Wednesday, March 7, 2012

Sepi ku dirundung sedih

sepi ja kan blog aku sejak 2-3 hari ni
bukan tak nak updated, tapi masa tak mengizinkan

Masa Gieyana ke rumah aku on saturday tu, memang aku ada ckp
yg aku dapat rasakan Amirul mcm nak demam
masin pulak mulut aku, malam tu jugak Amirul demam..

teruk betul Amirul demam kali ni
bila malam meracau racau dia, sampai ilang akal aku di buatnya

ada pergi klinik, tapi dr. ckp tak serious...
Amirul meraung raung ckp dia nampak benda bulat memusing musing
( panas melampau la tu, nampak kapak pusing la hapa la)

aku jelum jelumkan kepalanya tu, pas tu ok la kejap
then, aku decide isnin lepas aku eergency leave. sebab nak jaga Mirul
Aku mandikan dia dengan air suam di siang hari, 5-6 kali
pas tu bagi minum air 100 plus, then masak sup tuk dia minum

still tak ok gak, tak sekolah la dia.
kelmarin aku datang office suh dak office tu belikan aku ubat cina
tuk legakan demam.
sebelum ni memang pernah minum pun amirul tu.

then lepas balik kerja kelmarin, aku singgah kat farmasi, beli ubat demam +
ubat sumbat punggung.
mana la tau kan, mungkin ubat kat klinik tu tak sesuai ngan dia
balik jer terus aku sumbat punggung dia ngan ubat mcm peluru tu

pas suh dia makan sket, dalam 2-3 jam gitu, dia dah mula berpeluh
aku pun happy la sikit sebab ada perubahan

then tadi pagi, kul 6.00 aku bangun pegang badan dia
mak ai.. demam semula le..
Tak kesekolah lagi la dia hari ni.
hmmm...

hari ni pun aku half day je. sebab nak jaga dia

Nota:- bukan apa, tak sabar nak tengok aleeysa ngan brg yg El kasi tu.