Wednesday, March 13, 2013

Jalani Sidek selamat diijabkabul



 Siapa tak kenal dengan Jailani Sidek. Dan juga bekas isterinya Raja Azmi kan..

Di khabharkan  Bekas suami kepada penerbit sensasi Raja Azmi, iaitu Jalani Sidek  telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Zaleha Mohd Khalid baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah. dah bertemu jodoh ye. Moga kekal bahagia.

Menurut beberapa portal hiburan tempatan, tarikh perkahwinannya pasangan itu tidak diketahui, namun ada khabar angin yang mengatakan Jalani berkahwin sebelum bercerai dengan bekas isterinya. Gulp... ye ke? Tak pe la kan.. janji berkahwin. kalau apa apa pun dah tentulah sah. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut sudahpun selamat diijabkabulkan.

Sebelum ini, Jalani Sidek pernah berkahwin dengan Raja Azmi pada tahun 1984. Pergolakan rumah tangga yang seringkali berlaku akhirnya membawa kepada perceraian mereka pada tahun lepas.
Doakan agar kak Mi pula bertemu jodoh yang sesuai.


Note: Doa yang baik baik aje. moga semuanya bahagia selalu.

Muscle Injured

sambungan cerita akai jenuh aku semalam
ok, balik kerja semalam, aku dapati Amirul masih tak mau berjalan
kalau ye pun berlakon tak kan sampai ke petang nak berlakonkan..
tengok jari ada bengkak sikit. 


sampi rumah je, hubby dok ngomel le
mcm mana awak boleh cakap Amirul tak de apa apa
dah le semalam dok merengek sambil tidur, hari ni pulak still tak boleh berjalan lagi
semua ni ok ke?


Dia tak de apa apa la bang... akai je tu
kalau terseliuh kaki mesti bengkak besar
kalau patah ke retak ke, mesti bengkak penuh kaki tu
ok..ok... tak pe lah, risau jugakkan kekalau jadi apa apa
kita pergi Xray tengok. Pergi swasta je la.. tak yah pegi GH.


sampai je kat Klinik Aman tu kebetulan pakar X-ray dah off duty
so, dorang bagi surat untuk refer GH. Adei kena pergi GH jugak la jawabnya.
sampai kat GH bahagian kecemasan tu


siap dengan kerusi roda bagai sebab Amirul memang tak boleh nak pijak
lama jugak nunggu last baru panggil
Doktor belek belek semua tu
dia cakap nak pastikan apa yg berlaku pun susah
X-ray dulu baru tau K.
ambik number tapi, doktor panggil je tak ikut nombor pun.

Lepas pergi X ray tunggu lagi
punya la lama..sampai aku kejap kejap terlena kat kerusi
cuma Aleesya je yang jerit jerit


Tengok Jam dah pukul 2.00 pagi. Aleesya punya bateri power giler giler punya
langsung tak de tanda tanda dia nak tido
last papa pulak lentok
adei...
 

lama jugaklah baru doktor panggil .
sekali tengok X-ray. apa pun tak de. carck pun tak patah pun tak
hambik... yang dok sakit tu pakebenda?
lagi orang doktor cakap Muscle dia ada injured sikit
so, cuma bagi ubat tahan sakit- Panadol je pun


On the way balik rumah, aku bagitau hubby suh singgah 7 eleven
beli je amelt yoko yoko
sapu je kat muscle tu, then malam ni boleh la aku demahkan kakinya tu
adei..main apa la kat sekolah tu sampai muscle boleh injured.

dapat la MC 3 hari.
hambik sampai hari jumaat
lepak la kat rumah, sabtu ni kena ganti sekolah kan
hahahaha....

Note: dah sms cikgu kelas dia tadi.
so.. 3 hari ni study kat umah je lah...
kepala dah weng weng sebab semalam tido lambat!

Langkawi- Kampung Beras Terbakar

21/03/2013
selepas meninggalkan pemandangan Indah, still ada masa lagi
jadi kami nak ke Kampung Beras terbakar
Tunggu yer nanti kami pergi sana. nak jalan kejap. hehehehe...

Info tentang Kampung Beras Terbakar
"Padang Beras terbakar terletak di halaman rumah ku halim Hassan Kampung Raja , mukim Padang Mat Sirat. Semasa berlakunya peperangan di antara Siam dan Langkawi, Datuk Kemboja selaku ketua kampung  sudah dapat mengagak yang Langkawi akan kalah di tangan Siam.
Belau menghantar utusan ke Padang Mat sirat supaya orang orang kampung mengumpul semua hasil padi untuk di musnahkan iaitu di bakar.

Penduduk kampung telah mengorek satu lubang  besar dan memasukkan semua padi tadi dan di bakar. Ini terpaksa di lakukan agar siam tidak dapat merampas padi tersebut  yang merupakan bekalan utama mereka apabila bertapak di langkawi kelak.
Rentetan dari peristiwa itulah kesan beras terbakar dapat dilihat hingga sekarang."

tak de pun aku tengok beras yang terbakar walaupun sebutir
yang ada cuma duit syiling yang orang dok buang buang kat tapak kawasan beras terbakar tu.
ni la tapak kawasan beras terbakar tu.
dorang buat pagar cecantik.
kami duduk lepak je kat situ sambil menikmati keindahan  rumah Tun Halim yang bersih dan penuh seni itu.
cantikkan rumah ni. teringat tentang cerita zaman dodulu
bentuk rumah ala ala cenggini la kan.
last.. ambik kenangan kat sini pula.
Aleesya tu dah sakit kaki, kasut pun tak mau pakai dah
tak mau jalan dah
nak berdukung je. 
sebelum blah aku beli FM kat sini
balik umah FM tu tak lekat dekat fridge. waaaa...
dah nasib aku. last guna double side tape. lekat terus tak leh tanggal dah. hahahaha


Note: Topi Aleesya tu tak beli pun, sebab Aleesya asyik dok tanggalkan aje.