Monday, September 30, 2013

Menu Diet- Lunch (3)

jgn pening kepala tengok aku asyik wat entry tentang menu diet je
bukannya apa, mana tau sok sok bila badan naik lagi, leh la bukak blog usha balik menu
maklumlah aku ni jenis nyanyokkkkkkkkkkkkkk

Pagi ahad kelmarin aku tak wat senaman kardio, sebab hujan lebat sangat
membuta balik selepas subuh. kul 9.00 baru bangun.

Ini menu Lunch aku sunday kelmarin

ok kali ni aku tunjuk brown rice aku yg lepas di stim
aku stim segenggam je.
cara nak masak brown rice ni senang je
rendam sulu beras dalam 30 minit
basuh dah masukkan air ngam ngam tenggelam beras tu, then kukus sampai kembang
kalau terover air tu, kaup buang.

Sayur sawi campur telur dan berkuah
semangkuk. sila habiskan.
Aku ratah je sayur ni. ngeee
Aku memang suka benor ngan sawi..pebret.
 
eh..sape kata berdiet tak leh makan kari?
aku makan kari ok.

cara masak kari:-
tumis bawang, sila guna olive oil. bukan minyak masak K sesudu atau dua sudu je olive oil tu
then masukkan rempah daun kari dan hirisan tomato
setelah dah masak rempah tu, masukkan air asam jawa + air
pas tu masukkan ikan ketul + bendi
upsss... nak sedap lagi masukkan daun chen Hom. ( ala daun yg buat kuah laksa tu)
see... kalau teringin nak makan kari, boleh aja, cuma korang jangan letak santan.

hmmm.. benornya korang boleh pelbagaikan masakan untuk diet
tak de la sampai itu ini tak boleh makan
yg penting... sila masak sendiri bukan beli kat kedai.


pssttt... kalau makan supplement untuk kurus tapi makan tak jaga, tak turun jugak badan tu
jgn salahkan pil kurus pulak yer. ngeee..


aku pelbagaikan menu ni, sebab my biras said, dah boleh makan ko makan
kang sakit terbaring.. apa pun tak boleh nak makan
ko jugak yang menyesal... 


Note: Diet lebih indah dan lebih sedap kalau kita pandai bermain dengan menu masakan.
Esok aku updated menu ayam pulak yer..

Bila anak terlebih pandai- Aku ketaq lutut

Aku ni asal balik je rumah memang letak merata la H/P
anak anak la dok main H/P aku
si Aleesya tu sekarang ni dah pandai tengok Youtube
nak tengok upin ipin.

Si Naiim pulak konker Note
bila.. dah H/P ada kat tangan deme, mula la dorang explore itu ini

Al kisahnya, aku pun tak sure si Naiim ke, si Aleesya yg main H/P aku
One day aku ada kat Bank
dalam kul 11.00 cam tu la
tetiba phone aku berdering dering


sekali aku tengok nama Callers tu
Nama Cikgu Sekolah Naiim
Ketaq lutut aku, istighfar bebanyak seblum nak jawab
berdoa la semoga tak de la apa apa 
Dah la time sekolah, cikgu pulak telefon, mesti ada hal penting


dalam hati duk dak duk dak korang tau tak
aku pun answer la call tu, sekali callers tu Bos aku daaaa....
adoi.. hilang kejap rasa pitam aku


Balik umah aku godek godek..
tengok tengok... dorang dah set syer call antara Bos aku ngan Cikgu Naiim
hah..baru aku tau, boleh gitu pulak la pohone samsung ni 
so far..aku memang tak tahu menahu pun.
advance la anak anak aku ni
sebab berjaya wat aku ketaq lutut....


Note: Ni nak kena pergi samsung pulak, Naiim main Note sampai semua jadi hang! adoiiiiiiiiiiiiiiiiii

Saturday, September 28, 2013

Menu Diet -Lunch (2)

ok..aku nak share lagi menu kunch untuk diet.
mcm biasa aku tak akan abaikan nasi bila lunch..
kenapa? 
kerana breakfast  aku cuma minum susu rendah lemak je
so, lunch time memang lapar giler.

Bila ambik nasi time lunch, aku akan kenyang sampai ke malam
yes..kenyang ok.
Dinner tu aku makan oat 1-2 sudu aje
minum susu pas tu tido..

ok..macam yg aku cakap setiap orang ada cara dietnya
seperti  kenyataan di atas ni.
Ini cara dia menurunkan berat badan.

