Thursday, September 20, 2012

Puting Beliung Api Di Australia

 Siapa tengok berita semalam?
sila angkat tangan...

 
 fenomena apakah ini?
selalu kita tengok puting beliung angin + debu je
tapi kali ni berlaku di Australia siap ada api lagi
kalau berlaku kat Malaysia mcm mana ek..

tak mustahil kan.. Kuasa Allah
lagipun Autralia dan Malaysia bukannye jauh mana pun.


Adakah ini amaran Allah kepada kita?
sama samalah kita berdoa agar di jauhkan dari malapetaka ini

sebelum ini kejadian puting beliung erpai ni jugak pernah berlaku di Brazil
ianya di kenali senagai " Api Syaitan"

 puting beling berapi di Brazil 


Tak sangka ek, dorang pun panggil Api Syaitan. Kalau kita yang islam ni dah sah sah le tahu
yang syaitan tu di perbuat daripada api. hehehe...


Note:- Adakah ini sedikit percikan dari Api Neraka?

Bekal

hmm...biasalahkan, aku ni kalau bangun pagi mcm lipas kudung
tak kiralah hari anak sekolah ke, hari anak cuti ke
hari nak pergi jenjalan ke
dapur ku itu dah mcm sahabat setia
mesti nak kena belai belai manja sebelum memulakan aktiviti seharaian.

ini aku masak nasi goreng + ikan lengat
kena bawa bekal untuk dia makan on the way nak balik umah ayah di Sungai Petani
saja dia nak makan dalam keta

Sunagi Petani je pun kan.. 
mcm ni la anak aku, bila dia rasa nak makan
kena make sure makanan ada..

Dia memang suka nasi goreng
kekadang tu, malam malam pun dia request nasi goreng jugak
nasi goreng dengan sebiji telur mata kerbau pun dah ok dia ni.


Ni pulak aksi Aleesya bila tengok abang makan
nak jugak rupernya
ish... start la tu, nak ke belakang duduk sama sama ngan abang

tak boleh lepas dia ni ke belakang
kang berterabur habis nasi goreng tu

kekadang.. abang dah tidur lena kat belakang
dia still tak mo tido

ini budak memang susah tido bila duduk dalam keta ler...
letih benor aku ngan dia.
habis semua perfume keta di tariknya
segala coins kena simpan, takut dia ngap..


Note:- bekal pun ada, tapi kalau sampai kat petrol station, membeli jugak le kerja si Amirul ni.

Musnahkan Duit itu!

Pernah tak korang dapat duit palsu?
aku tak tau la bila aku dapat duit palsu ni.
di mana aku dapat pun aku dah tak ingat
seingat aku, aku suka sangat pecah duit RM50, pas tu balance duit aku campak je dalam H/bag

 Nasib baik RM 10 je kan...kalau RM 50 ke RM 100 ke memang aku nangissssssssssss
si  baik hati mana ntah ( baik la sangattttttttttttt) yg sengaja nak pekena aku
tak pe, korang rugikan aku RM 10, nanti Allah gantikan aku dengan berjuta juta tau

ok, perhatikan pada duit di atas, 
perkataan sepuluh ringgit tu dah kembang
pas tu kertas bersinar kat tepi tu dah jadi mcm dak wat pen.

aku pun tak perasan
cuma sedar bila nak bayar  kat kaunter masa aku beli air di food court
terkejut & bersalah pun ada.

pertama, aku memang tak tau yang duit tu duit palsu
bila dorang ambik duit aku pi test itu ini, aku rasa mcm bersalah pulak
risau gak kan kot kot dorang ingat aku sengaja nak pekena dorang

Demi Allah aku tak tau. biarlakan perspektif org mana kita tau
Aku nak destroy duit ni
tapi sebelum tu saja la nak wat N3 ni
nak ingatkan aku & kengkawan blogger di luar sana.


Note:- tetiba teringat Mak  yang pernah dapat duit RM50 palsu, masa dodulu
dodulu RM 50 besarrrrrrrr tau nilainya...