Thursday, February 27, 2014

Miss Call 0367309016

Aku ni paling bengang kalau orang buat miss call..
suka suki pulak tu. 
dah le tu, siang malam pagi petang asyik nak miss call aku je kan..
bila aku jawab je terus letak..phuiiii...lahabau tul..

aku try call semula guna phone office..
tak dapat ko..diam seribu bahasa..
call semula guna Handphone ringging pulak tu..tapi kejap je terus putus.

aku geram la sebab mcm dok main main ja kan..
last aku dah malaih nak jawab call tu..
ate dah boleh hafal pun kan numbernya.. wat derk ja la..

ha.. ni lah numbernya..
kome pernah dapat miss call dari number ni tak?

actually aku tak nak highlight kan number ni tapi kan..
kalau kome nak tau..
meh sini aku nak tunjuk...

then aku pun wat google search  sebab nak tau la kan dari mana phone number ni datang
mana tu kekalau bank ke, yang cuba contact aku tak dapat ke..
boleh la aku cari alternatif lain untuk contact dorang kan..

klik gambar untuk pembesaran yer..

hok aloh...ku ingat aku sorang je yang kena main..
ramai jugak rakyat malaysia yang di permainkan oleh number ni. hampeh tul..

baru sedar diri..now is my turn. sob..sob..sob..

majority kata ni number dari maxis centre la. maxis survey la..
ok la kan..
kalau betul, nape nak wat miss call?
 
 
kalau betul la seperti yang kat dalam forum tu yang number ni dari maxis, rasanya
maxis need to do something..
tak kan dia nak biarkan number ni spoil reputasinya kan..
 
dan aku sebagai pengguna maxis rasa terpanggil untuk luahkan rasa hati ni
jgnlah sampai pengguna maxis mcm aku ni naik rimas dengan menda yang ntah hape hape ni kan...
memang sick!!!!
 
 
untuk directly to the forum klik SINI ye..
 
 


Note: Mood kerja today non hado!!!




*** Meeting you changed my life...
       and you know if it was for the better or worse.
Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/saibaba176928.html#ZLLYggmVQY4Fs0oS.99
Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/saibaba176928.html#ZLLYggmVQY4Fs0oS.99
Life is a song - sing it. Life is a game - play it. Life is a challenge - meet it. Life is a dream - realize it. Life is a sacrifice - offer it. Life is love - enjoy it.
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/s/saibaba176928.html#ZLLYggmVQY4Fs0oS.99

Feeling Redha : Belasah Jerk apa yang ada..

Aku mcm biasa le, kalau balik kerja, aku akan pastikan yang suami dan anak anak
akan makan sebelum jam 8.00 malam...
tapi kekadang tu terbabas jugak...

petang tu sampai umah awal sikit so, sempat la masak awal untuk dinner
hubby tak de, pergi pasar malam kot... ntah le aku pun malas nak sms bertanya
sampai masa dia blik lah kan..
kiranya masa dia balik tu, makanan dah siap sedia.
tunggu perform Magrib pas tu boleh makan sama sama..

My hubby ni, kalau dah aku stop memasak, dia tak suruh masak dah
keetulan dia nak makan pedal ayam..
so, dia le yang masak.. aku dah nak mandi bagai..malas dah nak layan dapur.

masa aku lalu nak pergi berwuduk tu aku tengok kaler semacam jerk
pebenda tu?

 huh... apa la yang my hubby buat ni
rendam pedal ayam dalam air kunyit ke?
biar lah... nanti kita tengok hasilnya ( berbisik dlm hati)

pas sembahyang tu, my hubby pun gi cuci pedal bagai
aku belek belek bagai..
nak ketawa pun ada la kan...
tapi... tak bAik tau, dah dia make an effort nak masak sendiri, kira okey le tu..

ini kes cari tepung gandum/beras tak jumpa le ni
last belasah tepung kastard aku utk wat cuci pedal...

hmm... ok la kan, at least dia tahu yang ayam tu orang cuci ngan tepung utk hilangkan bau dia..
redha je la kan...
apa yang ada belasah je la bang..asal ayam tu hilang baunya..

benornya  hint utk aku jugak tu, yang tepung gandum kat umah dah kehabisan stock
tak gheti gheti nak gi beli ker?

well.. not bad... sedap...
jgn tergigit cili padi tu udah le yer...
kag nangis tak berlagu pulak...


aku nak namakan masakan ni as :

Pedal ayam with Kastard Essence. ko hade? ahaksssssssss


Note: mungkin org tak guna tepung kastard untuk mencuci ayam/daging. sebab harganya kot...
rasanya..dah nama pun tepung..kira halalkan jelah...




