Thursday, September 17, 2020

Cafe @Jerejak Resort&spa

 part 7

Lepas je solat magrib kami fresh up dan bersiap for our dinner.

Alhamdulillah makanan kat cafe sedap. Nasi Goreng dan dan makan goreng goreng RM15 jer. Not bad la harga dia.

Aku order fresh oren sebab Aleesya nak sangat. yang lain tu order sky jus je..kena minum plain water sebab seharian dah dehidrated.
melekat je si Aleesya dengan sue

sementara nak tunggu makanan tiba,boleh pulak dorang buat lemon challenge la apa la..


aku sengaja order lamb grill. Nak rasa lamb grill kat sini sedap ke idak. RM35 satu plate.
portion besar so kami share share je

anak manja ibu nak di suap suap walaupun dah besar.

ok now let her try by herself.
terkiut kiut muka dia potong lamb tu.
nevermine is the process of learning kan.

lanjer sat jus oren yang sedap yang berharga RM8.

besar portion lamb grill ni.kan.

Nasi goreng kampung pun besar juga portion dia. puas makan.

setelah kenyang kami nak layan suasana malam kat sini.

katanya ada pertunjukkan abang api.
jom kita usha usha.


Hawker Stall @Jerejak&Spa

 Part 6

setelah perut benar benar berkeroncong kami ambil keputusan nak makan kat hawker stall.sebelum tu survey kejap cecara nak sewa motosikal.

kalau nak sewa motorsikal kena beli kad berharga rm50. Rm20 utk naik motosikal selama setengah jam dan balance kena beli makanan kat hawker stall.

rasa mcm tak berbaloi so aku putiskan untuk tidak menyewa.

kami beli 10 ketul dimsum dengan harga RM10.Za belikan fael kentang dan sosej RM12. No no no.. ini sangat tak berbaloi.

pau ni rm1 sebiji. beli juga sebab nak rasa. tengok sekeliling ramai yg makanntak habis pun laksa dan nasi lemak. confirm tak sedap. So kami tak beli la kan.

dim sum ni aku rekemen sebab rasa di memang sedap. harga rm10 tu rasa mcm berbaloi la jugak

Mineral water botol kecil RM2 satu. 
sebab kami rasa tak kenyang je makan kat kat sini.Then kami decide nak makan kat kat cafe. biarlah mahal sikit asalkan anak anak dapat makan makanan yg mengenyangkan.

Ok. jom balik bilik,lepas magrib kita kia makan kat cafe resort je.


Tepian Pantai @Jerejak&spa

 Part 5

On the way nak cari tempat makan,lalu la pula di tepian pantai..

cantik juga view dia.

sliper ni my elder brother yang diy untuk aku. sebab aku nak jenjalan kat kat pantai,dia gamkan bunga kuning tu. sangat appreciate hokey

saja snap picture buat lambang love kat kat kepala sebab nak abadikan yang my elder brother selalu usik aku dengan cara buat love cenni

terjangkit pula kat sue. comel.pulak budak ni bila snap picture like this.Nampak tinggi nau dia.
snap picture puas puas..

dalam kelaparan sempat lagi kami panjat tangga pelangi..Tak dapat nak gapai pelangi panjat tangga pelangi pun jadilah..

puas adjust nak bagi nampak kurus.last last tak nampak kurus juga. I is redha ok.

Turn Za pula memanjat.Gaya shomel.shomel gitu.

fael yg sangat kiut.sampai hari ni terbayang bayang lagi kelakor dia ni.

Aleesya? jgn tanya la. dah start merajuk dia memang payah nak pujuk..Ikut perangai sapa le tu..my hubby cakap sebiji macam perangai aku.

aku ok jer,at least appreciate bila husband notice sikap buruk aku. it show that he really care. boleh gittew.


nanti sambung  part 6 pula yer.




Payung Berwarna Warni @ Jerejak & Spa Resort

Part 4

Kita sambung part 4 pulak k.

Selepas kami bergambar kat sarang burung bagai,Jalan depan sikit 
ada trade mark i love jerejak. 
cecepat pergi action kat situ.

Nak le ada kenangan kat sini..
asyik berposing je dah tak tau nak posing style yang macam mana dah..hihihiihi

pas ni cik Sue pulak nak bergambar yer.

Za&Fael 

Jalan sikit lagi rasa teduh je, 
rupa rupanya ada payung warna warni..




Fael je sporting nak bergambar kat sini.
Aleesya dah merajuk 
mulut tu tak habis habis dengan nak naik motor je


ups.. belanja sekeping gambar Sue kat sini yer.

Jealous I dengan Za sebab anak dia ok je berposing kat sini
yang si Aleesya tu bila dah merajuk jgn la nak ajak bergambar
 

tak pe lah, ibu bergambar je sengsorang.


Perut pun dah lapar, jom kita tengok apa yang boleh di makan kat sini
kata ada hawker stall..
jom try.