Wednesday, February 1, 2012

Tapai

Tapai... korang suka makan tapai tak? aku suka sangat
kalau sekali menagadap tapai ni, berbungkus bungkus. sebab apa aku suka?
sebab mak aku rajin sangat buat tapai ni masa kami kecik kecik dulu

betul ke tapai ni ada pantang larangnya?
atau semua tu terjadi secara kebetulan je...

Masa balik umah MIL, my SIL ada wat tapai
seperiuk dia buat ko. memang sedap la aku duk balun
nama pun ramai kena la buat banyak.

aku makan pun ingat org belakang jugak
dalam ati dok ckp. nanti nak suh mak wat tapai la
nak makan puas puas.

Ha.. tengok tu, biras aku dok seluk dalam periuk yang besar tu
kalau la ada ice cream time tu. lagi la sedap
silap haribulan seperiuk ni pun tak cukup. hahahaha...

Dulu masa aku kecik, kazen aku tu tak leh tau kalau ada org wat tapai
kalau dia tau, terus tapai tak masak.
Sian Mak cik aku, selalu dok sembunyi sembunyi kalau nak wat tapai

pernah satu hari tu, kami dok main aci sembunyi ( hide & missing)
Mak aku sembunyi dalam almari baju tapai yang siap di balut
ntah mcm mana, kazen aku tu pi sembunyi kat sebelah tapai tu

besok malam tu, kami tengok tapai tu dah jadi beras
mcm beras yang di basuh tuk wat lemang
wal hal, sebelum tu dah nampak mcm nak masak( demam demam)
habis 2-3 kilo beras pulut mak aku

Ada gak org ckp, kalau org ada ilmu petawar pun tak leh tau time org wat tapai
ilmu petawar tu, mcm org dok pi mintak air tawar bila anak demam panas bagainya la

tapi.. yg aku heran kazen aku tu, sejak kecik pun dia tak leh tau org wat tapai
mesti tapai tu tak masak
tak kan 5-6 thn pun dah ada ilmu??? hahahaha.. mcm tak logik kan
Semua tu kuasa Allah. mungkin kebetulan

Amboi.. my BIL leh makan tapai , muka pun manis cam tapai.

upss.... lupa nak bagitau. masa CNY that day aku balik
mak aku suh buka fridge, pas tu aku senyum munga munga le
sebab mak aku wat TAPAI...

aku baru je nak suh dia buat, mcm dia tau bisikan hatiku ini
Naluri keibuannya tu le yg buat tergerak di hatinya
untuk buat tapai untukku

aku makan tak hengat ko.
sib baik tak jatuh sakit. husband lak tak makan tapi
aku apa lagi, BALUN Sengsorang. hahahaha...
Ma kasih Mak, ni la buat ana sayang mak berkoyan koyan.

First Time Aku...

Sejak kecik sampai la beranak 2 ni baru terhegeh hegeh

nak belajar cecara nak buat popia.


Kalau kat kampung dulu, jenuhla kalau nak buat popi

sebab mana ada kulit popia yang ready made

siap guna mesin yang pulas ngan tangan lagi

semata mata nak buat kulit popia ni

sebab tu le popia tak glamour dalam familly

hahaha....


Ni inti yang siap untuk dibalut.

Aku ambik sikit je, sebab takut tak pandai nak gulung


ok.aku closed up sket

carrot tu tak banyak aku letak, sebab hubby dah korbankan tuk masak maggi

Aku memang dok simpan carrot untuk buat popia ni

Bila tiba masa aku nak buat tu, aku tengok

dalam fridge dah tinggal ciput je



Tak berapa pandai gulung

tangan aku ni keras mcm batu kot

so, popia jadi tak cantik

Sos tu aku suka cicah ngan sos cili cap tupai

sebab rasanya yang pedas pedas gitew..


Bagi Amirul, balut le mcm mana pun

yang pasti popia tu habis di makannya

Amirul mintak sket untuk diberi kepada baby sitter

Aku malu tahap gaban le..

Sebab first time buat, pas tu balut suka suki je


Ko merayu le cam na pun

mahap le, ibu tak mo bagi kat dorang

sebab malu tahap gaban

risau takut tak sedap.


Note:- kalau nak bagi kat org kena yang cantik dan sedap.

Siput ape nama ntah

Meh sini nak citer ttg makanan kegemaran aku masa kecik kecik dulu
tapi sekarang ni memang susah nk dapat.

Aku panggil sput pahit ( pait)
korang panggil siput apa ni?
Masa kecik dodulu aku suka pergi kat caroq /katoq( aliran air dari air terjun Puncak Janing)
ala.. lebih kurang mcm anak sungai yg kecil kat kebun buah buhan tu..

selalu aku pergi kutip siput ni ngan abang abang aku, selalunya hari jumaat leh dapat banyak
sebab org kata " SIPUT PERGI SEMBAHAYNG" hehehe
makanya berketonggek le siput ni kat atas batu batu yg terdapat di dalam air

kg aku kawasan bukit, sesapa yg kawasan sawah padi tu, leh jumpa siput ni di dalam sawah
jgn tersilap terambik gondang udah le. sebab anak anak gondang tu
nampak lebih lurang je ngan siput pait ni.

Masa pergi umah ayah tempohari, hubby pergi menjala siput ni
aku tak dapat nak join, sebab kena jaga Aleesya
walhal dalam ati membuak buak nak ikut hubby pergi tangkap siput ni
nak imbau kenangan kecik kecik dulu

masa kena pukul ngan mak sebab balik time senja, terlebih excited cari siput ni
hehehe...

Lepas dapat siput ni, kena rendam dulu dia dengan beberapa tangkai cili kering
supaya siput ni muntah semua kotoran.

pas tu kena ramas ramaskan dengan menggunkan daun serai
kat umah aku mana ada pokok serai
so, aku pergi kat kedai sayur maknya dekat pantai sinun
aku mintak beli 2-3 batang serai pas tu mintak daun nya berlebih lebih hehehe..

kalau dulu aku suka ambik daun serai dia utk buat mandi sauna
tapi sekarang tak leh nak bersauna bagai. takut Aleesya plak termasuk dalam periuk sauna.

bukan aku saja yg suka siput ni
hubby pun sama, dia tolong aku kacipkan bahagian punggung siput tu
kalau tak kacip. ko sedut sampai tertanggal gigi pun
isi siput tu tak kan keluar.

hubby pilih yg kecik kecik je, dia ckp kalau yg besar ada anak dalam tu


kacip ni memang tersedia ada kat umah aku, sebab aku ni kekadang tu gatal mulut jugak nak mengunyah pinang.ngeeee

proses nak mencuci sampai mengacip tu memakan masa yang lama.
sebab kena pastikan siput ni bersih dari lumut lumut yg terlekat di badannya.

Ada jugak yang ckp makan siput ni di kategorikan sebagai makanan "EKSOTIK"
hmmm.... betul ke? tak kisah la kan, janji aku suka


at last aku dapat menyiapkan masak lemak cili api siput pait. time sedut tu yang best
sroottt.. srooott.. kami 3 beranak dok sedut.

Bila terpandang je siput ni kat dalam pinggan, terimbau la kenangan aku masa zaman hingusan.
aku & abang abang beselut, berdaki badan pergi cari siput ni
sambil kutip siput sambil main air
kekadang menangis, kekadang tertawa..

kalau diizin masa aku nak meniti laluan tali air yang jadi tempat kami bermain dulu
jatuh bangun kami di sana...
tetiba aku terasa begitu indah kasih sayang abang abang ku terhadapku..
ke hulu kehilir dorang bawak aku, walaupun aku ni pompuan.ngeeee