Tuesday, August 7, 2012

Ya kan je lah...


Pepatah melayu yang memang dah lama aku lupakan. 
kalau dulu masa kecik kecik, kami kat kampung memasak guna dapur kayu.
jadi kena la cari kayu kat hutan.
bila budak budak yang cari kayu mesti mcm mcm karenahnya tul tak?

Abang selalu nak angkat kayu yang panjang
pas tu bawak balik rumah baru potong, senang cara tu katanya.
kalau aku pulak suka potong kecik kecik then ikat baru bawa balik rumah
Tapi bila abang seret kayu dari hutan bwak balik umah
mulalah kena leter ngan mak. hahaha.. padan muka abang..


" Jgn Seret kayu dari kutan ke rumah, Nanti Ular masuk kampung!"
ayat ni le yang selalu kami dok dengar
betul ke? kalau seret kayu dari hutan ke rumah leh mengundang ular datang ke rumah?
cuba jugak cari kebenarannya, tapi tak jumpa pun.

Ni betul betul pepatah ke, atau memang ada tertulis kat mana mana ttg kesasihannya?

tapi kan, sebelum ular sawa datang makan itik abang aku tu
memang ada anak sedara aku seret kayu dari hutan bawak balik rumahnya
then mak aku ada tegur, & ckp nanti ular datang umah.

selang 2-3 hari je si sawa tu datang umah abang aku.
ish.. kebetulan je kot kan..
berani aku nak jawab kat mak aku tu yg semua ni kebetulan je..
dian je la, org tua kan lebih pandai dari kta, lebih arif
dorang kan makan garam dulu dari kita . tul tak

kekadang adalah lebih diamkan je untuk selamatkan keadaan, walaupun kita tahu kita di pihak yg betul.
jgn kerana benda ni kita jadi bertekak dengan mak kita. tul tak?