*** that when you saw me, Only God knows what happend!
       when I understood you...


Wednesday, February 26, 2014

Killing you softly...with my touch...

hehehe...tajuk entry tu sama mcm satu lagu
'killing me softly with this song..? korang pernah dengar tak lagu tu..
tak inggat aku nyanyian sape..tapi evergreen la lagu tu...
nyanyian asal "Roberta Flack, kalau tak silap aku le..
tapi dah jadi banyak version sekarang ni...


ok..ok... berbalik pada tajuk asal tu kan..
dalam tak sedar aku sedang "Killing it softly"
ish.. dok killing sape la kan...
tengok picture tu, banyak tul kalender kan..
tadi datang office, bos aku punya kerja la ni, gi lekat kalender kuda kat table kalender aku
teasing me le tu..

 actually gini je pun viewnya, 
aku saja letak kat atas monitor ni..
motif utamaya adalah kerana aku tak suka orang intai intai time aku wat keje
kalau nak jumpa aku sila ketuk pintu or just call my name okey..

dannnnnnnn... kekadang tu bila aku baca blog yg funny sikit,
senyum senyum kambing sengsorang kan..
tak naklah wajah ayu tersenyum ni dilihat. ( sila muntah ijo yer)...

dalam minggu ni aku detect kekasih hatiku (computer) yang aku selalu ngadap dia telah jatuh sakit
sian dia, sebab aku selalu sangat gasak dia kan..
my touch are killing you softly...
so, memorynya dah semakin kecil...
sebelum ianya jadi nyanyuk, kena la hantar dia gi jumpa doktor kan..

Tadi dah call doktor peribadinya tu,
dia cakap nak datang beli baju baru..( external hard disk)
maklumlah wardrobe yang sedia ada tu dah penuh ngan baju memory.
ok doktor, sekali housekeeping dia sekali yer..

Aku la kan dok beli baju, simpan file  kat dia kan..


dah banyak file transfer masuk disk. tapi still tak dapat ubati kesakitan dia
so, kena la minta nasihat doktor kan..



Note: jemari pakej kayu balak, nak updated blog guna phone hensem tu, memang meremehkan..........





***  you're here, I'm here
      come closer so that I can tell you..
      how i went mad for you an instant
     and began to get know you
     whatever sense I had was lost...............

Kantoi : Erkkkkk...

Aku rasa aku ni mcm kebanyakkan ibu ibu kat luar sana la kan
minggu ni adalah minggu yang sibuk dan memenatkan.. but berbaloi hokey....

bila minggu si papa kerja malam, aku kena prepare juadah lunch untuk si Naiim
untuk papanya sekali le kan.
aku ada alasan tersendiri kenapa tak suruh aja Naiim beli lunch kat luar
time ni la kan nak kutip pahala, tampung segala lompang lompang yang ada
dah Allah bagi chance, so grabe it lah kan.. ( im lucky)

Actually sejak minggu lepas lagi, si Naiim ada projek utk subjek DSV dia ( aku rasa le)
so, cikgu suruh la dia bawakkan bundle of straw.



Normally, aku hantarkan si Naiim kat bawah, 
ikatkan beg kat basikal, on kan lampu lip lap lap bagai
salam peluk cium sebelum dia berangkat ke sekolah..
memandangkan hubby ada kat umah monday tu, aku pun leave it to him je lah..

terus aku dapatkan Aleesya kat bilik, tepuk tepuk kejap dia
pastikan dia tak bangun. ye la kejap lagi aku nak bertukang kat dapur kan..
tetiba terlena la kejap. biasalah...hehehe..


kemudian si Naiim patah balik, ketuk pintu mintak a bundle of straw
aku lupa nak letakkan kat dalam beg la pulak
so, dia ada la tengok aku baring sebelah si Aleesya..

