Sunday, August 15, 2021

Selamat Hari Raya Aidul Adha, 2021

Raya Aidiladha kali ni tak dapat nak beraya dengan mak.

Masih tak boleh nak rentas Daerah dan Negeri. Covid semakin menjadi jadi. 

hanya Video call sahaja di pagi raya. Sib baik adik ngan abang ketiga duduk di daerah yang sama. Tak adalah mak sunyi sangat di pagi raya.

Aku dan abang sulung tak dapat beraya dengan mak. tak boleh sentuh tangan mak bersalam mohon keampunan macam selalu.sedih kan.. 

ngejas telephone by my abang ketiga. Sedih woo pepagi tak boleh peluk cium mak. Ceparlah Covid keluar dari bumi ni. dah tak larat nak PKP dah.

walaupun sambut dalam umah sendiri je, kami tetap pakai baju baru.
mmm..baru ke? hahahaha

hehehe..orang kedekut senyum.. 

main sayang sayang jap noh

sedondon berdua..

susah betul nak snap picture ngan my anak teruna ni..
asyik cakap phone jer...
sibuk apa ntah...


"Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami sekeluarga"






 

Ikan puyu PKP

 Bukan senang nak dapat ikan puyu time pkp ni..

Entah my suami dapat kat mana ntah, ikan tu semua hidup lagi. Bila siang ikan hidup ni u all tau la macam mana. ( sapa pernah siang ikan puyu akan faham)

Aku ni dengan pakai glove bagai kalau nak siang ikan puyu sebab sitipnya tu tajam boleh berdarah tangan.Tapi, sebab en.suami makan, kena la aku siangkan. Aku kan isteri mithali.


Lepas dah siang, aku cuci dan rendam dengan asam.. tetiba aku nampak ada pergerakkan di situ.
hah..acaner nak goreng ni kalau ikan masih menari nari.

Last aku biar je sampai dia berhenti menari nari.
lambat la lunch kami hari tu. (13/7/2021)


nasib baik ko menari nari jer, kalau ko bercakap mau pengsan aku kat dapur.



Abang dan Adik

 Mood baik dua beradik ni

kadang kadang bila dorang bergaduh naik bingit telinga. Bila aku amat amati dorang ni bukanlah bergaduh sangat, cuma hobi dorang suka sakat menyakat di antara satu sama lain.


Bila menyakat tu si adik kalah mulalah drama air mata bersiaran.



Adik tu manja sangat ngan abang... Tapi abang tu kadang dia tunjuk sayang dia tu. Kadang tu ego sket tak nak layan manja adik.


Semoga anak anak ibu dikurniakan ikatan silatulrahim yang erat hingga ke syurga.



Melentur Buluh

 My anak dara ni kalau nak suruh dia tolong kat dapur kena ikut mood dia.

Haish..asyik nak kena ikut mood dia jer, bis tu mood ibu yang penat penat seharian ni siapa pula nak layan. Tak yah nak bermood bagai, meh sisni tolong ibu kat dapur.

kalau di biarkan lelama tak pandai nak buat itu ini pulak.



ala..guna deep fryer je pun. bukan susah mana kan..

Kalau ibu dulu  lain lah, kena masak guna dapur kayu. berjelaga habis lobang hidung. 


Ala, dapat bantu menggoreng sebekas dua pun dah ok. At least tahu macam mana nak buat.Takde lah bila ibu sakit ke apa ke dah mati kutu tak tau nak buat apa.



Pandai benda basic pin ok dah...