Wednesday, September 16, 2020

Sarang Burung@jerejak Resort@spa,penang

 Part3, staycation at Jerejak Resort&spa

Sambung semula selepas mandi manda bagai, kami balik bilik untuk mandi dan rehat seketika. saja nak tunggu cuaca petang redup redup sket sebab nak layan sunset tepi pantai kekdahnya..

Lepas Za snap picture kat sarang burung buatan ni,turn aku dan Aleesya pulak nak berposing.. Dengan penuh gigih nak jadi mak burung dan anak burung kat dalam sangkar tu.Last Aleesya bertenggek je kat atas belakang aku. hambek ko.

Nak jadi burung tempua la pulak.
nak.shoot kat sini pun berpuluh kali kali snap sebab asyik ketawa je kami

then kami jalan sikit kat kat persisiran pantai. Jumpa sarang burung tempua lagi.
Aleesya dah mula nak main buai. Hello ini tempat bergambar je bukan tempat ko main hayun hayun.🤣🤣🤣

eh,ada buai putih pulak kat kat belakang sana. kita bergambar lagi.
nak bergambar kat tangga menuju ke langit tu ramai sangat manusia
Aleesya mula tak puas hati sebab dia nak naik motorsikal meronda ronda,tapi kami asyik dengan photo photo photo..
sian my anak dara
ups..tertinggal gambar mak burung. kita up juga kat sini..masa ni si za tengah ngusik mat bangla yg sedang sapu sampah kat belakang tu. suka suki nak interprem..

Nampak dah nak sunset sikit sikit tu,baru kami dapat peluang naik buai trade mark "Jerejak Beach"
Fael and Aleesya

ibu & anak

Aleesya & sue..


ok. nanti kita sambung part 4 yer..


Mandi kolam @Jerejak Resort&Spa

 jerejak Island part 2


Lepas je kami check in. rehat rehat kejap.kat bilik. Anak anak dah tak sabar nak terjun kolam. Cuak juga masa booking that day,siap tanya time covid ni boleh ke mandi.kolam?

sib baik boleh.

nampak macam si ibu yang over ni.
kalau anak anak yg mandi,ibu ibu haruslah ikut serta,nak jaga keselamatan anak anak la katakan..


eh.eh..ada yg ngikut mandi ler.
sekali sekala terjun kolam memang best.
si Aleesya ngan Fael happy sangat dapat mandi  kolam. tak ramai pulak org mandi time ni. dah macam kolam tu dorang yang punya.hihihihihi
ok kita kasi chan ibu nak eksyen ala.ala.diva wanna be.

lepak ala ala orang have have spesis kayangan. perasan nak jadi kaya tu boleh ja kan.mana tau kaya kaya  betul nanti kan..kan..

Ni namanya Rusniza,my school.mate
dia join kitorang staycation kat sini secara bidan terjun. sebab aku yang paksa..
bertabahlah Za yer..

sebelum balik bergambaq lagi..
bagi la chance..bukan selalu.


Note- Staycation you all..








Pisang Goreng Coklat Chese @ Jalan Mahkamah,Penang

 Masa keluar lunch with my geng,pernah beli goreng pisang coklat chese kat Jalan Mahkamah.


Sebab sedap,so nak le repeat kan.Alih alih tak buka pula gerai tu. sedih tau.

hari ni kebetulan my anak dara nak makan ayam goreng korea sedap hingga termimpi mimpi bagai. So kita pergi la Jalan Mahkamah. Fuyooo, gerai goreng pisang coklat cheese telah beroperasi semula.

Cakap kat si Naiim nak coklat saja chese tak nak. Hurmmm,hantu cheese tu memang buat buat tak dengar.Di bantainya juga cheese parut sekali dengan coklat.

Ibu redha je makan.Walauoun tak bape nak minat cheese. Demi anak ibu makan juga. berebut rebut makan kat dalam kereta.

korang boleh la try kalau berkenan. serious...memang goreng pisang ni kena dengan selera my tekak. tak berminyak sangat..


Note: makan je kan hari ni


Chiken Briyani @ Kapitan Triangle

 Bawa mamat nasi kandaq ni mengandaq jap.Kalau balik rumah je tak.pekena ayaq tangan mamak memang tak complete kot.

Sebelum pergi tanya dah nak makan briyani ke Mc Donald. Cecepat dia jawab briyani ar.c Donald kat kat mana mana pun ada

aksi si ibu mencurahkan susu masam. teman anak la sangat,walhal ibu yang lebih kan..kan..

Hari ni kita gantung periuk
atoq kedai makan.
papa gaji kan..kan..kan..
hihihihihi.
merenenung jauh tu... tengah fikir bila balik asrama dah tak boleh makan cenni kan kan.

Si adik mcm biasala,sukahatila nak makan apa pun. tak fikir makan sangat.fikirkan handphone kat tangan je.


Note- hari membahagiakan tekak


Mee Udang Kuala Trong

 Throwback makan mee udang kat kuala Trong.

ni masa on the way kami balik dari jenjalan Pulau Pngkor.
Husband singgah kat mee mee udang kat Kuala Trong.
So so je lah mee udang nya.
rasanya mee mee udang kat kat penang lagi sempoi.
Kami order juga yong taufu.
saja nak merasa.
not badla yong taufu dia
Aku order bihun hailam
sebab masa kat Pangkor makan mee mee udang je,naik jelak dah

Sedap jugak bihun Hailam dia. yang ni boleh bagi A+

Lepas makan kami bertolak balik
nak singgah rumah my brother kejap
sebab mak ada kat sana
nak.pelum cium mak 😘






Sambutan Hari Malaysia Di Permatang Damar Laut

 16/9/2020, Permatang Damar Laut adakan sambutan Hari Malaysia.

Time covid19 pun Permatang Damar Laut adakan sambutan Hari Malaysia. pew..




Aleesya nak sangat join pertandingan mewarna. Adeih kena la gi hantar dia. Sebenarnya kalau beh tak nak bagi dia join.Tapi kawan kawan dia ajak iya kan je lah.
Acara baru nak bermula,
aku pegi usha je
nanti bila dia nak balik, dia call ler untuk aku jemput pulang.
malas nak beramai ramai

Ada gerai jualan.. 
masa pendaftaran masuk tadi dapat fre nasi.lemak,kuih dan air kotak.

malas nak lelama..
jom lah balik.
cuma beli sikit sikit ja untuk alas perut.