Tuesday, May 24, 2011

Tetiba Terjumpa

Hari ni, aku clear semua inbox kat e-mail yang dah menjangkau riban riban tu

tetiba aku terjumpa gambar ni

Gambar Amirul di usia 3 tahun.

Rasa macam sekejap je kan, dah besau anakku ini


Aku pun tak teringat, time bila le photo ni di ambil

mungkin semasa my BIl bawak anakku jenjalan kot

snap guna Ho je...


hahaha... aku nak simpan kenangan ni kat blog

bukan setakat gambar amirul ni jer

Botol susu kat sebelah dia tu

bior, bila besar nanti dia nengok sendiri

botol susu yang dia gonggong sehingga ke harini




Tapi, sejak dah 6 tahun ni, dia cuma minta botol time nak tido jer

dia cakap, kalau tak minum nenen mata ni mcm takmau lena..

hahaha.. bila ko nak berenti minum botol pun ntah le..


Pernah jugak, tak kasi dia botol bila dia nak tido,

dia pusing sana pusing sini tak lena jugak

lama jugaklah, last dah tak tahan

dia mintak juga lah aku buatkan nenen...


Wednesday, May 18, 2011

Trainer yang penyabar...

Baru jer bulan lepas, Company aku dapat cari org untuk gantikan aku sempena aku nak bercuti bersalin selama 2 bulan. So, org baru tu mestilah belajar serba sedikit ttg kerja aku ni.
Sian aku ngan budak baru tu, sebab dia memang zero ttg hal hal nak reply letter, nak buat surat rayuan bagainya.

Bila sentuh ttg spare parts kenderaan lagi la dia blurrrr...
Dia datang kerja Half Day jer. so, masa aku nak train dia is limited la. Tapi harap harap dia dapat buat ler bila aku bercuti nanti.

Kalau korang bengang tak, bila hari ni ngajor, besok dia lupa, then korang kena explain semula.
Mcm ni ler situasi aku hari hari. Tapi, aku ni bukannya jenis yang panas baran, sebab aku percaya yang tak semua org boleh buat kerja aku ni. Tambah tambah nak draft letter. memerlukan penelitian. Bukannya standard letter tau. Sebab setiap kes mempunyai spesikasi yang berbeza..


Sebab aku tak pernah pun tinggikan suara kat dia & tegur dengan penuh kelembutan , chewahhhh.. dia cakap aku ni memang penyabar, sebab sanggup mengajar dia benda yg sama berulang ulang kali. Hehehehe...

Nampak gayanya, bila aku terbaring berpantang nanti, telephone mesti tak lekang di telinga la jawabnya. Nasib baiklah kerja kerja online aku leh pantau ngan lappy kat umah. sabor jer la kan. Kalau aku tak pantau, nanti bila aku kembali kerja, lintang pukang jadiknya...

Saturday, May 14, 2011

10 weeks to go...

Kalau ikut the due date, aku ada 10weeks more have to go.

Tapi, kalau dibandingkan dengan symptom yang aku alami sekarang

macam tak leh sampai the due date.

Apa apa pun, aku tak kisah

asalkan anak dalam kandungan ku ini selamat



Keterujaanku untuk melahirkan semakin membuak buak

mana tak nya, dah 6 tahun aku menunggu.



(bukan perutku tau, ini ihsan google )


hohoho... korang jgn salah sangka, gambor kat atas tu bukannya perutku.

mana boleh tayang perutku kat alam maya ni. Aurat!!! bertul tak?



kalau ikut pengalaman dodulu, Amirul lahir pun dalam 35weeks pregnant jer

Adakah adiknya akan mengikut jejak langkah abangnya?

Mak aku pun dah pergi jumpa bidan, buat minyak selusuh apa ntah

untuk aku minum & sapu kat perut buncit ku ini.


Then, dia dah janji nak postkan aku "Genggam Fatimah"

Yer la kan, akukan tak leh travel balik,

so, pejabat poslah yang menjadi penghubung...


Korang kenal ke apa tu "Genggam Fatimah"?

Nanti aku tunjukkan ok...



