Friday, March 29, 2013

Sila Jangan Tiru Seperti Saya

Minggu lepas, memang Amirul ada cakap yang dia ada latihan Te Kwan do
pada hari jumaat. Latihan kul 8-10 pagi.
Tapi kan.. Ibu dia ni dah lupa.
Sedap sedap je bangun pagi tadi, basuh pinggan, jemur kain sapu sampah bagai
lepas subuh tu..

Tetiba kul 8.15 am. Amirul bangun dan tanya time.
selamba badak aku jawab. Pukul 8.00 la. awat?
Nak tengok tengok kartun apa pulak. 
asal bukak mata je, kartun.. kartun kartun..

Mirul ada Latihan hari ni!!!!! Pukul 8.00.
Hah.. alamak, cepat mandi ...kelam kabut tau
Pukul 8.35 baru sampai sekolah, orang lain dah warm up bagai. theee.. theee..

Lepas hantar Amirul, tu aku sent SMS ni kat my bos
Nak inform yang aku hari ni lewat sebab nakkena fetch Amirul balik latihan kul 10.
Memang aku tak perasan langsung, hingga la kul 3.30 tadi
Bahawasanya SMS ni telah accidently terhantar kat  gieyana.
Gieyana.Com ®
Ni ha.. si gieyana punya blog. korang kenal kan. My classmate
   kahhhhhhhhhhhhhhh......adei...
patut la bos aku dok ckp aku pergi Good Friday!
sebab pukul 11.00 baru aku tercongok masuk kerja
rupernya SMS aku tak sampai kat dia. 

Awal cakap habis kul 10.00 pagi.
Tapi aku dok tunggu punya tunggu...
pukul 10:30 baru habis latihan..

sebelum nak pergi ambil Amirul tu, aku masukkan kunci basikalnya kat poket seluar aku ni
Sebab, pukul 3.00 selalunya Amirul akan ke Library Desa di tepi laut sana tu
sebab nak penuhkan buku Nilamnya tu
lagi pun ada cikgu sekolah dia yang pantau.


Sambil dok jalan sambil dok rasa something ada kat poket
sekali tengok. kikikikiki... kunci basikal Amirul aku bawa terus ke datang kerja
adei...nampak sangat la aku ni pelupa kan..kan..
hmm... baby sitter ada kunci spare kot.
harap harap la kan..
kalau idak.. jalan kaki le kamu ke Library wahai anakku sayang..
 


Note: Jgn la korang ikut perangai aku ni yer..
sat gi cheq pi jenjalan rumah hang pa semua noh...