Tuesday, May 21, 2013

Apa yang perlu di lakukan Bila Road Tax kabur

Hari ini aku nak berkongsi dengan kengkawan semua
tak pe la kalau tak nak kongsi pun, mungkin maklumat ini penting di masa akan datang


Apakah langkah langkah yang perlu di ambil bila road tax kenderaan anda menjadi kabur
yang pastinya, adalah menjadi tugas anda untuk membuat salinan di JPJ.





Pertama-Pastikan yang anda mempunyai Original Geran, sebelum permohonan di buat
               Tidak menjadi masalah jika Geran tersebut di updated atau tidak
               Yang pastinya, anda memang mempunyai Cukai jalan yang valid.

Kedua: Sila Bawa bersama salinan Kad Pengenalan pemilik kenderaan
            Pastikan Kad pengenalan anda di photostat di bahagian hadapan dan belakang pada muka surat     
            yang sama
                
 salinan NRIC seperti yang di tunjukkan . bahagian hadapan dan belakang di mukasurat
yang sama - gambar sekadar hiasan.

Ketiga : Sila ambil borang  di kaunter JPJ. selalunya dorang yang akan bagi borang yang betul 
             bagi tujuan yang betul.   Pastikan anda membawa originak cukai Jalan anda yang kabur
             ( tanggalkan aja dari windscreen kereta tu)

isi borang ini dan tanda tangan
borang ini juga
dan nyatakan sebab sebab anda memohon.

Keempat : Sila serahkan borang, original geran, original cukai jalan yang kabur, dan salinan kad pengenalan
                 kepada kerani bertugas.
                 Dalam masa tak sampai 10 minit semuanya sudah selesai. 
                 Anda akan di berikan salinan road tax baru yang bertarikh bermula dari tarikh permohonan anda 
                 hinggalah tarikh akhir cukai jalan tersebut. 
                 Segala Urusan dan penggantian cukai Jalan adalah percuma. harap maklum.

Kelima : Sila keluar dari JPJ dan pergilah ke mana anda suka kerana anda tidak perlu risau yang anda akan
              di SAMAN!!!!! ngeeee.


**** kalau geran masih kat bank, tak payah susah hati, pergi je mintak, sure dorang bagi punya, itu pun kalau  payment korang bulan bulan cantik and sweet.******


Note: Sila jgn cross atau meletakkan apa apa mark pada salinan kad pengenalan anda.

Proses membuat Salinan Road Tax yang sangat meletihkan.

Semalam/kelmarin, ingat nak kerja half day je.
tapi rentetan daripada permasalahan yang timbul aku terpaksa cuti sepenuhnya.

Masa on the way nak ke seberang sebab nak pergi ambil original geran keta kat bank
bos call sebab ada customer nak jumpa ngan aku, nak settle kes injury dia tu
kena la lajak datang office kejap. Lepas ambik kes, aku pun proceed ke seberang
sian hubby, sanggup dia tunggu aku selesai kerja.
Sampai kat bank, dah tersilap branch pulak
suppose ke Bagan Ajam, aku ke Ambank Bagan Luar
dorang ckp, aku kena melepasi 5 traffic light baru boleh sampai ke branch Bagan Ajam.
Sampai sana, ambik number tapi number aku takbergerak gerak
pas tu datang staff bank bagitau yang aku kena naik tingkat satu untuk urusan Geran Keta

Naik tingkat satu, isi form bagai
tunggu lagi.. tungu punya tunggu... geran aku tak muncul muncul.
malas nak lyan perasaan aku main game candy crash saga
sampai habis aku main pun still bayang geran tak nampak jugak.
Aku tak de la marah sebab aku bawa coolant sekali kan...
my coolant ( my hubby la).. dia kan cool.. ngeee..
Last dorang panggil aku cakap geran aku tak de kat sana.
hairan gak kan, dah call minggu lepas ckp geran aku ada kat branch Bagan Ajam.