Then semalam, aku nak suruh dia tido awal..
so, keluarlah ayat solehah kat mulut ni kan..

"Naiim tido le awal, ibu pun dah nak tido ni, Naiim tau kan...lepas je Naiim pergi sekolah
ibu terus masuk kedapur prepare makanan untuk lunch Naiim..
kalau ibu tak buat cam tu nanti anak ibu ni lapar bila balik sekolah"

** Ibu terus masak untuk Naiim ka? bukan ibu tido dulu ka?
tadi..masa Naiim balik ambil straw Naiim tengok ibu tido ngan adik, Ibu tak masak awal pun***

Erkkk... ibu sudah kantoi.. ibu tido ek. hahahaha..
kengkonon solehah la sangat ayat nak pujuk anak pergi tido awal tu kan..
last.... hambek ko, dah pulang paku buah keras le...

layan budak tecik ni ngan youtube tetengah malam...

 Anyway... as long as dia tahu Im really concern of him..
dan semoga perngorbanan ibu ni di kenang sampai bila bila
I have no regret of doing this..
hanya ini yang ibu mampu lakukan , even I know that I owe our time of being together for more longer..




Note: Naiim dah request untuk Aleesya masuk sekolah fardu ain umur 6 tahun..
Nak jugak dia berbangga ada adik kat sekolah.. Naiim..Naiim.. ( senyum dlm hati)




*** Let your breath seep into my breath a little
       let your gentle heartbeat increase a little
       this the moment's request, come close
       you and me....

     Let me come into your eyes a little
     Let me melt into your arm a little..
 
      

Tuesday, February 25, 2014

Abuse : I'm Trauma..

aku cuba untuk lupakan, tapi tak boleh.. terngiang ngiang di kotak fikiran ini
pada tarikh 21/02/2014.. satu tarikh yang sangat sangat ngeri buat aku
Aku rasa perlu aku luahkan kat sini...

Macam biasa aku pulang dari kerja..
masa aku buat U-turn tu, tetiba ada satu kapel, ( Chinese) 
si perempuan tu seksi sesangat.. pakai seluar ala ala seluar adik dia la kan
then baju tu ngam ngam je paras pusat..

aku ngeko je motor tu...
tetiba si lelaki tu, telah menyiku 
 

 
korang bayangkan lah kan, sambil menunggang motorsikal tu, dia selamba je menyiku awek dia
rasanya dia menyiku tu kena kat leher awek dia..
then tetiba motor tu dah terhoyong hayang..

aku ingat dorang ni mesti akan jatuh motor lepas ni kan..
aku perlahankan motor..

tetiba aku tengok si perempuan tadi dah moved a bit ke belakang..
lagilah motor tu tak balance kan..

 

tetiba perempuan tadi dah terjun dari motor tersebut.
jatuh berguling guling kat jalan raya, helmet dah terpelanting
Ya Allah...kenapa la aku nampak semua ni

aku menjerit sekuat hati..
kemudian perempuan tadi masih boleh bangun, tapi dia terlambat..
lelaki tadi telah berpatah balik dan dapatkan perempuan tersebut..
 
 kemudian lelaki tersebut telah menarik baju perempuan tersebut 
dan dalam masa yang sama dia telah "pinch the breast"
tak dapat aku bayangkan perempuan tadi menjerit..

bila aku pandang kiri kanan, tak de pun sesapa yang berani nak tolong..
sebelah aku tu ada la bangla sorang..
dan beberapa orang perempuan Vietnam yang sedang berjalan keluar dari kilang

Aku hanya berdoa agar perempuan tersebut dapat melarikan diri..
Ya allah selamatkan dia..

tangan si lelaki tu nyaris nyaris je nak lepaskan penampar kat perempuan tadi
aku asyik dok sebut..jagnla...jgnla... jgnla..
last terlepas ko... 
syukur sangat...


then aku continues ride balik umah, tetiba aku nampak kat perhentian bas tu, ramai juga
orang tempatan yang sedang menunggu bas
mostly lelaki... 
dorang hanya senyum dan ketawa melihat kejadian tersebut.

