Thursday, July 11, 2013

Holiday @ Kucing Sarawak GiveAway # 2

Nak join GA si Anum ni.

nak right click ambik banner ni tak boleh
so, aku printscreen je la.

kena jawab soalan 

Soalan.
soalan pertama : Apa tujuan sebenar Anum ke Kuching?
Jawapan : Anum ke Sana sebab nak Jumpa BFF
 
 solan kedua : Apa nama tempat buaya yang Anum pergi? 

Jawapan : JONG'S CROCODILE FARM & ZOO

Tarikh tutup 19/07/2013. sesapa nak join sila klik banner.


Hadiah tu masih misteri lagi. 
 
 
 

Mimpi Boleh Terbang

Semalam dah le tido lewat ( maklumlah layan diri as B'day Girl)
pas tu bangun sahur lagi kan.
lepas subuh tu tadarus kejap
lepas Mirul ke Sekolah..sambung tido. hahahaha..
kul 9.00 bangun mandi siap siap datang kerja.

Dalam masa 2 jam yang aku tido sebelum datang kerja 
aku mimpi giler kentang punya mimpi. hahahaha..

Aku mimpi aku ada kuasa yang luarbiasa
mula tu aku lari lari anak, pas tu terus boleh terbang.
hahahaha... main tunjuk tunjuk gitu je terus aku terbang ke udara. 
wah sangat best.


Masa aku tengah terbang tu, tetiba Knight Rider datang serang
wohoho.. Knight Rider pun ada jugak dalam mimpi aku. 
Tapi aku tak dapat tengok muka knight rider dengan jelas
sebab dia pakai topeng.
knight Rider palsu la tu kan. hahahaha..

kenapa dia datang serang aku pun aku tak tau la..
Apa motif dia datang pun tak pasti.hahahaha




Apa kes pun tak tau tetiba aku gi kalahkan Knight Rider tu
tetiba dia mengalah, ngan aku sebab dia tak leh Terbang.
wah..bangga..

Then balik rumah, semua Jiran dapat tau aku boleh terbang
terus dorang serang, kekonon aku ni makhluk jahat
wah.. lari tercungap cungap
cuba terbang... boleh lagi tapi terbang tak leh tinggi mcm tadi


kemudian aku diekori oleh seorang aunty
siap tanya aunty tu mcm mana dia boleh terbang mcm aku
dia cakap dia belajar Tye  Chi. that Why la boleh terbang
kahhhh... tak tau pulak  ilmu Tye Chi main terbang terbang
selalunya part gerak slow slow aku tau la...
arghhh..lantak la.
lawan pulak ngan aunty tu.

tetiba aku rasa muka aku pedih sebab terkena kuasa aunty tu
dalam pedih pedih tu aku lari sekuat hati
tup tup.. mata terbuka. Matahari dah terkena muka ni
silalah bangun !


*** akibat mimpi lari lari pas tu lawan, pas tu terbang. Aku rasa letih sangat
Ni pun dok ngantuk . zzzzz... 10-15 minit mesti best ni.


Note: tak suka tau mimpi lari lari. Lepas jaga mesti letih!

Ramadhan ke 2- My Birthday

Semalam, tepat jam 12.00 malam, tunggu tunggu satu panggilan or SMS dari insan tersayang
tapi non hado.. dlam hati dah majuk majuk, dah sedih sedih bagai.
menci ar.. tak mo kawan ar ngan abang.. mcm mcm la dok merepek 

Then masa kul 12.11 malam tu, receive SMS. hahahaha suakhati jantung qalbu tau





Alahai.. ucapan pun dah sangat sangat bermakna
sangat sangat gembira..

Thanks abang.. doakan T.
mmm thanks sekali lagi tuk hadiah tu yer
T sangat sangat suka tau.

Kalau tak de masa kita nak berbuka kat luar di bulan puasa ni
T tak kisah.. sebab ada ibadah lain yang lebih penting yang kita utamakan kan..
Lepas Raya ni kita tengok macam mana K.

 
Then selepas itu terima pulak SMS dari my lovely Mom
Tak sangka you, My mom boleh sms ni. Mak pun tunggu detik 12 malam jugak nak wish
anak pompuan dia yang comey  lottey ni.  Comey tak kak T? hahaha


***Kepada kengkawan di Facebook dan yang e-mail wish my b'day, sangat sangat di hargai
terima kasih untuk you all.. segala doa yang korang panjatkan aku aminkan.
Aku juga mendoakan agar korang di rahmati Allah, bahagia selalu dilimpah ruah dengan
rezeki yang halal dan bahagia hingga ke syurga.***


Dapat dah Red Packet... alhamdulillah..


Note: Ya Allah kau perkenankan doa doa yang di panjatkan oleh mereka yang baik itu kepadaku.
amin...