Monday, April 29, 2013

Aleesya Setahun 9 Bulan

Dok asyik citer tentang Amirul je kan.
terlupa pulak yang semalam genap umur Aleesya Setahun 9 bulan.

Sekarang ni dah pandai sebut diri tu  "Kakak Sya" amboi..
berbuih orang panggil dia adik, dia pulak dok ngaku dirinya tu kakak
Nak adik ke? Nanti kalau ada rezeki ada la adik kamu tu yer. ngeeee...

Sekarang ni dah pandai mintak nasi.
paling gemar makan sayur brokoli, carrot dan bunga kobis
sayur sawi tu baru nak belajar makan.

Lauk pula, memang hantu ikan dan sotong
suka ratah ikan goreng..
kalau Tok nampak mesti cakap : "Budak banyak Cacing"

Masih lagi tak boleh nak ubah perangai tuangkan air tu
asal minum air je, mesti nak tuang ke lantai
kalau tak pun ke pinggan nasi abang..
 
kalau makan, kejap guna tangan kiri pas tu nak guna tangan kanan pulak
dah pandai bersila dan suap sendiri..

bila nak ckp "tak mau" bunyinya "Memeow"..
kalau marah mesti nak cakap " ti shat".. amboi...
ti shat = Nanti kejap ( kekonon nak ambil hanger dan pukul abang le tu )
 
 
pernah le sekali saja nak tengok perangai dia.
Aku bagi sotong kat pinggan papanya,
asal masuk je sotong dalam pinggan papa, terus dia sapu.. hahahaha...

 ** kalau org tengah syok nonton TV***
selambe derk ja dia switch off kan plug

Sekarang ni, gemar benar ,main bola
habis bola anak anak jiran di ngoratnya.
baling sana sini.

sian bebudak tu tau. 
So, aku beli la sebiji untuk dia. Tu pun.. sebab dia dah tak bergerak gerak
kat kedai yg jual bola tu..
Nekad.. nak jugak aku belikan bola tu.

sian pulak tengok. beli jugak le kan
walaupun tahu lepas ni bukan nak main sangat pun.


then ni cerita terbaru:-

Punya la semangat aku charge tablet dengan harapan dapatlah Amirul main
tablet tu.
Bangun pagi tadi tengok plug tu dah di switch off kan oleh Aleesya.
Tinggallah tablet tu dengan "Battery Kong".
 
 
Note:  Next time kena double check bila chrage handphone/note/tablet...


Sepanjang Ujian Yellow Belt

Pagi Sabtu, 27/04/2013 hujan turun dengan lebat, sejak subuh ...
Amirul dah pot pet pot pet kat kami , risau benar kekalau dia terlewat ujian.
sampai aku suh sarapan pun dia tak mau dah..

Aku kena kerja, So, my hubby je la yang nagtor dia
semangat ke main lagi, sampai kat sekolah Sri Bayu teluk kumbar tu 
ada la 2-3 orang yang dah sampai, jurulatih pun tak datang lagi.
Tapi.. still tak mau sarapan.. adei..

hmm.. dengan perut kosong ,semangat betul dia.
Amirul ni memang sejak kecil memang susah nak ambik breakfast awal.
pukul 10.00 pagi baru dia akan rasa lapar.

tak nak la puji anak sendiri melambung lambung kan
Tapi tengok le cara dia genggangn penumbuk dan gaya tu
tengok pulak kawan sebelah dia . Sape yang lebih kemas?
hehehhe.. bagi la chance I nak perasan jap...
 Part ni pun aku bangga jugak. nampak kemas je dia berdiri
kalau compare ngan kengkawannya yang lelain tu la.
Nampak confident ja Mirul tu kan..kan.. kan..

Dia dah bagitau aku, yang dia nak buat betul betul
Dia nak lulus katanya..
tengok la cara dia tendang tu...
cakap betul ni..aku tak tipu k
" Amirul tak pernah pun balik rumah berlatih sendirian"
That why la aku rasa mcm tak yakin je
sebab tak pernah pun tengok dia beraksi kemas gini.. ngeee..

Amirul memang gini, kalau dia minat sesuatu, dia akan berusaha bersungguh sungguh.
Ada jugak aku sembang ngan juruatihnya tu
Dia ckp Amirul ni ada potential nak maju..

Tapi.. aku cuma anggap kata katanya tu mcm biasa je la
sebab sebagai jurulatih memang beliau harus berkata demikian kan..kan..
mungkin bukan kat aku aja, kat semua parent la...
ramai jugak pelajar ye.( cari mana  Amirul? ) 

Aku nampak ada jugak pelajar yang pakai yellow belt, then orange belt.
Mungkin dorang tu dah lama kot. 


***Sebenarnya Yeloow belt yang Amirul exam ni, cuma yang melepasi basic tu je***
keputusannya hari Jumaat ni.
Kalau dia lulus, tersematlah yellow belt kat pinggang tu

kalau tak lulus, belt putih tu jugak le yang melekat kat pinggang. ngeee..


Note:Gambar ni semua, my hubby yang snap.