"that what we call malaysian?, feel regret sesangat"


*** gambar adalah ilusi dan di ambil dari sumber google***


Note: Please... stop abusing people..




*** “There are wounds that never show on the body that are deeper 
         and more hurtful than anything that bleeds.”

Monday, February 24, 2014

Makan Makan : Puncak Mutiara

 Rata rata mereka yang aku jumpa mesti ckp yang makan kat Puncak Mutiara ni Mahal.
tak pe nanti kita tengok, sama ada mahal ke idak kan..

ooo patutlah  adik waitress tu tersilap ambik order satay tu
rupa rupanya kome si bujangan ni dok ngorat dia ek..

As u all tau kan..kat Puncak Mutiara ni tempat duduk kome boleh pilih je nak duduk mcm mana
bila mengadap hidangan tu.
Nak bersila ke, nak berkerusi ke hape ke..

Tapi malam tu, kami dapat special room. 
bilik yang ada air cond. Sebab.....
My MIL tak boleh jalan banyak, dan tak boleh bersila, tempat lain pulak peuh..

kalau korang nak lepak kat bilik air cond ni pun boleh aje..
tapi kena book dulu.
dan setiap satu table kat dalam bilik ni ada bayaran additional RM 10.00

masa menunggu makanan sampai tu, 
ahli jemaah keluar ambik angin kat luar,

Aleesya? tok sah ckp le kan..
dia tu kalau depan Tok/tok wan memang pandai berlakon
tak de nak berkepit ngan aku aih..
floating sana sini le.. hahahaha..

nawaitu awal datang sini nak makan satay je.. last tengok menu
order itu ini.. hahahaha..
adat le kan kalau makan berjemaah ni mesti verity je permintaannya

aku saja tak mo makan nasi..
aku gini lah memang teruja dengan grill..
bukan aku makan sorang satu plate tu yer..

saja gedik order satu plate sebab nak main rebut rebut makan ngan ipar duai
suka main suap suap..
suap ngko suap aku..erat silaturrahim...

dulu aku tak perasan pulak yang Puncak Mutiara ada  signature dish ni
then rasa mcm nak try je malam tu
tapi memandangkan.. ianya adalah burger... 
so, lenkali lah kan..

Aku lebih suka signature dish kat "Mizi Bistro" sebab signature dishnya
adalah lamb chop.hahahahaha..

my SIL yang sorang ni tak nak order apa apa pun..
diet ke? ok rasa sikit je..
pas tu aku potong dan suap Naiim, Kak Zah.. Firdaus
last nak bagi kat ayah mertua.. tak boleh la pulak

doktor pesan jgn makan daging/kambing...

Aleesya, hubby dan Pak cik Jo..layan nasi malam tu

then my BIL yang bujangan tu layan Rusa ko
tak puas makan rusa malam tu..
nanti kita gi memburu K. hahahaha verangan tak habis!!!

ni le daging rusa.. dorang masak black pepper kot
tak sempat pulak aku merasa

tapi memang sedap.. sebab aku pernah makan sebelum ni.


ada dalam menu book ni harga puyuh segar dan rusa perkilo, kambing per/kilo semua
aku nak je beli puyuh tu sebab murahhhhhhhhh
tapi hubby tak kasi. waaaaaa

10 ekor puyuh RM26.00 ( murah kan..)
Rusa = RM 60/per kg
kambing = tak ingat la bape harga per/kg tu...

 panjangnye menu list kami malam tu....
ha.. sila klik gambar untuk tumbesaran yang sihat..

hmmm... harga rusa tu kat sini memang mahal la kan kalau compare aku mkn kat
restoren Bunga Naga kat Wang Tepus Jitra tu..ngeeee...

masa nak bayar tu kami kena charge RM280.00. Then bila check semula ada a few yang kami order tak sampai pun. so, cut itu ini.
akhirnya jumlah keseluruhan kami makan malam tu RM 265.40

hmm.. korang rasa mahal tak? tapi kalau berganding bahu keluarkan $$$$ tak de la terasa sangat kan..
itulah untungnya kalau bermuafakat kan..





last for this entry, layanlah aksi bebudak ni kat pintu masuk
kami balik jam 12.00 malam..




