Monday, November 4, 2013

Bihun Sup Pagi.. Nak Jugak jugak

Hari sabtu tu, hubby dah janji nak bawa kami breakfast makan Bihun Sup Pagi
Yang famous dan sedap kat Gelugur. 
So, pagi ahad tu, my hubby lak tido semula lepas subuh.
Kul 8.00 baru bangun, makanya dah terlewat la nak pergi breakfast kat Gelugur tu.

Aku dah siap mandi pakai baju semua
Then my hubby cakap dah lewat, Bihun Sup Minah tu dah habis
majuk majuk aku ni sebab papa dah janji pas tu papa tak tunaikan.
tak mo kawan ngan papa..

Punya la ramai manusia breakfast kat sini

Tak kira nak jugak..tak kiralah kat mana pun
janji Buhun sup pagi.. Tak aci ar..papa dah janji semalam
Wah..buruk nau pangai mak budak ni kan..
Mengalah la si papa ngan pangai buruk  ibu ni kan..


Lastly papa bawak kami pergi ke Gerai makan kat Taman Tun Sardon
Kat area market. Bertentangan dengan Taman Tun Sardon Gelugur

Ha.... aku nak bihun sup pagi yang mcm ni l;a kat kedai Minah tu. 
Kalau compare ngan yang ni, Bihun Sup Kedai Minah lagi Best.

Yang ni tak kick. My hubby ckp, ada ka patut letak ati ayam dalam bihun sup
potong stim tul la kan..
Ate hati dah duk kat kedai Minah, bila mkan otak asyik dok compare je la kan..
Bukannya nak bersyukur dengan rezeki yang terhidang tu
Ok..ok.. muhasabah diri kejap yer.

Makan Syer ngan budak kecik ni.
Dah la dia hantu mee/bihun bagai
Setengah Mangkuk dia punya...Aku makan sikit je la..

Sambil Aleesya  melayan bihun supnya, aku gi order lak roti Bakar kaya
Wow..murah lak ku rasa, sekeping seringgit ja tau
Aku ambik 2 keping.. nyum nyum...
sori no photo for roti bakar kaya. hahahaha..


Then si Naiim asalnya nak makan Tosai
Tanya la salah seorang pekedai kat situ, kalau nak makan tosai gerai mana
sekali dia tunjuk kedai India kat Naiim
terus Naiim tak jadi nak makan..
apa la.... suggest kedai India la pulak . adeiiiii

Last naiim makan nasi lemak berlauk campur.
Sedap jugak...



upsss.. malam tu my hubby ada wat sup tulang
Dia makan sup tulang tu ngan nasi
Aku pulak lepas geram pagi tadi tak kesampaian nak makan Biun Sup Minah kan..
Aku celoq bihun tambah fish ball bagai
aku makan lagi sekali bihun sup.


Note: Bihun sup pagi dikenali juga sebagai Bihun T'ng.

Puasa 30 Zulhijjah dan I Muharam.

Semalam aku ada ckap ngan hubby nak puasa.
Tapi aku nak puasa qada puasa Ramadhan tu
Dah hari ni pulak hari isnin aku niat sekali dengan niat puasa sunat Hari Isnin.

Tadi dok google ttg puasa bulan Muharam. Aku pun ingat ingat lupa. 
sebab dalam kepala hotak ni dok ingat nak puasa pada 10 muharram tu je
bila google tetiba terbaca satu artikel ttg puasa sunat 1 muharram ni.

adalah lebih baik jika berpuasa sunat 30 Zuhiljjah dan diikuti puasa 1 Muharram
Fadhilatnya, Allah akan mengampunkan dosa kita 50 tahun yg lalu.
sayangnya..sebab aku tak niat puasa 30 zulhijjah tu semalam.

Pas tu aku teringat la masa aku dok belajar dodulu
kalau puasa sunat tu, boleh je kita niat di siang hari dengan syarat kita belum makan apa apa 
pagi tu.
Waktu yang boleh niat adalah sebelum tergelincir matahari
iaitu sebelum masuk waktu Zohor.

oooo.... So, aku niat je sekali tadi utk puasa sunat 30 Zulhijjah
Moga moga aku diberi kekuatan untuk berpuasa esok hari pulak ( 1 Muharram)

*** eh mesti ramai yg tanya, dah niat puasa qada', boleh ka campur ngan niat puasa sunat tu?**
Benarnya ada perdebatan tentang perkara ini.
Ini bukan pendapat aku sahaja, tapi juga pendapat sesetengah ustaz dan org org alaim



**kalau nak diikutkan, puasa qada adalah wajib, kekadang kita tak terkira bila kita 
harus mengada'kan puasa kita. ada yang terlupa pun kan.., Jadi 
boleh saja kita niat puasa qada' dan niat puasa sunat dengan mengutamakan 
puasa yang wajib tersebut. Allah maha mengetahui dan ganjaran
yang bakal kita terima, hanya Allah yang tahu.
Yang pasti kita harus yakin dan lakukan dengan penuh taat***





Note: Jgn lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ye..
kalau rajin susuli la dengan solat sunat yang lain..


Info lanjut di SINI