Blog Tak leh View

Kelmarin, masa bersantai kat FB, ada ler aku nengok si nana cakap yang blog tak leh nak view

risau gak, the aku pun try ler, bukak blog

ternyata memang tak leh view!!!!!


Risau lak aku rasa,

yer la kan, sebab sejak dua menjak ni aku jarang hup date.

Mana tau admin marah & block terus blog kesayanganku ini.


Alhamdulillah today dah ok.

Kepada admin, congrate sebab berjaya wat aku suspen!!!

hehehe...


Hari ni nak hup date lah....

Monday, May 9, 2011

Kenapa Awal sangat?

Sakit betul perut ku, sampai nak duduk pun tak boleh nak jalan lagi la tak boleh.

Inilah akibatnya bila terlebih rajin mengemas rumah, siap buang sawang,mop lantai bagainya.

Malam tu dah terasa sakit, tapi wat derk ja. Bila bangun pagi tetiba tak leh nak jalan

rasa mcm anak nak keluar jer..


Apa lagi, mcm mcm kemungkinan bermain di benak ni, then ajak ler hubby gi scan. nak negok uri kat mana, babay mcm mana, naper la sakit bebenor ku rasa.



Bila scan tu, mak ai, kepala anakku dah siap nak parking dah. patutla aku rasa mcm tersembuljer. cuma dia tak parking kat tulang pelvik jer lagi. Tapi, "kenapa Awal Sangat"? dia parking..


Kedudukan baby ok, uri ok, kutuban pun ok. Then aku tanya la kenapa aku rasa sakit?

Doktor cakap ni ler eraly contraction. terkejut aku dengar. mintak mintak ler tak terberanak awal, sebab babyku baru je berat 1kg. kocik bebenor.


Kalau org lain, 7 bln tu dah 1.8kg cenggitu. Kalau aku kena attck lagi contraction tu, aku di nasihatkan admit kat spital, untuk tahan daripada terjadinya beranak awal. Doakan aku selamat yer....



Amirul dulu pun 35week jer aku ngandungkan dia. Yang ni entah ler leh get rich 40 week ke idak...

Friday, May 6, 2011

Last Week, Labour Day

Seminggu sebelum labour day, ku ada pulang ke kampung sebab nak nengok ayah yang tak berapa sihat.


Entah mcm mana pun tak tau lah, mak cakap ayah terpijak puting susu anak sedaraku, kemudian dia tersadung lalu jatuh kat hall. Masa jatuh tu, tiba tiba pinggang ayah ada bunyi sikit dan ayah terus tak leh nak bangun.


Bimbang ler aku ni taut takut "cip" tulang belakang tu tergelincir. Bergegas aku pulang ke kampung, walaupun keadaan kesihatan tak berapa baik. Sekarang ayah dah beransur pulih. dah boleh berjalan, walaupun terenjot enjot.


Seperti yg dijanjikan aku nak balik kampung lagi setelah cuti Hari Buruh/Pekerja. Memandangkan aku memang nak balik, makanya mak tak ler cerita apa apa.

Tiba hari yang di janjikan tetiba husband pulak idak dapat cuti, maka terpaksala aku call mak untuk cancell kepulangan kami.


Bila aku cakap tak jadi nak balik, baru lah mak citer yang dia jatuh motor kat kebun getah sampai bahunya terkeluar. Mak ni, biasalah, tak mau dengan Hospital, makanya dia berubat secara kampung jer.


Setiap hari aku call bertanyakan khabar dan berpesan supaya mak jgn dok angkat benda benda berat terutama getah sekerap...


Hasrat hati nak balik le minggu ni, tapi tetiba pulak kandunganku ada masalah. So, husband jerlah yang pulang jenguk mak bersama Amirul tanpa kehadiran aku. huhuhuhu...

Alang alang husband dah balik jenguk mak aku, sekali le dia ambil barut. Untuk ubat ubatan bersalin nanti jerlah mak aku yang bawakan bila aku dah besalin.


Selalunya, mak aku yang sediakan ubat ubatan bila aku bersalin, seperti, bengkung berubat, boros, param, akar kayu, daun meringan untuk mandi. dan banyak lagi ler....

untungkan aku, tak payah beli sebab mak aku memang pakar....hehehe