Friday, October 28, 2011

Lunch kat The Ship Sri Bahari

Dah hampir 2 bulan aku datang kerja selepas melahirkan Aleesya

Makanya temporary staff yang menggantikan aku pun akan mengakhiri kerjayanya di Syarikat aku pada hujung bulan ni.




Meskipun 6 bulan ja dia kerja kat sini, aku rasa best sangat

sebab dia ok, otak dia gila gila mcm aku gak

ada anak kecik mcm aku jugak

Fikir punya fikir, last kami decided nak wat farewell kat atas kapal

hahaha... aku memang suka makan kat atas kapal ni compare makan kat atas

kapal yang dekat "Batu Feringghi" sinun tu.

ok, sebelum masuk, wajib bergambor dulu kat pintu kapal yer

hahaha.. aklu yang lebih lebih mengalahkan org yang nak ber Farewell

ni ler orang nya.. Namanya Ai Ai. Lepas ni jgn lupa aku kat sini yer.


ok, meh kita usha makanan pulak.



Aku mambik set lunch. RM 30.90++. Ayam grill black pepper with sos mushroom, chicken corn soup and dizzert.


yang ni pulak Ai ai punya . Fish grill apa ntah. and side dish sama mcm aku gak. Dia suh aku rasa sikit. Tak mo ah, sebab aku tak suka makan ikan yang di masak cenggini.


Ni pulak soo see punya order. dada ayam yang di panggang bersama tomato apa ntah. aku bukannya pandai sangat nama nama western ni. hehehe



hmmm.... minuman penyejuk kerongkong. Aku minum sikit jer sebab teringin sangat nak rasa air ni. Aku kan masih berpantang minum ais. terlanggar pantang jugak ler hari ni.

haha... pantang kebendanya. dessert pulak Ice Cream Strawberry mix fruite. ambik ko.Aku makan dengan penuh nikmatnya.


upsss...nampak tu. Ai ai makan habis grill fish dia. selera bebenor yer.

hahaha... tengok gambar ni korang bayangkanlah yang si Soo See ni tengah potong dengan lajunya. lapor benor nampaknya tu.

Nak Marah Pun Tak Boleh

Bengang tul aku 2-3 hari ni

Tapi tak tau la nak marah ke idak.

Tiap tiap malam Aleesya asyi terkejut ja dari tidur


Aku kena dakap dia selalu. sebab setiap kali dia terkejut dia akan menangis.



Sian dia tak nyenyak tido. Dah la sekarang ni musim hujan. Kekadang tu bunyi guruh pun dia boleh terkejut.


Haa... benda alah ni lah yang buat dia selalu terkejut.

Sekarang kan sambutan 'Deepavali" so, dorang main mercun tak hingat ler..


Main pulak time time kul 11.00 ke atas. Time Aleesya tengah nenyek tido

Aku pulak time tu la nak mengemas rumah.

Bila Aleesya terjaga, mcm mana nak mengemas rumah??

jawab... jawab... ( emo sket)


Tak mampu aku untuk pergi tegur anak anak jiran aku. Sebab bukan saja anak anak dorang yang main sekali ngan bap[ak dorang pun main juga.


Siap main yang mcm nak sambut tahun baru tu lagi. Memang la nampak cantik jer kat langit tu bila bunga api terurai keluar.

Tapi, anak aku la yang terkejut. Takkan aku nak marahkan dorang pulak. Sat jadi isu perkauman pulak.


Sebab time Raya Puasa pun ramai jugak orang melayu yang main mercun yang sama. So, sabar jer la. Nanti org cakap raya korang leh main, Raya kami ko nak bising pulak. tul tak.


harap harap malam ni & malam seterusnya, tak dengar kot bunyi bunga api berdentum.