Tuesday, September 11, 2012

D' King Mee Udang Banjir

Oleh kerana ada hal penting, jadi kami terpaksa bertolak pulang  ke Penang
Jadi lepas je balik dari rumah Krie tu, kami terus bertolak balik Penang

Dah hampir magrib tapi hubby tak berhenti pun kat R&R Gurun
dia ckp ada satu tempat, kit aberhenti sembahyang kat sana
then terus dinner sekali.

 Sampai je kat sana. Punya la ramai org
tapi kami solat dulu, memang tak endah dengan meja penuh ke idak
Selesai sembahyang, nak duduk makan le kan.
fully book la pulak
ramai betul manusia

Tak tercapai nak makan Mee Udang Banjir kat D'King ni. sob sob sob..
kiranya kedai tu tak de rezeki la nak merasa duit kami. ngeee

Terpaksalah mencari kedai lain untuk sendatkan perut yg sedang kelaparan ini

Aleesya tertidur la pulak
letih berjalan kot. 

akhirnya dapat la kami singgah kat satu kedai
ok.. next entry citer.

Note: sesapa pernah makan kat sini, meh kongsi  boleh..

Girl seat for UPSR 2012

Semalam received SMS dari biras aku yang berbunyi begini:-
T, esok Girl exam UPSR, tolong doakan untuk dia yer
anak sedara suami yang perempuan tu, si Girl nak duduki UPSR hari ni

  
 aku punjust reply ok.
then remind husband suruh dia doakan untuk anak sedaranya juga
selitkan le sikit doa tu disamping doa tuk diri sendiri bila lepas sembahyang nanti
tak susah pun kan..

 
Memang anak anak sedara husband ni bijak bijak semuanya
tapi tak tau la yang perempuan seorang ni
2 orang lelaki dah masuk UPM & UITM
yang lelaki ke 3 tu ada kat MRSM
yang ni yang ke empat la...

Harap harap briliant otaknya mcm abang abangnya jugak le.
 

Bila aku nak berdoa, tetiba aku rasa mcm pelik la pulak
ish.. selalu panggil dia Girl je
apa nama penuh dia ek?
Tak kan nak sebut girl pula dalam doaku.

Last, cuma sebut anak saudara perempuan suami je la dalam doaku.
Pas tu call Biras & tanya nama penuh
Namanya kemain Cantik Lagi
Siti Nor Afrina Alani

Ha.. masa solat isya' & subuh tadi baru leh guna nama tu tuk berdoa.
haish,.. ni le kalau suka letak nama samaran kat anak anak


*Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang, kau mudahkan segala urusan peperiksaan UPSAR kepada Siti Nor Afrina Alani B. Nazri di hari peperiksaannya.
Kau lapangkan dadanya, kau tenangkan hatinya untuk menjawab soalan dengan penuh yakin dan betul.
semoga beliau peroleh kejayaan yang cemerlang. amin...*

Kisah lembu di zaman Nabi

Memang ku akui aku bukanlah jenis yang minat membaca sejarah
Tapi sejak berkahwin, aku kagum dengan suami
banyak sejarah yang dia ceritakan padaku


Selain sejarah Dunia
Sejarah Malaysia
Begitu juga sejarah Islam.
I am proud of you dear...


Recently, Amirul pulang & tanya aku tentang kisah lembu di Zaman Nabi
Bila kita di syafaatkan untuk makan Lembu
Nabi apa yang Allah gunkan lembu sebagai utusan menyelesaikan masalah

 

Aku terkedu. sebab memang tak tahu menahu pun
ada la pernah dengar ustaz cerita kat radio, tapi aku mcm ingat ingat lupa je
ye la, kalau nak bagi informasi kan anak, kena la betul
bukan boleh main serkap jarang je
dorang akan anggap apa yang kita ckp tu 100% betul


Hai.. Sejarah Malaysia pun ingat ingat lupa
Ni kan dia nak tanya tentang Sirah pulak.

Bila hubby balik baru dia cite ttg kisah orang israel dengan lembu
dorang tak nak mengaku ttg satu pembunuhan
jadi dengan perintah Allah Nabi Musa menyuruh org israel itu mencari lembu 
yang begini begini , begitu begitu warna dan umur lembu tadi

and so on...

maka akhirnya mayat tadi bangun ( kuasa allah) dan menjawab persoalan yg timbul
kemudian dimatikan semula oleh Allah.

ooo... begitu rupanya.
senangkan, bila parent tau, tak payah la anak susah susah membaca & berfikir


Note:- masa aku dulu tak de pun mak ayah aku citer semua ni
nak info kena cari sendiri....