Friday, July 12, 2013

Nak Masak ke Tak?

Pagi tadi dah suh hubby belikan ikan temenung /kembung masa dia balik dari hantar Amirul ke Sekolah
Niat kat hati nak wat ikan bakar.
Nak bakar dalam Grill Pan je la..
sebab Amirul suka makan ikan temenung bakar cicah ngan Air Asam.


Dah my hubby p[un tak berbuka kat rumah.
So aku prepare untuk Amirul je la kan.. kan..

Then tadi my bos pergi Market Petang kat Jalan Tujuh tu
Dia cakap nak beli kepala ikan untuk aku
boleh wat kari kepala ikan kan..

 Pas tu bila balik aku tengok tak de pun rupa kepala ikan yang dia belikan
bungkus memanjang je..
kalau dapat terubuk, sempoi gak kan.. ngeee...

bukak tengok, ha.. sekor siakap siap dah di buang perut.
kalau stim sedap ni..
Bos cakap kepala ikan tak cantik. So deia beli siakap je lah untuk aku.

Tapi kan.. nak masak ke idak petang ni.

dah le aku ngan Amirul je berbuka
pas tu, ada pasar malam pulak kat area umah aku
kalau masak, membazir pulak, sape nak habiskan 


Amirul sure nak pergi pasar malam
sure nak beli makanan kat Pasar malam


Note: Balik nantilah decide....
 

Bolehkah Sedekahkan Pahala Sembahyang

Sambil dok buat kerja ni aku selalu la dok dengar radio Mutiara FM
kalau hari jumaat mesti ada soal jawab agama

Hari ini, ada satu soalan yang aku rasa terpanggil untuk di kongsi di sini
dan sebagai panduan aku dan anak anak jugak.

Soalan
Bolehkah saya sedekahkan pahala sembahyang fardu saya kepada ibu bapa saya
seperti mana saya berniat untuk sedekahkan pahala membaca al-quran dan berzikir kepada kedua ibubapa saya?

Jawapan.
Ustaz berkata Tidak Boleh? Sembahyang tidak sama seperti berzikir dan membaca Al-quran
ini kerana, di akhirat nanti Sembahyang kita akan di nilai semula.
katakanlah sewaktu kita sembahyang, tetiba fikiran kita melayang ke tempat lain
maka, kosonglah ibadat kita di waktu itu
ibarat kata Sembahyang kita sendiri pun masih ada lompang lompang yang perlu di tutup.


kemudian, lompang lompang yang terdapat pada solat kita itu, boleh lah di tutup
dengan pahala sembahyang sunat yang kita amalkan
Jika sembahyang sunat pun tak buat, mcm mana nak tampung lompang tu kan...

Jadi.. sembahyang kita sendiri pun masih ada lompang lompang yang perlu di tampung
bagaimana pulak kita nak sedekahkan pahala kita tu kepada ibu bapa kita.
renung renungkanlah..

Ramai yang berkata, sembahyang sunat je pun, bukannya wajib.
tak buat pun tak pe..
dari penerangan ustaz tu, aku dapati mcm solat sunat ni sangat penting
sementelah aku ni, bila sembahyang susah benar nak khusuk.



Note: Selamat beramal.

Ramadhan ke 3- Kisahku

Seperti yang di janji, my bos dah pun renew My car Insurance.
So, aku kena la le ko post office nak renew may road tax pulak kan.

toing toing.. tetiba teringat, kalau dah sampai tarikh lahir
mesti la licence pun akan expired jugak.

Masa nak renew road tax keta boleh la renew lesen sekali
aku terus ambik licence dan bagi kat kaunter.
Dia cakap tak expired lagi, nak renew jugak ke?

eh..eh.. tahun depan ek expired. ngeeeee...
lupa pulak, tahun lepas aku renew  melebihi 2 bulan dari tarikh lahir, so dorang  buat more than one year la. ok.. kak kaunter, taun depan ai renew..

 Selamat dah pun renew. dapat road tax baru.
wah..ink pun terang benderang
tak tau lah nak faded ke idak lepas ni.
jangan la pisang berbuah berkali kali kan..

Kat geran pun dah print cecantik expired datenya
kalau nanti road tax faded ke hape ke
tak yah le aku terkocoh kocoh nak pergi up-dated kan..
terus gi buat baru je kat JPJ...
Pengalaman mematangkan.. tul tak?

against, my Bos memang concern dengan masalah yang aku hadapi sebelum ni.
dia pun pre-caution jugak le kan..

So, dia bagi aku satu  plastik yang nak lekatkan road tax kat cermin keta tu
then dia bagi lagi satu plastik tinted untuk aku letak kat atas road tax tu nanti
moga moga dapat elak dari road tax aku tu faded.

hmm.. lebih kurang ginilah nanti 
tak de la direct matahari sangat
kalau Abang polis nak tengok road tax aku, still la boleh nampak.
kalau tak nampak, guna je lah lampu suluh. hahahaha..


Note: Cermin gelap kena saman, road tax gelap kena saman tak?