Wednesday, October 3, 2012

Kalau terjadi bencana Apa yg korang bawa?

Pernah tak korang ada kawan yang very irritating?
suka sangat pesan benda benda yg rasa mcm tak logik

Aku sebenarnya dah naik lali, tapi malas la nak menjawab
kang terbantut hubungan pulak, jadi diam lebih baik dari berkata kata

citernya bergini;
rentetan dari kejadian tsunami tempohari
jadi dorang dah jadi takut sangat. takut mati kot?

Dia selalu ckp kat aku.
eh, u kan, kat umah kena simpan maggie mee, can food, beras sikit
mineral water botol kecik kecik tu. untuk pre caution
mana tau kot kot terjadi tsunami ke, gempa bumi ke
at least ada la stock makanan.
hai cha ya nun alif oooiii.. kalau dah ditakdirkan kita mati, tak tsunami pun mati gak
kalau kena tsunami ke, banjir ke, gempa bumi ke
at least ada barang nak makan.

bila aku cakap tak de, mula la dok pot pet pot pet
punya pasal aku la, nak simpan ke tak nak

malaslah aku nak bersyarah kat dia
Islam pun tak galakkan kita menyimpan barang makan
sedangkan nabi pun tak amalkan, wat pe kita nak amal.

* Ada la aku terbaca kat buku ilmiah mana ntah, yang menyentuh tentang menyimpan makanan sendiri sedangkan umat islam lain dalam kebuluran*

tugas memberi rezeki kepada kita ni adalah tugas Allah, jadi kita sebagai manusia harus berserah kepadanya. Dia pasti memberi rezeki itu. - petikan kata kata dari seorang ustaz dalam satu ceramah.

oklah, berbalik kepada kawan aku ni, kalau la kita dok simpan makanan tu. Tak terjadi bala benca jugak. last bila tengok balik dah expired. pas tu buang je lah kat tong sampah. bukankah itu satu pembaziran.

kalau berlaku bala bencana pulak, tak terlarat aih, kita nak heret semua makanan tu. terus lari selamatkan diri je lah yang penting. ingat ada masa nak fikir apa yg nak di bawa ke?
tak jadi senang la ckp, kalau jadi tau la...
Kalau Aku, bawa diri sendiri je lah..

umat islam ni senang. kalau tak de makanan. puasa jelah. ..


Note:- Bukan mati kerana tak makan, tapi mati sebab terlebih makan.

Aleesya oh Aleesya

Kelmarin aku Emergency Leave. 
suhu badan Aleesya tak mau turun turun
dah 3 hari dia demam, so kami terpaksa bawa dia ke klinik

sian dia, tido pun berdakap je
badan panas garing
aku jelumkan kepala dia tak henti henti
still tak mo turun suhu badan tu.

sejak dia lahir, ni la baru pertama kali dia demam teruk
sebelum ni demam jugak
sehari je, lepas tu esoknya dah ok

dengan sapa p[un dia tak mau
asyik nak aku peluk dia je
bahang panas tu terasa sampai ke dada aku

makan ubat pun tak jadi apa benda gak
last aku balik rumah ayah
mintak Pak Cik Daq buatkan air penawar

semalamam aku tak tido
hari ni kepala aku pulak yang sakit
adessssss

my step mom, suruh ramas ramas daun melur ni utk jelum kepala Aleesya.

semalam aku jelumkan Aleesya dengan air penawar tu jerk.
tak de daun daun apa pun.
pagi tadi, ok sikit
masa hantar ke rumah bby sitter dia dah mula say bye bye kat aku.


Note: Tok wan ckp kali ni datang umah tok wan tak best ar sebab Aleesya tak de nak sakat sakat dia.
cucu demam tok wan, mestilah moody sikit



Cash out today

Aku ni menunggu je BE untuk sejak june tak de dapat pun

malas ar nak tunggu BE datang lagi 
so, aku cash out je la duit yang ada kat nuff tu.


syukur alhamdulillah rezeki dari yang maha Esa.
Thanks Nuffnang.

nanti saya kumpul lagi.

* eleh.. cam ni pun nak tunjuk, org lain dapat lagi berlambak lambak le*

tak pe la kan rezeki masing masing.
kalau dah tertulis rezeki aku dari nuff ni cuma 422.70 je. redha la kan.

note: dah cover balik tambang flight kami anak beranak.
holiday with free expenses!!!