Baca betul betul.. dia cakap satu minggu dia ada cheating day.
makan what ever yg dia suka tanpa memikirkan tetntang diet.
ibarat mcm kita kerja le, kalau asyik kerja je.. sekali sekala nak juga pergi bercuti rehatkan minda.
ha.. gitulah kaedahnya.

Apa yang penting kita harus kenali diri kita, makan yg mcm mana yg badan kita boleh lost weight!

ok. lunch aku hari ni ialah
Nasi beras perang 1/2 senduk ( mkn tak habis pun)
Sup sayur pecah telur ayam kampung sebiji
Ikan kembung goreng..

ok.. ikan tu aku goreng kan.. Ya, aku ambil yg bergoreng sebab aku rasa badan aku mcm tak de tenaga
So, aku try untuk makan ikan goreng.
Tapi tak pe.. sebab next week aku plan nak puasa.

So.. pokok pangkalnya bergantung pada diri sendiri.
Actually, aku pernah amalkan ini suatu ketika dulu, yes it work!


psst... kalau yg amalkan aple cider tu, memang sesuai benor ikut cara aku ni.

Note: Aku juga wat senaman kardio pepagi sebelum datang kerja!

Lemak Den Bertingkat Tingkat

as korang tau, aku sekarang tengah berdiet. 
Diet mengikut caraku dan mengikut kesesuain badan
memandangkan BMI aku dah teruk sangat, so aku mengambil langkah untuk berdiet


tengok la berat aku ni. dah 69kg. 
Height tu mcm tak betul je.. all the while tinggi aku 160. which is 5 kaki 4 inci
betul... aku selalu gi ukur tinggi masa bawa anak aku check up kat klinik.
so..aku memang sure tinggi aku 160.

so, accurate BMI aku yang accurate is : 26.9
hohoho.. dah melepasi had BMI tu  which is 19-25


*** benornya aku cuma kena kurangkan berat sebanyak 5-6 kilo untuk berat ideal***
kalau BMI aku 19 badan aku akan jadi tersangat kurus.
so.. aku tak mau jadi tersangat kurus. kang hilang pulak motherly look aku ni. 

So, far aku berdiet ada la turun sket. tapi tak mo up-dated lagi
nak tunggu sebelum hari Raya Aidiladha aku tunjuk berapa kilo aku berjaya turunkan k


lain org ada lain cara pemikiran
lain orang juga ada cara dietnya

 

Note: diet aku diet yg tak baikan pengambilan nasi, tapi ambil dalam kuantiti yg sedikit
Sekali sehari je..

Friday, September 27, 2013

Menu Diet - Lunch (1)

Memandangkan  aku dah rasa berat badan aku dah naik
even org dok cakap tak nampak sangat la aku gemuk sebab aku tinggi la itu la..
Aku still nak diet. Sebab....sebab...
Masa aku nak pakai satu skirt tu, tetiba tak  muat. waaaaaaaaaaaaaaa

So, hari ni nak share menu diet aku.
Diet aku diet yg boleh makan nasi. hahahaha..

 Sayur campur, sup ikan dan nasi steam rice.

Aku pun ingat ingat lupa menu yg perlu di ambil masa diet
Aku pernah dengar ceramah ttg penyediaan menu diet ni
apa yg aku ingat aku buat lah.. hahahaha..
Sup ikan, korang boleh tukar tukar ikan tu, nak buat ngan kepala ikan pun tak pe
Cara masaknya senang je, jgn tumis
tapi korang masukkan satu sudu olive oil utk menggantikan minyak masak
diet diet jugak.. jgn sampai badan langsung tak de minyak.

sayur campur ni pun, korang jgn tumis
masuk air sedikit, then masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah, kemudian masukkan sayur
pas tu letak olive oil. masak kejap je
pas tu angkat. jgn bagi layu ok.

Steam rice.. steam rice ni aku beli kat food court belakang office aku.
baiknya steam rice ni, sebab sebelum nak masak kita akan rendam dulu beras biar kembang
bila di rendam, kanji tu akan membebaskan gula dan kanji dalam beras tadi
So, nasi kita tak de la berat sangat kan..
kalau kat rumah boleh la tukar dengan brown rice

upsss... makan setengah je tau, aku segan lak nak bli nasi ni half.
dah le nak beli nasi saja je, beli half pulak tu kan..
so, aku beli satu mangkuk, aku makan susku je..


