Monday, December 24, 2012

Saya Pun Kesiankan Awak Juga

Sejak belum kawin, aku memang dah tau yang hubby minat sangat bola.
selalu main bola, terpeleot kaki, tangan
lebam betis tu semua dah jadi asam garam hidup dia.
Bila kawin, aku lagi pelik sebab minat bola dia menjadi jadi
sampai pukul 3-4 pagi tengok bola. kejap dia tengok TV, kejap TV tengok dia.
kalau musim bola, tido kat hall je la dia tu.

 

Kata Ustaz, tak minat tak pe, tapi sokong minat suami
Tahu... tapi tak yah la dok ambik tahu sangat..
maksudnya, kalau dah minat suami mcm tu, jgn bangkang, tunjukkkan yg kita pun minat sama
tahu bola tu mainan lelaki, tapi tak yah la pergi main bola pulak.
So, aku pulak minat sangat ke dapur
kejap nak masak itu, kejap nak masak ini
Baru baru ni.. dah tengah malam aku masih dok mixer adunan buat kek la
buat home made ice cream la, buat duyan crepe la.

Last, hubby pun nyindir... Awak tak pening ke? asyik duduk kat dapur ni je?
kikikikik... tau le tu rasa diri tak di layan.
jeles kat dapur sebab aku lebihkan masa dengan dapur kot.

kenapa? abang pening ke tengok saya kat dapur ni
ye la.. pening, asyik memasak je.
Ni durian ni.. satu umah bau durian.. dah seminggu tau.
kahhhhhhhhhhhhhhhhhh...
saya ni kesian kamu tu...
Apa boleh buat bang..minat..minat..
mcm awak minat bola tu..
kalau saya boleh sokong awak minat bola,
tak bolehkah awak sokong minat memasak saya ni?
bukan tak sokong...tapi saya kesian. nanti nak pergi kerja lagi
Saya pun bang.. kesiankan abang juga...
memalam dok bulat mata tengok bola
lepas tu nak pergi kerja jugak kan..

dah tu minat awak.. sampai tido pun kat hall
then.. hubby pun mebalas, 
ha.. kan memasak tu minat awak kan..
pas ni tido kat dapur la...

 
kikikikik...tetiba kami ketawa bersama sama
mcm lucu la pulak. 


Thanks sebab prihatin tentang saya.
Alahai dapur ada orang jeles kat awak tau.
 

Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut

Pernah tak korang makan ubat beserta dnegan jus limau/oren?
aku tak pernah le.

Tapi sebelum ni aku ada amalkan pengambila  psyllium husk  dengan Jus orange
sebab itulah yang seperti di sarankan untuk pengambilannya.
pernah tengok  psyllium husk tak ?

 
baik untuk usus dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
aku makan yang organik punya. 
sejak BF ni aku stop kejap sebab pengambilannya dengan Apple Cyder tu la
demi anak, ibu korbankan supplement dulu ya sayang..

 
 Tetiba aku di  gembarkan dnegan berita 
"Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut "

 

Pengambilan ubat dengan jus limau boleh menggandakan dosej ubat! hah..


MENGAMBIL ubat bersama beberapa jenis jus buah-buahan terutamanya limau boleh membawa maut.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Kesihatan Kanada, reaksi ubat-ubatan tertentu jika diambil bersama limau gedang dan beberapa jenis buah limau yang lain boleh menyebabkan kematian, kegagalan fungsi ginjal, kegagalan fungsi paru-paru, pendarahan usus dan beberapa komplikasi lain.

Kata seorang penyelidik, Dr. David Bailey, sebanyak 85 ubat dilaporkan mampu memberi reaksi negatif dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius jika diambil bersama jus limau gedang.
"Reaksi ini terjadi kerana terdapat kandungan furanocoumarin yang aktif dalam buah limau gedang yang boleh mengganggu fungsi enzim dalam tubuh.

"Selain itu, kandungan ini juga dapat menggandakan dosej ubat menjadi beberapa kali lebih banyak dan menyebabkan pesakit menghidapi masalah lebihan dosej.

"Bagi ubat yang rendah dosnya, furanocoumarin dapat meningkatkan kesannya namun untuk ubat yang sudah tinggi dosnya, furanocoumarin boleh menyebabkan pesakit berdepan masalah lebihan dosej sehingga 330 peratus," ujar Bailey.

Selain limau gedang, lemon juga mengandungi furanocoumarin manakala ubat yang boleh memberi reaksi negatif dengan buah-buahan ini ialah ubat tekanan darah tinggi, ubat antikanser dan antikolesterol.

"Memandangkan pengambilan jus limau boleh meningkatkan dosej ubat, doktor ataupun pesakit perlu peka dan berhati-hati. Sebaiknya, ambillah ubat dengan air masak," kata Bailey.


Note: Dah tahu bahaya elak terus ye.sesapa yang tak tauy limau gedang tu mcm mana? English call grapefruit k.