seorang perempuan.
orangnya cergas, tapi bila aku tengok kan dirinya, membuat aku terfikir kembali
aku tak nak sentuh kat pakaian atau rupa paras.
aku terpandangg ke sepuluh sepuluh jarinya berkuku panjang.
tengok dengan keadaan jemarinya tu aku dah mula berfikir yang bukan bukan.
terus terang aku cakap. Aku tak suka perempuan ke lelaki ke berkuku panjang
tambah tambah lagi kaum ibu.
Ada kawan aku cakap, nak tengok anak dara tu rajin ke malas buat kerja rumah tengok kukunya
kalau yang kuku panjang tu majority malas
asyik nak dok jaga kuku je, kang buat kerja, patah pulak kuku tu.
berbalik pada perempuan tadi,
Aku dengar Nurse tu sebut namanya dan berbualan yang agak kuat aku boleh la dengar
" Hang mai buat buku tuk hang ka utk sapa?
Hang mengandung lagi?
ish.. hari tu orang suruh makan ubat hang tak makan ka?
suboq tui la hang ni.
orang lenkali makan la ubat dah tau jenis suboq"
Selalunya Nurse akan cakap begini jika seseorang tu mempunyai anak yang ramai
tul tak?
Mungkin perempuan tadi dah ada anak ramai, so Nurse suruh jarakkan kandungan tu
Tetiba aku terfikir:-
Perempuan tadi sudah pastinya ibu kepada beberapa orang anak
isteri kepada seorang suami
Dengan keadaan kukunya yang begitu
bagaimanakah dia menyediakan makanan kepada suami dan anak ?
tak tahukah dia sebenarnya menyajikan kuman/kotoran kepada keluarga
Cantik ke berkuku panjang?
Baca Juga: