Thursday, March 14, 2013

Sekali lagi- fasa hidupku berubah

Hari ini.. merupakan last day aku kat company tercinta aku ini
dah 11 tahun aku di sini. Tapi nak wat camna aku kena melangkah keluar
ingatkan inilah yang terakhir tempat kerja ku.
rupanya ada lagi lepas ni . kekekeke..

Di hujung tahun 1997 aku dah pun bekerja. siannnn kengkawan ngan buku semua
aku dah kerja. kumpul duit nak masuk univesity. sedih tau
tapi azam aku kuat. sambil kerja tu buat jugak part time study kat USM.
dapat sijil je. tak leh sambung diploma sebab kena full time study
waaa.... sapa nak tanggung aku kalau aku study full time.

Setelah 4 tahun kerja kat Insurance company aku berhijrah ke sini
cintan cintun bagai. pas tu kawin tapi bersyarat sebelum aku kahwin tu
Nak kawin kalau hubby sanggup susah payah ngan aku tuk aku sambung study
hubby pun tak jadi nak ke United Kingdom sebab takut aku melepas kat orang lain
hehehehe... cinta la katakan. mana boleh berpisah.
Tadi pi lunch ngan budak ni, lama tul tak jumpa dia. Busy Tul Adik hamba sorang ni

Pas kahwin 6 bulan, dah beli rumah. rezeki...
pas tu terus sambung study buat degree terus sebab dah ada pengalaman kerja
4 tahun lebey aku study. mengandungkan Amirul pun time dok study tu la.
pas dapat degree company naikkan grade dan gaji sekali le kan..


tapi tak puas hati gak, cari kerja yang lain tak dapat dapat
ngandung gugur,ngandung lagi ..gugur lagi
2010 ngandung lagi pas tu lahirlah Aleesya pada tahun 2011.
Mungkin ini rezeki anak anak
recently baru dapat offer kerja kat tempat lain
Bos pujuk suruh stay pun tak mau, still nak resign jugak
dan hari ini adalah hari terakhir aku
sebak pulak rasa. Tak de Farewell pun. uhukhukhuk...
Bos cayang bagi extra money..
berapa? adelah.. seganlah ai nak citer


Note : wish me ggod luck at my new workplace ye kengkawan.
bermulalah Fasa baru.

Langkawi-Taman Tugu Keris dan babai

21/02/2013 
Info Taman Tugu Keris.

"Taman tugu keris di bina untuk memperingati mahsuri yang di hukum bunuh di tempat ini
pada tahun 1235 hijrah bersamaan 1819.
kesycian dan kebenaran beliau terbukti dari darah yang berwarna putih yang mengalir dari
tubuhnya apabila beliau ditikam .
Akibat daripada sumpah Mahsuri kerana ketidakadilan yang dilakukan kepadanya 
pulau langkawi menghadapi kesusahan selama tujuh keturunan."

Di sinilah tempat Mahsuri di bunuh
kemudia di kebumikan di makam mahsuri.
orang dok menghayati sejarah tu
dua orang budak kecik ni dok main papan gelungsur pulak
boleh pulak dorang jadikan menda ni papan gelungsur. adei...
Amirul teruja betul datang sini
sebab dia dah baca kat google mcm mana mahsuri di bunuh kan.
tetiba dia tanya melakukan perkara sumbang tu apa?
hohohoho... pepandai la papa dia explain. eden tak masuk campur k
 then nampak pokok tu. dia cakap kat pokok ni la Mahsuri kena bunuh
dorang ikat dia kat pokok ni la.
hello... Mahsuri tu meninggal tahun 1819, ada ke pokok tu nak hidup lagi sekrang ni
adei.. ngaku je la kan, kang soalan lain pulak ditanya nya.
Ok last dah ni, masa pun dah sesuai tuk hantar kereta sewa.

yang bestnya kat sini, kereta sewa tu boleh main hantar je kat mana yang korang rasa nak hantar
kalau korang nak balik naik flight, parking je kat parking lot airport tu
kunci tinggal dalam keta dan tutup pintu yang boleh menjadikan semua pintu lock!
ala korang pun tau caranya kan..

kalau korang naik feri, tinggal je kat prking lot Jetty
ha.. mudah kan. tak yah jumpa owner dah.
nanti pepandai la dorang datang ambik keta tu
so.. inconvenience untuk pelanggan kan..

 masa balik tu beg aku ku kena selongkar kat check in.
sebab dalam handbag lama aku tu ada gelang dan rantai Aleesya
berbunyi ko. hahahaha...
selamat tinggal langkawi...
nanti kami datang lagi.
lenkali datang nak ber " island Hope" pulak yer
tunggu budak kecik tu besar sikit baru boleh island hope. ngeeeee

Last.. sila usha lubang hidung keriangan aku ni
hahahaha... muka happy sebab hajat bergedik santai tertunai..



 Note: Terima kasih sebab sudi ikuti perkembangan percutian aku di Langkawi ni
sayang korang.mmmuah...mmmuah...