Dorang pun  pening kepala, dah selongkar semua kabinet
dah call staff tu staff ni. tapi still tak dapat jumpa.
Jam dah pukul 2.00 petang. perut pun dah berkeroncong
tapi aku still cool, dan cakap kat dorang
mcm mana pun Aku nak jugak geran aku hari ni sebab road tax aku dah hilang cetakan
kena pergi buat kat JPJ hari ni jugak..
dorang ckp kat sistem dorang memang ada tunjuk yang geran aku ada kat situ
tapi.. kemana pergi?
last.. datang lagi sorang officer, siap call runner tu runner ni, dealer tu dealer ni
semua tak de.
Aku dah naik rimas, sebab masa berjalan kan... kang tak sempat nak pergi JPJ pulak.

sistem kata ada tapi geran tak de
so. Trust the System and dont trust the person who key in the particular la kekdahnya.
last alternatif dorang call branch Sungai Petani
check punya check.. rupernya geran aku ada kat sana..

Nak buat macam mana kan, aku speed le ke SP
dah pergi ambik geran, kena lah updated kat MyEG.
sebenarnya, Ambank sendiri ada system MyEg yang membolehkan dorang updated
aku pass je original geran kat kaunter, tapi dorang still tak updated.
last aku pun pergi la ckp kat officer tu,
Encik.. boleh cepat sikit tak, sekarang dah pukul 3.00 saya nak ke JPJ lagi ni
nampak mcm dia pun angin ngan aku, dah la datang lambat nak cepat pulak kan..

sebelum dia cakap apa apa, aku pun jawab, Actually saya dah pergi kat Bajan Ajam
dorang cakap ada kat sini, that why saya lambat.
Pas tu dia ckp system MyEg sedang offline
kalau nak tunggu jugak boleh la..
kalau tidak datang lain kali..

geram tak? bohong la kalau ckp tak geram
sebab dah le original geran kat sana, dorang pulak tak updatedkan awal awal..
dah jadi offline gini, nak suruh aku datang 2-3 kali.
Tapi aku still cool... aku kan cool...

Aku ambik geran tu, dan nekad terus je ke JPJ
walaupun pegawai bank tu cakap yang JPJ tak kan buat salinan road tax kalau geran tak updated kat 
original geran..
sampai kat JPJ Sungai petani dah jam 4.00 petang
masa nak ambil number tu, sekali pegawai JPJ ckp yang nak salinan NRIC
lagi satu problem kan..
kenapa JPJ takde sistem sahkan registration kad yang menggunakan imbasan cap jari tu?
kat bank bank semua dah praktik kan.. Jabatan kerajaan pulak tak praktikkan..

Tapi mungkin sebab kat JPJ ni banyak runner, so chances owner nak
berurusan sendiri tu kurang kot
that why dorang still guna kaedah lama iaitu salinan kad pengenalan 


nak tak nak kena drive keluar dan cari kedai photostate.
jauh juga sebab kena pergi ke Bandar Puteri Jaya tu.
Last dah  ok semua. datang balik ke JPJ dan ambik number

tunggu lagi, dengan harapan masalah aku akan selesai hari ni jugak
sampai kat kaunter sana, aku tunjuk geran .
masa nak buat salinan tu pulak satu hal..

boleh aje kerani tu complaint kat member sebelah dia
road tax dia ni buat kat MyEg, sekarang kita nak buat salinan boleh ke?
si kawan tu pulak ckp, ye la kan..
ink dan paper semua tu kos kepada JPJ walhal before this kita tak collect payment dari dia pun.

Aku pun dok ingat dalam hati.
tak pe la, aku bayar le, asal road tax aku tu di buat salinan baru dah le,
Pas tu, datang la pegawai dorang kot.
ckp suh proceed je buat salinan..


 
kerani JPJ tu ambik je geran aku, dia updated kan
kemudian buat salinan kat road tax
selesai..
dan yang paling happy.. tiada sebarang charges di kenakan.
terubat la segala keletihan aku sehari suntuk .. hehehe..


*** Moral of the story,tiada pendedahan maklumat yang terperinci yg di buat oleh sesetengah pihak
kepada pihak yang lainn, menyebabkan pemasalahan kepada pengguna***

*** tak ada istilah tak updated geran original tak boleh buat salinan road tax! pembetulan maklumat oleh pihak bank harus di lakukan***

*** pihak bank seharusnya segera updatedkan geran pelanggan setelah pembaharuan 
road tax di buat di syarikat mereka memandangkan dorang memang ada system 
untuk berbuat demikian.*****


Note: Nanti aku updatedkan ttg langkah langkah yang perlu diambil jika road tax kereta anda telah blur/hilang cetakan.