Tuesday, March 26, 2013

Fazurina terpaksa kahwin dua kali

Fazurina terpaksa kahwin dua kali 


 Mungkin korang masih lagi teringat tentang Pelakon Siti Fazurina.
Dimana belaiu di katakan telah berkahwin secara senyap senyap tanpa pengetahuan keluarganya.

Siti Fazurina dan suaminya, Heykal Zulkifli 32, di perintahkan oleh mahkamah untuk berkahwin buat kali ke dua kerana  pihak mahkamah mendapati perkahwinan kali pertama mereka tidak sah mengikut hukum syarak.

Menurut laporan dari mStar, ibu kepada Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 61, memberitahu bahawa akad nikah baru sahaja dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Batu Gunung, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini."

Kontroversi mula tercetus apabila Fazurina telah melangsungkan perkahwinan di Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu dengan berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarga yang lain.

Dalam pada itu, ibu kepada Fazurina berkata, dia terpaksa akur walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa.
"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan itu."

Zubaidah yang menganggap insiden yang berlaku terhadap keluarganya sebagai ujian Allah, menyatakan bahawa dia masih belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.

**** Walau tergiuris macam mana pun, hati seorang ibu pasti akan lembut jua***
itulah nilai seorang ibu, saya yakin suatu hari nanti hubungan mereka akan kembali jernih..
 amin....

Restoren Malay Cuisine D'Dapor Express

Sunday tu hubby tak kerja. Dapat la kami bersama sama sekeluarga
booking restoren ni tuk kami nikmati makan malam.
lokasi restaurant terletak bersebelahan dengan Bank Standard Chartered Lebuh Pantai Penang.
Dan di tepi Maybank. Senang je nak cari.
 Janji nak datang pukul 8.30 malam, tapi... dek kerana kami ada tetamu
sebelum magrib tu, masa tu tak dapat nak di tepati.
Makanya kami ajak sekali tetamu kami makan kat sini.
Menu utama.. Kari ikan siakap
tengok tu siap berapi api lagi dapur..
makan panas panas
ayam pandan
first time nak try ni..
 
Air cinta sejati. hahaha...
jus tembikai dan soursoup  saje la cakap jus cinta. ngeeee..
otak otak.. first time jugak makan otak otak ni.
rasanya .. so so je. mungkin sebelum ni tak pernah try kat tempat lain,
jadi tak pandai nak compare
 ini pulak gado gado. Tapi seyes gado gado ni tak sedap ok.
Yang mak aku buat lagi sedap..
so, aku tak suggest kalau korang nak makan.
kalau nak jugak..silakanlah.. hohohohoho
Aleesya sedang membuta.
bagi dia tido dulu puas puas, kejap lagi bangun baru ngap.
 Nah..hidangan yang dah penuh meja
sup sayur tu yang super duper sedap..
sampai licin kami makan.
tara... si cilik dah bangun
ya..ya dia nak suap sendiri.. habis comot semua
lantak ko le.
nak kepala ikan siakap ni?
hohoho... dah kenyang sangat tak larat nak ratah ratah dah aih..
 Amirul yang terbaik. makan nasi dua pinggan
pas tu mintak ice cream kek pulak as a dessert.
suka tengok dia makan. betul betul berselera..
tak sempat nak snap full, dia dah ngap
kat atas kek tu ada oreo. awal awal lagi dah kopek oreo tu.
 Anak sedara aku datang dari kampung
sekarang cuti sekolah. ajak stay kat umah aku tak mau la pulak.


Si manis berpurdah.
dia le tetamu yang datang rumah aku. ngam ngam sebelum kami nak bertolak ke sini
dah nak keluar...so kami ajak dia join dinner kami.
Last... sebelum blah.. Amirul nak snap gambar aku kat serombong ni
siap suruh aku nyanyi lagi kat situ.
ish.. apa kekdahnya dok nyanyi kat sini..
kang semua orang boleh fengsannnnnnnnn....


*****  harga makanan memang mahal. ***
gado gado  Sayang Selalu - RM 8.80
Sup Sayur RM7.90
Ayam Pandan RM 12.80/ RM 22.80
Kari ikan siakap RM 38++
Icew Creame Kek -RM 7.90
Telur Dadar Pelangi  -RM8.90
Otak Otak - Lupa la pulak 


Note: sesekali makan tak pe ok.janji bahagia.. hahahahaha..