Note: ada satu menu yang aku nak makan kat sini...
kena urut janggut hubby le kan..............hehehehehe







*** As my breath mingles with yours, I can breathe again
      the frangrance of your body touches  my soul if you came near
      How long can I control my sense, let them fly if the will....
      








Sunday, February 23, 2014

Going to Puncak Mutiara

Lepas balik dari Taman Perbandaran tu, kami gerak ke seberang
boleh aje guna jambatan, tapi saja nak girangkan hati anak anak sedara
kami menikmati suasana naik ferry


 suasana dah senja..dah nak masuk magrib 

seronok le anak anak sedara dapat naik ferry
bagi kami dah biasa sangat tak de la rasa apa yang excited pun..

 cepat cepat dorang pergi ke depan ferry tu
ingat ke hape la kan..
My BIL tu nak tunjukkan obor obor yang sedang menari nari kat dalam laut tu kepada Mak Cik..
hehehe..

Aleesya yang awal tadi nyenyak tido tetiba terjaga
hahaha.. rambut dah kusut masai ko..

I tak kisah ok, sape dukung pun..
aku pun tak kenal budak yang dukung Aleesya ni
kawan kepada Pak Su Aleesya..

ok semua.. masuk semula ke dalam kereta sebab dah nak sampai
jauh lagi untuk ke destinasi yang nak di tuju tu..

akhirnya kami sampai ke sini
Puncak Mutiara.. untuk menjamu selera secara berjemaah..


mmm... tak jangka pulak aku sampai ke sini...
tu la kan, plan last minit selalunya menjadikkkkkkkkkk



Note: nanti kita tinjau suasana kat area Puncak Mutiara pulak ye..





**** I miss hearing you say that you love me.
I miss spending time with you everyday.
I can't seem to get you out of my head.
I love you and I miss you too.













Saturday, February 22, 2014

I and Zura

lama dah aku tak updated dating ngan si Zura ni
tak pe.. kita kira sekali harung je lah..
then semalam pun ngedate ngan dia jugak
tapi tak snap photo pun.

 aku tak ingat tarikh bila kami makan MCD ni..
kami pilih makan kat sini sebab aku nak gi beli handbag kat butik Vern's
aku dapat sponser RM200.00 untuk beli handbag


 aku berkenan sesangat dengan handbag kat situ uner " New Arrival"
hasih... suka nau ngan produk yang tak de discount tu yer...
ntah le.. yang tu jugak dok berkenan...

lepas rembat handbag , aku tambah duit sikit beli pulak wedges sepasang.
ngeeeeee...


then another day ngedate lagi ngan Zura
tekak teringin nak makan subway..
saja la.. sebab nanti aku kena hukuman berat ngan Bos
kena paksa pergi dinner. waaaaaa



kalau dinner company tak pe la kan
ni idak... Dinner yang company lain jemput
memang eden malas bonar le

aku ciluk gambar ni dari blog Zura, sebab kat phone aku tak de pun gambar kami berdua
thanks zura for giving green light.


systttt... tapi kan, masa gi dinner tu aku dah tak lalu nak makan
tau le kan lepas balik kerja terus pergi..badan pun dah lemau semacam jerk..


aku pergi just tunjuk muka je..
borak sikit, pas tu blah balik...



Note: Bagaimanakh harus aku merungkaikan persoalan yang bermain di benak ini...
Ya Allah tabahkanlah hatiku..




