Wednesday, October 30, 2013

WW- stop Diet (1)


Cuma nak announce!!!
 
 
 layan je la quote si kartun ni..hahahaha
 
 
psttttt......... Aku dah stop diet. cukuplah dengan berat sekarang ni
 
 
 
Note: with term and condition ok! 











Yahoo Mail Mogok???

Masa nak keluar datang kerja tadi, ada customer sms aku
dia cakap yang dia terlebih bayar untuk beli produk jualan aku tu
so, dia mintak aku bank in kan kembali lebihan tu
Dia ada jugak cakap yang dia dah e-mailkan resit pembayaran 

Datang office tu aku nak bukak e-mail
Sekali tengok

Yahoo mail dah merajuk, tak mo nak tunjuk muka la pulak
semalam tido lambat ke cik e-mail sampai tak leh nak bangun pagi ni
mimpi apa la e-mail aku tu kan.

 
adesh... wassap kengkawan, dorang cakap yng e-mail ada problem kalau guna mozila
So, aku try la bukak guna Internet Explorer
sib baik boleh bukak

Aku nak kena tengok jugak la kan resit tu, mana tau dia tersilap tekan account number ke
kalau dah sahih, boleh lah membuat penghantaran dan pembayaran balik lebihan tu kan..

Actually aku dah register untuk maybank2u, tapi ntah silap kat mana tau
tak leh nak log in, ulang alik gi bank bagai tak leh jugak
terus malas dah nak follow up.

hmm...rasanya nak kena gi set up len la.
kalau dah ada maybank2U, senang sikit kerja.



note: Asal ada benda urgent je, ada ada saja la..


Sekali kena-Punyalah Azab

Ni citer hari ahad. 
Jam kul 5.00 pagi, dak Aleesya ni duk nyondol nyondol sampai terhimpit bantal peluk eden.
So, masa aku nak angkat bantal peluk tu tetiba 
tersilap urat belikat la pulak.
Tersangat la sakit. terus tangan kiri aku jadi lenguh
picit picit pun tak hilang jugak.

gagah jugak bangun, kejutkan si Naiim suh picit
tengah mamai mamai si Naiim tu bukan picit dia main gosok gosok
adoi... pas tu ambik amelt yoko yoko tu suh dia sapu
dah sapu kat tempat lain
ya la..dia mana tau urat belikat tu apa kan..

sesapa tak tau kat mana urat belikat duduk. sila tengok gambar ni ok.
bila msuk subuh, aku terus la gi sembahyang
Masya Allah..sakit tu dah tak tau nak cakap
nak takbir sakit nak rukuq saki nak sujud lagi la kan..
Tapi dalam hati duk pujuk, sakit cam na pun kena sembahyang jugak!!! tak mo ngelat 2x
part salam pertama tu selamat
salam ke dua tu, terus sekali ngan bahu bahu kanan bergerak ko.

last gi duduk kat sofa sementara nak tunggu hubby balik kerja 
masa hubby balik tu, aku dah tak leh bangun
Naiim gitau hubby yang aku sakit 
So, hubby gi cari ko'yok tampal

Masa dok sakit tu mula la dok ngomel, 
kalau boleh sekarang jugak nak balik kampung suh mak urut
kalau tak boleh jugak nak pi umah ayah, nak suh abang ketiga aku ngurut
nyaris nyaris nak suh abang aku datang rumah
Tapi..baru semalam je dia datang.

kul 9.00 pagi cam tu, gagah jugak bangun
bila tunduk je rasa macam paru paru ni nak luruh
ha.. korang bayangkanlah mcm mana peparu nak luruh tu.


bila pusing sikit sakit gerak sikit sakit, aku dah naik geram
paksa jugak diri buat itu ini
buat buat lupa kata dok sakit
tapi tak hilang jugak sakit tu

Last malam tu, aku nak iron baju
tetiba tangan aku terpusing mcm mana ntah
bunyi pop sekali
terus ok ko.. dah tak sakit dah...
wah...syukur syukur..



*** Dulu aku aku nek bas, pas tu bas pancit terus masuk longkang, terhentak sikit
bila sakit urat belikat, aku cakap kat mak Sakit kat Kepak.
hahahaha...manusia pun ada kepak!***


Note: Motif of the story aku pun tak tau nak ubat cam na
tangan aku terpusing tu pun dengan tak Sengaja
itu semua Kuasa Allah tul tak?