Sunday, September 27, 2020

Teluk Nipah Pulau Pangkor

 Kami teruskan lagi perjalanan ke Teluk Nipah,Pulau Pangkor.

pantainya cantik sangat. Aleesya dah start nak mandi kat sini sebab tak tahan dengan kecantikan pantainya.
wow.. air lautnya begitu menggoda..
Lain kalilah kita datang sini dan book snorkeling yer sayang..

ok, kita bagi Aleesya menikmati keindahan pantai teluk nipah ni yer..

ups..ada juga candid photo. tengah wat apa tu..hahahaha








Pasir Bogak

 Kami meronda ronda mengelilingi pulau pangkor. Memang trip kali ni bukan untuk snotkeling. Just nak santai santai je.

kami pergi ke Pasir Bogak.
bukan nak mandi pun kat situ.
walaupun pantainya cantik tapi kami memang takn plan nak mandi manda.

ambil photo kat mercu tanda ni jer sebab kami nak pergi kedai bebas cukai.
Kami sampai kat kedai bebas cukai. Ingat nak beli coklat tetapi husband sibuk pulak dengan perfume. 
try la perfume itu la ini la..
Thanks papa belikan ibu perfume. 
kegemaran I is Gucci Flora. 
awak tahu ek...


Hasrat nak beli purse tak kesampaian sebab kedai bebas cukai kat sini memang tak ada koleksi handbag dan purse.

Tetiba rindukan Langkawi. hahahahah






Pulau Pangkor

 setelah 30 minit perjalanan kami pun sampailah di Pulau Pangkor. 

bila sampai di sini, orang pulak ramai nak sewa kereta dah full. nak naik teksi pink pun dah full. Last kami decide sewa scooter.
RM180.00 seharian. tawakkal jer la.tak kan tak nak sewa pula kan.. habis tu tk kan nak berjalan kaki redah pulau ni.hahahaha.
Bila tanya ada tak scooter nak disewa,kejap kata tak ada. then bila kami berlalu ja panggil pula kata ada.
hurmmm.. nak main harga le tu. biasalah kan.
hehehe..dapat naik scooter dah.
Aleesya duduk kat depan yer.

Sib baik muat.setahun dua lagi memang tak boleh sewa sebiji motor dah dik oiii...








@Jetty ke Pulau Pangkor

 setelah beli tiket bagai, kami kena beratur panjang sebelum dapat masuk ke ruang menunggu feri.

Lambat lagilah feri nak datang. kita pergi ronda ronda lihat sekeliling dulu la.

pagi pagi cuaca berkabus je


Aleesya bad mood. Jangann nak ajak bergambar ok. 

hahahaha..ni tengah mrncari apa.la.dalam beg tu.

ok dah masuk ferry. selesa tau.

muka budak tu happy ja dapat naik ferry.

perjalanan dari Lumut ke Pangkor mengambil masa dalam 20-30 minit.

Breakfast Sebelum Ke Pangkor Jetty

Kami bangun awal,selepas subuh dah bersiap,nak ambik ferry awal. sebab ferry last jam 5.30petang. Mungkin sebab covid kot.

wajah ceria nak jenjalan. 
wajah Aleesya je suram sebab kena bangun awal. hehehehe

ok ok..paksakan diri untuk senyum.

menu breakfast tak verity sangat. patut padan dengan harga la kan. Ni pun dah ok . Cuma kami tambah RM10 untuk kanak kanak sebab tak include dalam harga bilik tempohari.


Dorang slide roti benggali tu,bukan gardenia ke atau yang sewaktu dengannya. bread agak keras dan dan tebal. cicah kari sedap lah kan..

ok ok.. dah kenyang dengan breakfast.kita menapak ke Jetty untuk beli tiket. Nak naik ferry dah..


