Tuesday, November 15, 2011

Tergamakkah anda?

Bagi orang islam, apabila seseorang tu meninggal dunia

kita harus mengangkatnya dengan penuh kelembutan, mandikannya tanpa mengasari mayat

sebab kita percaya bahawa mayat akan merasai kesakitannya


Tapi lain pula yang terjadi di Korea Selatan ni yer. kalau Aku le memang tak sanggup.

Korang sanggup ke nak wat mcm dorang tu?



PENGASAS syarikat Bonhyang, Jae-yul menunjukkan mesin yang menukar abu mayat manusia kepada manik perhiasan. (Gambar kecil)MANIK-MANIK kristal yang terhasil selepas pembakaran abu mayat manusia.

--------------------------------------------------------------------------------

INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. - Agensi

Aku cedok dar sumber sini.



Simple but Meaningful

Sejak dari awal aku dah plan nak wat semua ni untuk B'day suami
Aku beli barang sikit sikit untuk elak cik suami syak apa apa
hehehe... sib baik dia tak sempat nak syak
Selamat plan aku

Mula tu ingat nak makan kat luor je
Tapi Aleesya kan masih kecil, tak leh le nak keluar memalam
tak elok, tunggulah Aleesya besar sikit



sebelum datang kerja on 11.11.11 tu , aku perap ayam siap siap
So, balik nanti senang la nak prepare yang lain
aku potong apa yang patut
sebab takut tak sempat siap mengikut waktu yang telah ditetapkan pulak

maka terhasillah masakan yang sebegini rupa.
Alhamdulillah, walaupun tak sesedap mana tapi memang dihargai suami
Aku gigih sengsorang angkat meja makan kat dapur tu, ubah ke hall
Sementara Aleesya & Amirul masih lagi kat umah baby sitter
sebelum magrib semuanya dah ready.Alhamdulillah
tunggu husband balik dari kerja jer



ini sos black pepper kegemaran En.Suami
Aku mixkan dengan cendawan butang untuk likatkan lagi kuahnya

potongan sunkist tu sepatutnya half saja.
Tapi di tekan dek Amirul sampai ke dalam cenggitu
Memang tangan tak sengap budak tu.
Merungut ja sebab papa belum sampai lagi
kalau call nanti tak surprise plak kan...

suddently, husband call cakap dia balik lambat, sebab tayar motor pancit la pulak
Alamak... lagi la angin si Amirul sebab perut dia dah nyanyi nyanyi

last, dalam kul 8.15 cam tu husband sampai.
terkejut singa dia, bila tengok my arrangement untuk dia
tak sangka yang aku give an effort untuk prepare semua tu
senyum sampai ke telinga le...

Nama pun papa kan.. kena la layan anak dulu
walaupun B'day sendiri
Amirul suh papanya leraikan ayam tu jadil smal piece
Senang sket nak makan

ok, thumb up.. terbaik punya
Ambik ati ibu le tu..
Dah penat penat masak puji la sket kata sedap
hehehe....budak budak ni senang kalau tak sedap pun dia akan ckp sedap

Hahaha... namapun makan kat umah
Tak yah le susah susah pakai pisau garfu bagai
Tangan kan ada..Guna lah sebaik mungkin

uits.... tengah kami asyik menjamu selera
Anak daraku ni tengah membuta, pandai dia bagi masa tuk ibunya
kan dah ckp.. kalau keluar makan tetiba dia tido cam na kan???
kalau kat umah lebih selesa..



posing wajib aku & anak terunaku
Saat yang paling manis ku rasa..



hahaha... tinggal tulang
you all boleh la guest kan, cam na rasa ayam ni


lepas je makan, husband siap request kat aku untuk
masak mcm ni bila balik umah ayah aku nanti
walaupun dia tak puji masakan aku
bila dia suh masak lagi, it mean dia dah bagi honour to me
Inilah suamiku, takkan directly puji
kenalah faham sendiri ngeee


Inilah desert kami.
aku tersilap beli, nak beli yang vanila terbeli coklat pulak

Aku nak beli vanila sebab aku dah plan nak masak fruit toffing
bila dah terbeli perisa coklat ni, tak jadi la masak toffing tu



hahaha.. budak kecik ni dah bangun bila kami semua dah selesai
menjamu selera.

ku abadikan photo ni bersama sebagai bukti yang
majlis ni di raikan oleh kami berempat...


Semoga aku akan sentiasa tersengih begini selalu
doakan kebahagian kami. amin..