Cara makan di kala diet.
Pilih makan sayur dan sup di awal suapan
suap lebih banyak sayur dan sup berbanding nasi
try le.. korang akan cepat kenyang.


Aku nak diet yg tak memberi banyak tekanan pada fizikal dan mental
tak nak seksa perasaan, yang pasti berat badan turun!!



Note: Lepas raya aku up-dated weight aku K.


pssst... kalau sempat aku buat entry utk menu breakfast dan dinner K.





Terlupa Nak beli Al-Quran

Sebelum ni Naiim dah bagitau kat aku yg lagi 7 hari dia dah nak boleh baca Al-quran
So, aku kena la beli al-quran untuk dia.
Tapi..asyik bertagak je, last aku terlupa terus nak belikan untuknya.
Aku bagi je al-quran aku untuk dia bawa ke kelas fardu Ain.
Tapi bersyarat la..
Al-quran ni je ada kat rumah aku. Ni pun pemberian hubby masa kami kawin dulu
Aku dok baca quran ni je..sebab aku nak pahala tu tersalur juga kepada suamiku
selalunya lepas magrib je la ada masa nak baca ni 
See dah nak habispun aku baca. ntah bapa kali ulang pun aku dah tak ingat
Aku ckp kat Naiim kalau bawa Quran ibu ke kelas Fardu Ain, jgn ubah penanda tali hitam tu
nanti ibu lupa pulak kat mana nak sambung baca.
Dia pun ok jer. boleh caya ke tu?
Mcm tak leh caya je kat budak ni, so, aku snap le mukasurat ni
nanti kalau dia terubah tali tu, idak le aku tercari cari kan..

Then langkah seterusnya aku kenalah beli satu untuk dia
tak de la dok berebut satu quran ni je kan.
Aku beli kat kedai Pak Arab kat Tesco Jelutung tu. 
Dia cakap RM49.00 satu, aku idak le mintak kurang, 
sebab aku dengar sape kata ntah kalau kita beli quran mintak kurang, nanti budak yg nak belajar
quran tu akan lambat boleh baca.
Pak Arab tu yg kurangkan untukku dia bagi RM45.00 je. alhamdulillah..

Aku suh dia balut, sebab masa aku beli tu aku tak berwuduk
nak bawa ke hulu ke hilir tak baik la pulak kan

 happy le Naiim, dapat Al -Quran besar seperti yang diminta.
Dia nak Al-Quran besar sebab nak tulisan tu besar besar..
senang nak baca katanya.

setakat besar ni je la yg ada dijual pun
kalau nak lagi besar, lagi besar la saiz Quran tu
kang tak tergalas nak bawa ke kelas pulak. ngeee..


"Aku cakap, Ibu baca al quran yg  papa bagi, ibu dapat pahala Papa pun dapat juga
Kali ni ibu beli kan Naiim Al-quran, Naiim Baca ibu pun dapat jugak Pahala
kalau Naiim nak jugak pahala, Naiim kumpul la duit beli al-quran, pas tu sedekahkan kan Masjid ke kat anak anak yatim yg tak mampu beli al-quran tu."


** Bagi aku cepat jugak Naiim dapat membaca Al-quran, anak korang umur berapa
dapat baca al-quran?***


Note: Kagum pada ibu bapa yg anak dorang umur 5-6 tahun dah pandai mengaji quran.

         

     

Wednesday, September 25, 2013

Dutch Lady 123 RM 14.99

Rasanya dalam bulan May kot, Tesco buat offer untuk susu Duth Lady 123 dan 456
sebungkus RM 17.90 limited untuk 5 paket per Familly.
then..beli 2 paket dapat pulak Voucher RM5.00
apa lagi aku borong 12 bungkus la.. 

Caranya senang je, aku beli 4 bungkus di hari pertama
pas tu esoknya aku ajak hubby pulak join sekali gi tesco beli lagi 8 bungkus
separate pay. dia bayar utk 4 bungkus aku bayar tuk 4 bungkus.
Masa aku beli 4 bungkus tu dah dapat 2 Voucher RM5
Aku dah redeem masa beli lagi 8 bungkus tu.

 
Bila nak claim utk RM5 voucher tu, tetiba voucher pulak dah habis
kena tunggu dorang call.
Aku tunggu  punya tunggu punya tunggu tak de pun dorang call
So, awal bulan that day aku pergi tanya
terus dorang kasi 4 voucer for RM5.00, kalau tak tanya korang diam je ke?
Dah dapat voucher tu dok la tunggu bila la deme ni nak wat offer
tengok tag rega asyik RM24.99 je, Nyamfah I tau
asyik offer yang umur 456 je..