**** “In the heart or every caregiver is a knowing that we are all connected.
           As I do for you, I do for me.”









Friday, February 21, 2014

Thanks for the keropok

Gie ada pergi kelantan baru baru ni
terfikir jugak nak order apa ek kat Kelantan sana...
rasa mcm makan belut padprik ritu sedap sangat
tak kan la aku nak order belut pulak...makanya,
Aku order keropok yang potongannya nipis nipis tu
Gie, rahsia tau ttg sebab apa aku suka kopok potong nipis tu yer...just u and me je tau

Aku ngan gie ni memang gini, asal jumpa je mesti nak simpan record..hahaha
gie datang office semalam sebab nak deliver belut, keropok

Terima kasih bebanyak.. aku yang order keropok tu, tapi gie tak nak ambil duit pong..
Rasa mcm tak best pulak... dah le B'day girl pulak tu..
Happy b'day to you...
I makan keropok you
rumble rumble thank you

Alhamdulillah... kat sini bukannya tak de.. Tapi saja la aku nak bermanja ngan gie
nak jugak pesan kat dia suh belikan..

selain keropok tu, gie ada bagi 3 bungkus keropok yang dah siap ni..
sedap sangat sangat terutama yang ada cili tu..
saja simpan kat office wat makan time tea time..

Then semalam, cepat cepat goreng then simpan dalam balang
sambil nonton TV boleh ngap
kruk krak kruk krak..
sedap weih....



Note: A friend is someone who knows all about you  will keep save your name at their mouth...




*** Can we go back to the days where it was just you & me? We were so happy back then. 
 I miss those days. All we have now are the memories of what we used to be, & the thoughts of what could have been.

Tapai Setan

Al kisahnya kenapa Mak aku terpksa buat jugak jugak tapai masa aku balik kampung that day.
di atas permintaan si Naiim yang bunyi mcm kelakar
dan juga aksi merajuknya yg ntah hape hape tu.

dua malam sebelum kami bertolak balik, Si Naiim mcm biasalah suka sangat ke Majlis Tahlil kat Masjid
lepas habis tahlil, ada la dorang bekalkan makanan.
kebetulan dorang ada agihkan tapai

Then Pak cik yang agihkan tapai tu dah awal awal warning bebudak ni
"Tapai ambik sorang satu Je"

lebih kurang cenggini la tapai tu
dorang letak dalam tupperware kecik.

Si naiim nak ambik extra untuk ibu tersayang dia ni le kan.
maklumlah ibunya kan peminat tapai..
dia ada mintak kat Pak cik tu extra, tapi Pak cik tu wat derk je..

Then tetiba pak cik tu kuatkan suaranya
" Sape ambik lebih dari satu tapai tu, dia Setan!"

terus patah hati si Naiim.. 
ambik satu then balik rumah muka masam...
mesti dia sedih tak dapat bagi lebih kat ibunya ni kan..kan..


Balik je umah, terus ngacom kat aku..
tak pe lah..nanti kita suruh tok buat kan ye..

jeng jeng.. dia pun apa lagi sukahati le kan..
even dia tak de le gemar sangat tapai mcm aku.

sms kat Tok dia suh buat tapai banyak banyak
bagi ibu makan puas puas..

Lastly dia ckp.. Pak cik yang ckp "sape ambik tapai lebih dia tu setan"
last last Pak cik tu yang ambik banyak..
hahahaha...


dengan nada geram dia jawab..
tak bagi org ambik lebih, dok kata org setan
walhal dia la setan sebab ambik banyakkkkkkkkkkkkkk...


Naim..naim.. biarle, bukan kita ni tak cukup makan pun
banyak dijualkat Pasar malam tapai tu
even kat tesco pun ada.. kita beli la..
Pak cik tu tak de duit nak beli tapai.. bagi kat dia la...jgn simpan dalam hati okey..


sayu pulak mak aku bila cucunya merajuk bagai kan
buat jugak la tapai tu..
adei... 
aku bukan tak reti buat tapai, tapi asal aku buat je mesti tak menjadi
Mak aku cakap.. kalau nak buat tapai aku tak boleh tau
kalau idak tak menjadi..
erkkk... nape ek?



Note: Nape ek.. sesetengah orang , kalau tau org lain buat tpai terus tapai tak menjadi
adakah ini kebetulan atau memang ada rahsia di sebaliknya..


*** Mak aku ckp kalau org tu ada ilmu "petawaq" kalau buat tapai, tak manis**
Ilmu petawaq tu hape? #@%^&*((*&^%$#...





*** You may hold my hand for a while, but you hold my heart forever.
       and Just when I think that it is impossible to love you any more, you prove me wrong.

