Friday, May 11, 2012

Terkejut Aku di Pasar Tani

Pagi tu, kami bermalas malasan nak bangun
tapi kena bangun jugak sebab dah nak serah kunci apartment & start ronda ronda
oleh kerana tak sempat nak pergi pasar malam semalam, jadi plan kami nak ke pasar pagi/pasar tani

Dalam masa mengekori my BIL tetiba keta dorang hilang dari pandangan

Sementara menunggu dorang tu, usha usha la apa yang patut
cari punya cari masih lagi tak nampak kelibat dorang
ish.. tadi nampak mcm keta dorang yang parking.. salah tempat ke kami ni

ok tak pe jalan lagi. dah lama sangat aku pun call la my BIL.
Hello, Mizi ada kat mana ni?
Kat Balai polis

Ha.. balai polis buat apa? pasai pa?
then dia pun jawab, tak de la kami singgah kat balai ni pergi toilet jap.

fuh.. lega, terkejut gak aku, mana tau la kan apa apa jadi
dah tetiba je bagitau ada kat Balai
saja le tu wat lawak pepagi ni.

Aku memang suka ubi rebus yang berkulit purple tu
sebab rasa dia memang manis walaupun tak letak gula.
kekadang beli gak la kat sini, tapi tak secantik ubi kat cameron ni
dah parking dah kat steam cook ni. Bila bukak mulut je nak tanya
alahai... Cha Ya Nun Alif la pulak.
aku tak perasan yang gerai tu cina punya sebab ada pekerja indon kat situ
Indon tu plak nampak mcm melayu, siap bertudung lagi

tengok tu buah hatiku.. Memang ada Stroller dalam boot keta
tapi hubby tak nak guna, dia ckp leceh la, jln tak level jap sangkut sangkut
carry cenggini senang sikit nak gerak.

alahi si jagung manis kat sana tersnagt la mahal
RM 2.50 sebiji. Jagung jepun kat sini pun jauh lebih murah
ada la dorang suh rasa, siap ckp tak payah masak pun manis. rasalah rasalah..

Giler kentang ko makan jagung tak rebus. kembung perut Aleesya kang baru tau.
memang manis la jagungnya, tapi kami tak beli pun kat sini
dalam ati dok rasa nak beli jerk. takut kempunan. hehehe...

Biasalah kan Camero, Strawberry heaven.  kalau korang perasan kan, dorang ni tak de la nak suruh kita rasa dulu strawberry ni. Event potong kecik kecik suh rasa pun tidak. pergi la kat mana mana booth pun. 
hehehe faham la kan, kalau dorang kasi kita rasa, sure kita tak beli punya.
sebab strawberry ni cantik di pandang tapi tak manis dimakan. Tapi dia berada dalam kelasnya yg tersendirilah
sebab tu la org beli. ngeeee

murah betul strawberru kat sini. 
aku rembat sekilo. dalam RM 25.00 hengget ( besar punya) sebab dah tegoda dengan keayuannya.
then Amirul ada beli strawberi coklat. tapi coklat yang tak menjadi
nanti I buat N3 Strawberi coklat I ok...

Madu pun ada dijual. tapi aku mcm  was was. biasalah mentallity aku ni
kalau madu yang asli ada la grade grade yang kiranya aku pandai la menilai.
Aku rasa tak berbaloi beli madu kat sini
lebih baik beli kat orang orang asli yang jual di tepi tepi jalan masa on the way nak balik tu.
Ini pandangan peribadi aku le.
mungkin mentality aku yang tak leh terima madu yg murah selalunya madu campuran

Ok, sebelum gerak ke tempat selanjutnya, aku nak menari nari kat bantal bantal ni dulu yer
lalalala... 

Yang  ni pucuk labu kata penjual tu. tapi bukan labu Pumpkin tu la pulak.
habis tu labu yang mcm mana? bila dia tunjuk kat aku pucuk buah yang mcm mempelam & bangla suka makan. terus tak jadi beli. kalau pucuk labu ( pumpkin) tu aku beli la. sebab memang sedap pucuk tu.

seikat RM2.00 je. tak mau belilah
takut layu plak bila balik penang nanti.

sambungan ke N3 seterusnya.

Dapat Hadiah cute GA si El


Asyik dok citer ttg cameron je, nak selit gak la ngan citer lain
idak le kengkwan jemu.
Dah lama receive hadiah n, tapi sibuk sangat  sampai tak sempat nak buat N3
hadiah dari GA dak el
saja la masuk GA ni sebab nak support kawan
mungkin rezeki kot dapatlah adiah cute mute dari Syafa shamioon


ok dah siap paste kat fridge

sesapa yang berminat hasil kerja tangannya leh la hubungi terus
by the way, thank you very the much much mallow....