Monday, July 15, 2013

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Terima kasih cik fie sebab adakan segmen yang super duper simple.
haaa.. kalau simple. I like K.



Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam . Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


Dah lama follow blog ni
dah lama like fanpage cik fie

Note: moh le join!

Kemalangan Dengan Buah Pumpong

Korang Kenal tak apa itu buah Pumpong?
Kalau di kalangan perubatan Tradisional, dorang guna buah pumpong ni
untuk mengubati penyakit Pasang Surut. ( Hernia) 

Balik kampung that day, aku pergi rumah abang kejap. mcm biasalah
nak jenguk jugak abang janggut ku itu, pekabor dia anak beranak
Kebetulan my anak sedara yang sulung( Along)  tu ada kat rumah.

Tapi....aku tengok siap berbungkus bangkas bagai. Adei...
pe hal la pulak.?
 Pagi tu, my nephew ni pergi kedai.
selalu dia bawak sekali adik adiknya, tapi kali ni dia pergi sengsorang je

Masa tengah ride motorcycle tu tetiba sebiji buah pumpong jatuh  dan tekena dia
terkejut punya pasal
sampai lost control dan jatuh ( sib baik adik adik tak ngikut)


dok snap photo ni pun dok sereyau bagai. Rasa nyilu sampai ke jantung qolbu aih
tak de la patah bagai, cuma luka luka gitu ja.

Tangan sebelah kanan tu tertusuk kayu kot, berlubang sikit kata my sister in  law
sian Along..Nak gi hantar klinik tak mo pulak
ok le kekonon nye tu .. nanti malam malam jgn meraung sakit k.
ni ler rupa buah pumpong..
Ala... buah yang orang tanam kat tepi tepi jalanraya tu
sekali pandang nampak macam buah mangga telur tu..


 

hmm.. tetiba teringat masa aku kecik dulu, ada jiran aku yang kaya sikit le kat kampung tu
sebab dia je ada kereta. 
suatu hari dia bawak keta, tebuan masuk dalam keta tu
dalam usaha nak turunkan cermin keta dan halau tebuan tu, dia lost control
keta masuk curam, bergoleh golek keta tu jatuh
kereta habis remuk
dia yang kat dalam keta tu jgn cakap la, kaki tangan kepala habis luka..




Bila org tanya accident dengan apa
"Accident denga Tebuan".

Nak tergelak pun tak boleh tau, mana tau kang jadi kat diri sendiri pulak.
Cuma... itulah kan, kuasa Allah..
sebab dan penyebab kejadian, hanya Allah yang tahu.


Note: Semoga aku , seluruh ahlikeluarga dan kalian semua dilindungi Allah selalu.

Ramadhan ke 6-Warm up dulu

Sebelum aku nak kuak lentang, leari lari kecil
menari berdansa kat dapur untuk buat kuih raya
aku nak warm up le dulu. hehehehe...
So, aku buat kek pisang.
terkesima dengan apom pisang el le ni.hahahaha

Alhamdulillah, my oven yang dah nazak tu masih lagi memberi perkhidmatan yang cemerlang.
hasrat nak beli oven tak kesampaian lagi.
ada sesapa nak sponsor?


Kek ni jugalah yang menjadi juadah sebagai balasan bekas bekas kosong yang jenjiran
hantar juadah berbuka.
dah banyak sangat tak berbalas, so.. buat je lah kek pisang
antor kat dorang.

Resipi kek pisang.
  • 300garm biji pisang
  • 350 gram telur 
  • 120g gula 
  • 175 gram minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1.  Pukul pisang hingga kembang ( pisang emas/berangan)
  2. masukkan telur dan gula. pukul hingga kembang dengan lajuan sederhana
  3. masukkan minyak jagung
  4. masukkan esen vanila
  5. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. 
  6. masukkan adunan ke dalam loyang
  7. Bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit 

Aku guna pisang apa ntah . pisang tu abang aku bagi masa balik kampung that day
dah ranum pun, ingat nak wat cekodok

sebab resipi kek pisang ni senang dan kos pun murah je
segala bahan bahan tu ada kat dapur



Note: kita warm up dulu k!