Tapi... hari ni, aku langkah kanan,
dorang dah offer from RM24.99 to RM 19.99 ( ok la kan)
Then aku rembat la 4 bungkus
untung aku.. kiranya sebungkus  RM 14.99 je la



Note:Anak aku minum susu murah je..
 

 

Alahai Naiim..

Kali ni aku nak citer tentang ke advance nan Naiim berfikir
Kengkonon dia dah tersangat pandai..lebih pandai dari aku..
Tak pe.. itu caranya, well let he use his brain while explore..

Korang tau ke apa benda ni? 
Ini adalah makanan yang Naiim suka nau suh aku buat
kekadang memalam buta pun dia suruh aku buatkan

Aku suka jugak menda ni, selalunya kalau aku makan mee telur tu aku suka
la makan ngan benda ni. kruk krap kruk krap di selangseli dengan hirup sup.
See..meriahkan mee telur aku. 
Naiim suka sangat kalau aku buat Mee telur
bukan sebab dia nak makan mee tu, tapi dia nak makan benda yg di goreng itew la..
hehehe... menda tu ialah crab filamen yang di potong nipis dan di goreng garing.

al kisahnya gini,
Satu malam, Naiim dah tak sabar nak Makan Filamen Crab Goreng, Tapi menda ni
still membeku dalam fridge.
So , aku suh la rendam.. tapi still lambat jugak nak melt

mundar mandir mundar mandir dia dok check filamen crab ni
Last dia pun dapat satu akal
di ambilnya air panas terus dia rendam menda ni
Sib baik dia bagi tau aku..

Adoi... memang la ir panas tu dapat cairkan benda yg sejuk. tapi ini bukan caranya
nak cairkan ais kat dalam filamen tu.
sib baik filamen, kalau dia rendam ikan... habis lingkup!


Note: Ni la jadinya kalau dah tak menyempat nyempat nak makan.

Tuesday, September 24, 2013

PESTA RIA SKPDL 2013 (Episod Dua)Naim in Action!

Ok ni nak citer tentang budak Naiim yang kejap ada kejap ilang ntah ke mana
dah le hilangkan kupon RM10 earlier tu
So, aku suh dia beli lagi RM20.
Apa lagi main tak hengat donia la kan.

Aku sampai jam 9.30 pagi. usha sana sini tak jumpa Naiim ni.
sekali tengok baik punya dok beratur, tunggu turn nak naik motor kecik
mata tu duk usha motor je..

tengah best dok tengok, tetiba ada sorang budak menonong je  hampir meluru ke arah lori tu
semua menjerit, sekali ngan aku.
berderau darah wei... sib baik le abang jaga tu sempat pegang handle  motor tu.
sib baik tak de benda buruk terjadi.. 

the suppose letak benteng  pasir kat tepi..
ye la..setiap organised sure ada kekurangannya.
sebab tak de apap yg tak baik berlaku, di maafkan. boleh gitu
eksyen ke main Naiim, aku panggil pun wat tengok tak tengok je
tak pe.. nanti nak tayang kupon extra.. baru dia tau
sekarang dia banyak kupon lagi..eksyen la kan..

jeng jeng.. dah dapat merempit.
Cuak jugak aku ni, dapat ke naiim imbang badan dia.
Alhamdulillah... ada talent utk ambik licence bila dah umur 16 nanti.

Aleesya dah rembat ballon dari si Badut, RM 2 satu
Masa ni mata tak lekang dok tengok si abang merempit.
Siap mintak nak naik motor lagi tau..
oh..nehi nehi..tak boleh la sayang.
ok..dah selesai..
Benornya Naiim nak repeat main, tapi dia tak tau aku still ada kupon.
hehehe...

sudah le main sekali main yg lain pulak K.


Note: Baby sitter tak ikut sebab tak bapa sihat

PESTA RIA SKPDL 2013 (Episod Satu)

Ya ya le si Naiim tu bagitau yg sekolah dia ada "Canteen Day"
sekali aku gi tengok..