Dinner @Teluk Batik

 My husband contact kawannya yang memang orang lumut untuk join dinner kami

tumpang posing laki bini jap yer

my anak dara ke main lagi dengan Hp nya.

kami nak makan ikan bakar. 
masa ni la my hubby. tak habis habis dok nyakat kata aku tengah teringin nak makan belangkas

percaya la kawan dia tu yg aku nak makan belangkas. ya ya la dia pun.
padahal kat penang pun aku tak makan sangat belangkas. 
kuat ngusik my hubby. dah la depan kawan dia. malu ai tau

menu kat kat sini so so je ya. kalau ikut selera tekak aku la. Ikan Bakar kat Penang lagi sedapppp

sotong goreng tepung yang macam ni paling aku tak suka. ni dah ala ala cucur sotong.

Siakap 3 radanya sangat kering.

Bukannya makanan kat sini tak sedap. tapi cuma tak ikut selera tekak aku jer. Mungkin orang lain seleranya berbeza dengan aku.tu jer k...


Sunset..

 Setelah habis makan tu kami lepak lepak nikmati sunset.

saja usha usha usha sebelah pangkor sana.Esok nak pergi kan..kan..
Lawa pula sunset ni.
Bila azan magrib berkumandang kami pun berjalan pulang ke hotel. 

Tak jauh pun dalam 5 minit jalan kaki je.




Terminal Jetty Pangkor

 Lepas check in,kami saja saja la meronda.Nak tengok apa yang best ada kat sini. Nak usha usha kekalau boleh beli tiket awal ke kan.

owh,tiket kena beli sewaktu nak berangkat.tak boleh beli online atau awal awal.

mmmm...tak pe lah.kita ronda ronda kat sini. Tengok apa yang boleh di makan. Katanya mee mee Udang Best.
Ok jom kita try 
Mee Udang, ice kacang ,cendoi dan nasi goreng udang.

Tudia..udang selambak ko..
Banyak udang dari mee.
Dah jadi ada mee di sebalik udang.hihihihi
see... besar betul udang dia.. 
hambek ko Aleesya, minat sangat udang kan. makan puas puas.


Lumut Suite

Kami stay kat Lumut Suite. Rasanya yang ni je yang paling dekat dengan Jetty nak ke Pangkor


ok jugalah hotel dia. kemas dan ada cafe untuk breakfast. Harga memang berbaloi. RM 180 termasuk breakfast untuk 3h2m

sampai kat lobby cam biasa ler kena ikut sop scan suhu sanitizer bagai. Then baru boleh check in. Deposit pun dorang ambil RM50 jer.

Biliknya pun ok. Kami dapat bilik bawah..selak jendela tu boleh nampak pantai. 

Tandas pun bersih..
salah adjust air panas, hahahaha..habis merah dada.. adeih..

satu hal hal pulak nak kena sejukkan dengan air ais. sib baik tak melecur ke masak ke. kang sodap wat cicah air asam...kikikikiki




Perjalanan ke Lumut

29/8/2020 kami pergi lumut dan Pangkor. Saja la nak jenjalan cuci mata.

uits..nampak van unik ni. cepat cepat snap nak tunjuk kat kat my third brother.
cecepat masuk group family cakap mcm Bas Codey yang kita naik pergi sekolah dodulu la..Yes is so memorable .

Kami bawa Aleesta je sebab Naiim kat Asrama tak boleh balik hampir sebulan kerana Covid merebak di kawasan Kuala Muda. So sekolahnya mengambil pendekatan untuk tidak benarkan para pelajar pulang.
Bawa ni teman di dalam perjalanan. Ada asam asam sikit dah ok tekak ni.

Perjalanan dari Penang ke Lumut dalam 2-3 jam ja. termasuk berhenti makan berak kencing semua. hehehehe...






 

Satay Semeling Kedah

 Ramai yang cakap satay semeling ni sedap sangat. jom kita cuba.

memang sedap. patut lah ramai yang suka.

Ramai ramai makan dengan family.sselain satay ada juga laksa bihun sup, char koay teow dan banyak lagi lag.
time covid pun ramai orang yer

me,abang chaq,mak,abang hiaq,aisyah,kak lang,kak yan, shida, syipa,Aleesya, bang long dan Aaizat.

perangai tau bang long ni.

so sesaa nak try satay semeling boleh la. memang tidak menghampakan.