Sunday, December 13, 2020

Pak Wan Gulai Sembilng Balik Pulau

 Selepas Aleesya dan papa balik dari hiking, they call aku cakap siap cepat nanti kami balik jemput kita pergi makan.

orite.. dah siap dan tunggu. Akhirnya dorang dah sampai kat parking. jom kita pergi makan. Masuk je dalam kereta papa tanya nak makan kat mana? ikut awak ler..then papa pula cakap ikut u la. I drive je..
ishhh... macm orang bercinta pula asyik pening nak makan kat mana..

Last aku bagi idea, kita makan kat balik pulau sebab balik nanti boleh singgah beli ikan pastu beli buah.. 
ok kita pergi makan kat Pak Wan kari sembilang kuala Jalan Baru. Tak tau nak pergi kita tanya google k.
ha kau jalan penuh berliku. Kami mengomel kat area paya bakau ni ada ke restaurant. google map ni silap kot.hahahahaha...
Sampai je ke destinasi,hambek ko kereta penuh parking,orang punyalah ramai sampai tak ada tempat duduk.Kena tunggu beb.
ambil kerabu kacang botol dengan taugeh dan ikan belanak kering.

gulai sebilang dah habis. kena tunggu dorang masak. Tapi ikan jenahak la. Sembilang dah licin.

oklah..jenahak pun sedap..cuma harganya mahal sedikit dari sembilang. kena tunggu dorang masak. dekat 20 minit juga kami tunggu sebab nak makan gulai panas panas

tak banyak lauk dah yang tinggal. Tu pun kami sampai sana jam 12:45. laku keras beb.
habis makan kami bayar. terkejut aku sebab kami makan bertiga sekali dengan air semua baru  RM21. murahnya...

on the way balik kami singgah kejap kat pasar nelayan pulau betong. nak beli ikan fresh yang baru naik dari bot.
malangnya ikan pun kebanyakkan dah tinggal sedikit je.
peniaga pun dah simpan barang sebab jualan dah hampir habis. 
Tak dapat la beli ikan kat sini. Selalu kami datang sini time pukul 1-2 ikan memang banyak lagi..

mungkin hari ni hari ahad jadi ramai pula manusia yang datang membeli. tak de rezeki kami. lain kali kami datang lagi yer.

kami terus ke teluk kumbar untuk beli buah pula. ada epal jambu batu dan mangga putik.

Ada mempelam masak untuk Aleesya. Dia ni hantu mangga masak. suka sangat.. nanti boleh buat manggo lassi dan jelly mangga untuk dia.
untuk aku pula aku beli pisang kaki,epal hijau, buah pear dan juga kuinin..

semua buah buahan yang aku beli tu dalam RM34 je. sejak akak security kat sekolah aku usul yang kat sini buah murah selalu la aku pergi beli bila stock buah dah habis kat rumah.. hehehehe..


Hiking Papa & Aleesya

Semalam Aleesya dah excited nak pergi hiking dengan si papa. baju dah siap gantung,Air masak dah masukkan ke dalam botol kasut stokin topi semua dah sia..

Aku memang nak pergi tapi si Naiim ada online exam. Tak boleh nak tinggal rumah.

wah wah.. ceria habis la wajah...Dah lama papa janji nak bawa Aleesya hiking..
dah berapa kali dia berhenti dan berkali kali jugalah dia ajak papa balik...hahahahaha...excited bukan main lagi ko yer..
papa cakap sikit je lagi..sikit je lagi...
gagahkan diri..berhenti lagi.. 
ajak balik lagi..papa cakap tak jauh dah nak sampai...lahai kesiannya..
tengok orang hiking,ko pun nak hiking kan...nah best punya experience...
bila dah nampak view sekeliling baru lah semangat sikit...ko kena lasak sikit dik,jangan manja manja taik kucing..hihihihi
dapat dah lihat bangunan mencakar langit di celah celah daun pisang tu..
jauh jugak sementara nak sampai..
hampir sejam. mungkin sebab Aleesya ni berkerenah kot. kalau org lain hiking ntah ntah 15-20 minit dah sampai.
adik nak sampai awan dah... chewah..ko ingat awab tu dekat dik.
nenanti nak ikutlah papa hiking..nak nikmati view yang indah ni juga..

masa they all buat vc tadi,aku cakap adik, snap gambar lompat satu.. 
hurm..inilah hasilnya. ok lah daripada tak ada kan.. hahahaaaa...


Note:- nanti kita pergi satu family yer.