Tuesday, December 10, 2013

Tak Tau pun

Pagi tadi jam  6.45 pagi, memang ada satu pengumuman kat Masjid
tapi tak bape nak dengar sangat sebab hujan lebat time tu
Aku pun malas nak tido semula main Candy Crush jap pas tu terus pergi mandi

Hari ni first day Naiim kena lepak kat umah baby sitter setelah seminggu berpantang kan
so, dia jenguk jenguk kat tingkap umah
"eh ibu..ada kenduri la, kita kena panggil tak"?

tak tahu menahu pun aku yang jiran aku ada wat kenduri pepagi ni
mungkin ada khmeah untuk majlis apa apa pun ptg nanti
tapi rasanya mcm awal sangat dorang pasang khmeah kan..
sekali aku nak melepasi orang ramai kat situ
baru tau yang Mak/Nenek Jiran aku Meninggal Dunia
terkejut jugak aku sebab aku ingatkan Jiran aku yg meninggal
lagipun Mak/Nenek yang meninggal tu memang tak tinggal kat situ
that why aku tak pernah Nampak

terkocoh kocoh aku gi antar Aleesya ngan Naiim kat Umah Baby sitter
sambil tu aku pinjam duit baby sitter untuk sedkahkan ke pada keluarga si Mati
malas la aku nak masuk umah dan datang semula
dah le tu, aku rushing nak pergi kerja kan..


Tak kan  lepas ziarah mayat tu aku terus blah kan.
so, aku jumpa le jenjiran yang rasanya dah lama aku tak berbual mesra
tu la kan..memasing sibuk dengan kerja...


tetiba my Jiran tegur aku,
Nape nampak cengkung ni, sakit ke.. kurus je tengok
lama kak Ina tak tengok T, tak sihat ke..
seroh ( ckp org kedah)


rasanya tak de banyak beza pun dengan dulu...


Aku cakap le, actually aku ada diet tapi sekarang ni dah stop
lepas diet tu badan tak naik pun. menten je
lagi pun sejak seminggu dua ni aku mcm tak lalu makan je..
ntah le ada something wrong somewhere kot



Note:kalau dapat ku gapai awan dilangit..kan ku pintal mejadi terusan yang bisa menghanyutkan aku ke sana.....


** Cengkong = kurus dan wajah pun tak ceria.

Mak and Abang yang Awesome

Sape yang suka kongsi suka duka ngan insan yang bergelar "Mak"
bagi aku, segalanya aku nak kongsi..
Mak is the best listener, Mak is the best Warm Hug dan Mak is the Best life Partner.
aku boleh je mesej mesej mak, calling calling.. nangis nangis ketawa ria
merajuk nak itu ini.. mak always giver her shoulder to let me lay down.

 Segala suka duka aku hanya mak yang tahu
rahsia yang terbuku di hatiku Mak kunci elok elok je dalam hatinya
If one day...aku dapat berkongsi masalah anak anak.. aku nak jadi mcm Mak
nak kongsi semuanya... 

Kalau dulu mak suka marah, tegur itu ini dalam ketegasannya mendidik anak anak
Tapi Mak sekarang lebh banyak memberi kata kata perangsang
membuatkan aku rasa Mak sangat dekat di hati.
Dalam usianye begini, Mak always do the best to me.

hshuh..shuh... gi tepi sikit abang. jgn dok berkepit ngan mak ok.
Ana jeles tau.. Nak jugak duduk kepit kepit ngan Mak gini
jagalah nanti jumpa hunjung minggu ni ana debik abang sampai lebam. baru tau..
argh.. tengah asah penumbuk ni bagi tajam..
bior lebam biji mata abang..sape suh wat ana jeles kan...
see... he make me jeles tahap denesor ni.
ni yg buat tak sabar sabar nak jumpa mak Jumaat malam.
tak mo bagi abang dekat ngan Mak
nak ikat mak kat badan ni, bior pekat melekat
pas tu nak letak letrik, bior abang kena renjatan bila dekat ngan Mak
hahaha... hambek ko..

*** kome tau, aku tengah ting tong ni, rindu sangat kat Mak, tadi hampir sejam gebang ngan Mak tak puas puas..***

Marah marah jugak ngan abang.. tapi marah marah sayang je tu
He is the best abang yang aku ada...
sayang dia ketat ketat tau.

Suka sangat kongsi suka duka aku ngan dia..
tapi asyik ke laut je kalau sharing problem ngan dia
tak pernah nak serious..
even aku dah berumahtangga ni pun.. dah ada yg  take care
he still one to take part tau.
see... kalau kami berjumpa, banyak benda benda kelakor yang terukir
ada ku kesah, aksi ni kat umah mertua tau..
bior le orang nak kata apa..
control cung... that is not me ok...
apa barang main kontrol ayu semedang kan..kan..
I just let my happy feeling flow at wherever it can..
ish... tak sabar nak jumpa my abang... bior tak tido sampai ke pagi gebang ngan dia.
abang janji tau, jgn tak pergi pulak Umah Mak Njang
see you there ok.
See... orang lain sebok duk tarik lori terbalik tu
aku ngan abang layan je perasaan kami
boleh main aksi lagak ala ala si badang tau..
mana boleh nak serious kalau kami berdua berjumpa jumpaan ...
ok..ok..kalau sempat aku citer part lori ni.kalau sempat le..


Note: Syukur Ya Allah, aku di kelilingi oleh insan insan yang sangat menyayangi aku..

Naiim Nak dapat Adik?

Dengan pangai Aleesya yang bulliest kat umah tu
Di tambah sikap Naiim yang sangat sangat berlembut 
aku dah mcm surrender je kalau nak peknen lagi..
Habis sepah umah di kerjakan Aleesya..Naiim la yg akan kemas semua tu..

Naiim pulak hairan kenapa la adiknya ni suka nau buli dia
tido ke, makan ke semuanya Aleesya kacau
then aku bagitau le, masa ibu ngandungkan Aleesya, Naiim suka sangat gi sembang
sembang ngan adik. Ntah masa tu adik tengah tido ke, apa ke Naiim tak tau
sebab Naiim kacau dia sangat, so sekarang turn dia pulak la yang kaco Naiim.

Aku rasa penjelasan tu ok la kot. 
tapi aku tak de la pulak nak fikirkan apa emosi atau konflik dalaman si Naiim
berhubung kenyataan aku tu..

Esok pagi tu, Si Naiim cakap
semalam Naiim mimpi ibu ngandung, Pas tu ibu bersalin
Ni kiranya ibu tengah ngandung la kan..
yeay!..nak dapat adik! nak dapat adik!
Kali ni Naiim janji tak mo pi sembang sembang dah kat perut ibu..
Tak mau dah dapat adik yang suka buli mcm Aleesya ni.

gulps..terkejut aku bila dia cakap cam tu
then malam tu sambil nonton TV, naiim sentuh sentuh pinggang aku
dia cakap, eh mana isi ibu kat sini, dah hilang?
adik kat dalam perut tu ambik ek...
Ya Allah Naiim.. ko jgn bukan bukan boleh tak?
Mana ada adik dalam perut ni
Ibu tak ngandung la..

 
ish.. apa maksud mimpi si Naiim tu ek? 
betul ke aku tengah peknen ni?
uh..tak mungkin lah.. mungkin si Naiim ni terlalu memikirkan kata kata aku kot
that why dia bermimpi aku bersalin.


Note: Tak pernah plan pun, tapi kalau ada  itu satu bonus!