Thursday, February 20, 2014

GA: SAYA NAK BLOUSE CANTIK dan MURAH DARI MOMS MADNESS GARAGE

setelah di tag oleh Tifa haruslah la kan saya menjoinkan diri
thank ye Tifa sebab tak saya.

http://lipslikesugar87.blogspot.com/2014/02/awesome-give-away-by-rara.html 
dah lama saya follow blog empunya GA ni.
sape nak join klik SINI atau kat banner tu

Kenapa saya suka barang murah?
huish..soalan apakah ini. giler kentang tak suka barang murah kan..
sangat sangat suka kalau barang yang kita nak beli tu harganya murah.
sanggup survey lagi tu semata mata nak dapatkan harga yang murah.

saya suka barang murah sebab ianya memberi pulangan ekonomi yang baik utk poket saya
kalau beli barang murah boleh beli banyak barang
kalau beli barang murah, duit lebih boleh wat simpanan
kalau beli barang murah, duit masih berbaki dan boleh beli makan sedap sedap
banjer anak anak dan banjer suami..
banyak sangat kelebihan kalau beli barang murah ni.. 
ok..ok.. cukup cukup lah senaraikan beberape je..

Pengalaman manis shopping online 
aku memang selalu shopping onlinedah berkali kali aku beli kat online
baju baby pun aku beli kat online jugak.
best sesangat...tau tak kenapa?
time nak menunggu barang sampai tu.. 
ternanti nanti tau...ha.. sweet kan..
dah ghuper merindu kekasih hati tau..


saya tag:
atiey
Nureen




Feeling kelakor : Satay

My BIL ajak ke suatu tempat sebab nak makan  satay.
makanya berkonvoi lagi la kami ke suatu tempat
(nanti citer kat mana ye)

 nama pun berkonvoi kan.. so ramailah kaum kerabat kami kat dalam bilik makan tu
hampir 20 orang gitulah..
hahaha..gamat suasana

Adik yang ambik order tu pun satu..
ambik je la order leklok, tak yah la layan orang tu bercakap org ni bercakap kan..
sian pulak ku tengok dia.

kami order 60 cucuk satay je
sebab lelain nak order kegemaran masing masingkan.

My BIL, (Mizi).. dia la yang order..
20 cucuk satay ayam
20 Cucuk Satay perut
20 cucuk satay daging..

dah sampai satay tu aku tengok mcm sikit je..
tanya le my BIL,
eh, betul ke 60 cucuk ni.. rasa mcm tak cukup je..
betullah.. cam tu la dia order..
sebab dah ada yg makan sebahagiannya tu aku tak de la kira bape cucuk

then my BIL ckp, tak caya tengok la kat receipt tu
ada print kat situ kan..

cuba korang perhatikan satay yang kat dalam pinggan tu.
yang last sekali tu, ada sepucuk satay cantik je lepak kat situ
lain dari yang lain kan...

sekali aku tengok receipt tu, terburau burai aku ketawa..
hok aloh, cam na la boleh order satu cucuk satay ayam je ni?

adei.. ada ke orang order satu cucuk je kan..
hai.. si adik waitress tu kan.. buat lawak memalam..
mesti dia tulis order 1 intead of 20 cucuk

tu la.. ambik order je, jgnlah dok layan yang lelain berborak kosong kat belakang tu
kan dah dapat 41 cucuk je..

"then ada yg ckp, buang karan je membakar secucuk satay. hahahahaha "

tak pe lah, rezeki sape pun ntah le malam tu,secucuk satay ayam yang mampu lekat celah gigi jerk.
nak kata my BIL silap order, aku pun ada sekali masa dia order tu.
tak rasa weird ke adik tu bila tetiba realize kami order secucuk satay ayam kan..

hmm.. anggaplah kami tak de rezeki nak makan satay ayam malam tu.
ahakssssss..


Note: When funny thing happened, it created such a great memories to be remember...







*** " Loving you is what I've learned so easily. Trying to forget you is the last thing I could possibly learn, because I'm deeply in love with you."