Wednesday, December 21, 2011

Saya Akan Kekal Muslim Sehingga Meninggal Dunia – Ariff Alfian Rosli



Ramai yang terkejut dengan penyebaran gambar perkahwinan sejenis Ariff Alfian Rosli baru-baru ini. Dan ramai yang tertanya-tanya status agama yang dianuti oleh Ariff selepas perkahwinan tersebut. Dan rasanya ramai yag boleh menarik nafas lega apabila Ariff yang dihubungi oleh IrishTimes menyatakan yang agamanya tetap Islam daripada dulu sehinggalah dia meninggal dunia kelak.





Kata Ariff:-

Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya

Ariff juga menjelaskan yang dia tidak menghubungi ayahnya kerana berlaku sedikit salah faham dan dia tidaklah hilang selama ini.

Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain. Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,





Namun agak misteri kerana Ariff tidak mahu langsung memberikan maklum balas tentang kesahihan gambar perkahwinan sejenisnya yang tersebar luas. Adakah benar-benar perkahwinan tersebut telah berlaku atau ia sekadar satu gimik oleh Ariff untuk menarik perhatian orang ramai? Kalau benar-benar berlaku, Ariff perlu sedar yang agama Islam tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Sama-sama kita doakan agar Ariff sedar akan perkara ini.

Kisah Lirik Lagu TANYA SAMA

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”


Rasulullah (s.a.w ) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian
hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana
berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama
mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau
golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau
mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga .’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu
itu, ya Rasulallah (s.a.w )?’
Sabda Rasulallah (s.a.w ): ‘Iaitu yang mengikut jalanku
(yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-
sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah
(a.w ).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)


Kisah Burung.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang
paling fenomenal dari Fariduddin Attar . Kitab itu berisi
pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari
makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya
itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar
lebih mudah dimengerti.

Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan
sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut
sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung.
Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung
di dunia untuk bermusyawarah.

Tujuan mereka hanya satu
yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang
dipimpin oleh Hud-hud .
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi
tujuh lembah yang penuh halangan.

Lembah pertama adalah lembah keinginan . Di sini semua
burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak
duniawi.

Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua
burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka
terbakar.

Lembah seterusnya adalah lembah makrifat , di sini semua
burung harus memilih jalan sendiri lantaran “ terlalu banyak
jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa
yang sesuai dengannya .”

Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi
harus ditanggalkan dari hati.

Di lembah kesatuan , yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah
kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan
kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan , dan
mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi,
“ aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu
dari diriku.” “ Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga
itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah
yang sebenarnya aku dambakan? “

Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan
fana , di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri
mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran,
menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.

Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila
mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan
menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah
mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si
Muraq.

Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan,
hanya tiga puluh saja yang berjaya mengharungi segala payah
jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan
kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan
raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja
segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam
cermin diri .

Si Muraq, ataupun sirmurgh , adalah perkataan parsi yang
bermaksud tiga puluh ekor burung . Maka di sini, di
penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan
realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka
telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah
jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘ diri mereka
sendiri ‘ dan ‘ diri sebenar diri ‘.

Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan
kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah
kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan
diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28 )
*“Lang mensilang, Kui mengsikui” bermaksud Orang tak
macam orang, hantu tak macam hantu