Alahai.. Deme wat Pesta Ria.
Patutla meriah bagai.
Siap ada, kuda, motor kecik, rumah hantu, jualan makanan.
See.. masa aku sampai  cik abang ni tengah repair motor kecik ni
motor kecik ni panggil apa ek?
ni warm up dulu
nanti aku upload picture Naiim tengah merempit k.
Nun jauh di padang sinun ada keta kuda dan kuda
dok penuh dah orang duk nek
kalau takut naik keta kuda
kalau berani naik kuda. hahaha..
sori gambar blurrrr... Aleesya dok lari nak pi kat kuda..

Benda ni panggil apa ntah
Aleesya duk pulun nak pi main.
Aku tak bagi sebab takut kena pijak leh bebudak tu..

Sian kelas darjah satu ni
satu kelas deme wat umah hantu.
Dalam tu ye ada hantu.. 
Mak cik kat luar tu bukan hantu ok.


Badut pun ada jugak.
tapi aku tak sempat nak snap si badut tu
sebab dok kalut ngan Aleesya yang  nak belon.
Mama razi tak puas berphotog.. sebab paparazi tak ikut
non hado orang jaga bedak kecik tu.

 Tu dia..periuk belanga penuh dah kat padang tu
time ni la cikgu cikgi nak tunjuk skill jualan kan..
dorang guna tempat parking basikal/ motorsikal tuk dijadikan gerai

Pandangan hadapan. 
ada jual esblended, jual nasi tomato, Nasi kerabu, buah buahan, eskrem malaysia
rojak, laksa, koay teow sup.
wah.. dah jadi syorga makanan..
Yang pastinya, nak beli kena beli kupn dulu
Marshmallow celup coklat la, biskut celup coklat. pendek kata apa saja leh celup
jgn korang celup diri sendiri dalam coklat tu udah le..
 Budak cudak mana yang tak melelh air liur kalau tengok
coklat tu dok menari nari dalam choc melt machine ni kan. kan..
terbaik lah cikgu...
yang ni versi double boil choc pula.
Aisey..nape clash pulak menu jualan ni.
dah le tu gerai sebelah menyebelah la pulak.
tak pe rezeki masing masing k.
yang ni pula jenis celup buah buhan. yang sebelah tu jenis biskut bagai kan.
Tak pe lah..
Yang pasti, aku tak beli pun 
risau..kang comot lak Aleesya.
Laku betul eskrem segera kakak ni
berasak asak budak budak beli
satu 50 sen jerk.
Tapi..cepat nau cair..hehehe


Note: Banyak betul gambar yg aku nak kongsi. so, tunggu episod seterusnya yer..

Monday, September 23, 2013

Random photos (2)

aku nak delete a few photo yg ada, so buta lah koleksi random photo
silalah cuci mata

Pergi lunch dengan Zura, berkenan sangat dengan carpet yang design kotak kotak tu
RM 140 satu. Aku nak yang saiz besar sebab nak letak kat hall
yang kecik ni je ada utk design kotak kotak. 
So, balik umah citer ngan hubby...
tunggu PESTA PUALAU PINANG  mana tau ada dan harga murah.

tengah dok wassap dengan El, Naiim pulak mintak nak makan
sotong goreng tepung..
Ntah le anak teruna I tu, tengah menternak lemak agaknya
asyik laparrrrrrrrrrrrr jerk.
Aleesya asyik nyakat abang jerk
Semua benda dia ambik letak atas toto abang... Saja dok nyakat abang
sampai makan dadih pun nak makan atas toto..

 pergi Hinode Shop. ada offer menda alah ni. biasa RM 39.00
Kali ni dia offer aku, RM 10 je satu. terus rembat.
Pas tu pergi kedai sebelah sebab nak beli bati krystal tuk Naiim
Tengok bunga ni.. semua sama. Tapi harga RM 49.00 ko..
Untuk berganda ganda ku rasa...


 Pergi tesco nak beli ink printer, then terasa nak beli spare memory card
sekali tengok utk 4GB ni RM 9.90 satu. 
terus rembat 2. berbaloi ko...
tak yah tunggu PC Fair.

 Bos beli Durian ni. AKu makan habis satu tupperware
sedap wo... sampai jilat jilat jari
tak tau apa nama durian ni, yg penting ianya sedap.

Bos beli 2 tupperware. satu untuk aku satu untuk anak  anak
Yang pasti aku telah berjaya menternak lemak


mm.. badan dah rasa berat, for sure dah gemuk. So.. kena buat sesuatu
Azam nak kurus. harap harap tercapai


Note: Lemak dah tepu dalam badan. tulunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn