Thursday, May 23, 2013

Menikmati Sunset Sepenuhnya.

   
Huh..bukan senang nak dapat nikmati sunset 
kebetulan, time kami sampai kat atas ferry untuk balik rumah
dah dekat Magrib..
sambil Ferry bergerak..sambil main tembak tembak

Ni baru kat area Ferry nak berlepas dari Chain Ferry Ke Welq Quey

ok . ferry dah bergerak. hampir 1/2 perjalanan.
dapat lah menikmati rentangan Jambatan Pulau Pinang


Dari kejauhan , dapat lihat ada lagi satu ferry yang bakal berselisih

 

dari kejauhan kami meninggalkan Chain Ferry
nampak sayup sayup je..

Dan.. Ferry yang  dari arah welq quey ke Chain Ferry pun berselisih dengan Ferry 
yang aku naik.
Tak de la teruja mana pun, sebab dah lali naik ferry ni.


Dah gelap. Baru sampai ke Pulau.


Sebenarnya semua orang yang naik ferry tu akan nampak apa yang aku nampak
cuma nak kongsi view sunset kat sini aje.


Note: from all the photo I like the first Picture View. ngeee

Allah Makbulkan Doaku dan Memudahkan Urusanku

Malam kelmarin adalah hari yang paling touching bagi aku
Ingat tak entry aku tentang tips Ceraikan Susu Ibu 
dalam entry tu aku ada titipkan
tentang aku berserah pada Allah untuk Aleesya ceraikan dari breasfeeding dengan sendirinya.

Lagi 2 bulan Aleesya akan menginjak usia 2 tahun
setelah mcm mcm kerisauan, aku mengambil langkah untuk tidak
melakukan apa apa pun melainkan berdoa agar Allah permudahkan segala urusanku
untuk menceraikan susu ibu dari Aleesya.

I'm doing my home work ok. ( ha..sampai terkangkang menulis)

So, malam kelmarin, Aleesya mcm tak puas je BF
BF kejap berhenti, pas datang lagi, smapai aku pun naik letih dok layan karenahnya
sampai dah pukul 11.00 malam still duk mintak nak BF.
Last, my hubby cakap " pergi ja bancuh susu botol tu"
mana tau dia nak pulak kali ni.

Aku pun pergilah bancuh. Selalunya Aleesya akan tepis je botol susu
atau dia akan golekkan botol tu masuk ke bawah sofa
dan yang paling dia suka buat.. tunggang botol tu biar susu menitik sampai habis sebotol
yang pasti dia tak kan minum ok.

Tapi kan kali ni
hmm... selamba je dia ambik bantal busuk dia
ambil susu botol dan lepak kat toto abang
dia minum sepuasnya sampai habis sebotol.

tetiba aku ngan hubby jadi terkedu. Memang tak sangka dia akan minum
Ya allah.. Aku sangat sangat bersyukur kerana mempermudahkan segala urusanku
sesungguhnya  engkaulah yang lebih mengetahui.


Dan semalam aku try lagi, Dia mcm nak tak nak jugak
last, aku suruh je Amirul ambik botol susu tu
hah.. mau hangin dia.. cepat cepat la grab dari tangan abang
tau takut...


Note: Syukur...syukur...syukur..