Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan Tiba..Ramadhan Tiba...

Syukur Alhamdulillah... menjadi ibu kepada Amirul Naim tak de la susah sangat
bila sentuh tentang soal puasa.
Amirul snagat rajin berpuasa, tak de nak ngelat ngelat sahur.

Tahun ini, Ramadhan 2013
Seminggu dah aku dok dengar dia nyanyi
"Ramdahan tiba..ramadhan tiba.. ramadhan tiba


then mula la dia start melalut
asyik dok hafal doa puasa je kan..
sampai kekadang tu niat  sembahyang pun dia niat puasa.
adoi.... mak!!!!!  tulun tulunnnnn....

Ni nak marah ke nak ketawa ni
tapi... aku sure la tunjuk muka marah, walhal dalam hati nak ketawa berdekah dekah
pew...sungguh mencabar jadi ibu kan..kan..

By the way... Nak ucapkan


Moga kita di beri keberkatan di Ramadhan kali ini.


Jangan lupa bangun sahur malam ni yer.



Ini untuk kawasan Pulau Pinang aje..


Note: Nak masak apa la malam ni untuk Amirul. Husband bersahur kat Kilang je..



Kaedah Ubati Penyakit Cyst


Seperti yang di ketahui. tak semua cyst tu beracun,
tak semua cyst tu adalah cyst yang sebenarnya
melalui perubatan modern cyst boleh di hapuskan dengan cara menyedut/pembedahan
melalui perubatan tradisional perubatan cyst adalah melalui mengambilan  akar akar kayu
memlalui perubatan islam pula dalah melalui bacaan ayat ayat suci al-quran.
Perubatan Modern
melalui perubatan modern, aku hanya di beri ubat
untuk tahan darah/ tahan bleeding
ubat tahan sakit.
kalau nak sedut/pembedahan.. cyst tu kecil saja
boleh kecut sendiri atau menjadi semakin besar
bergantung pada hormon dalam badan.

photo from: anisbeautyremedies.blogspot.com

Perubatan Tradisional
Aku telah di perkenalkan kepada seorang pemgamal perubatan tradisional yang 
memang sebelum sebelum ni pun ramai juga orang datang berubat dengannya
aku cuma beriktiarkan..

aku di bekalkan dengan daun daun kayu yang di tumbuk siap
kemudian di campur dengan sirih pinang dan di sapu di bahagian yang sakit 
 Daun kayu apa pun aku tak pasti.
yang pastinya, ubat tersebut di sapu di perutku dengan menggunakan akar rumput

Pada malam selepas aku pergi berubat tu
aku rasa sakit sangat kat bahagian perut ni sampai menangis nangis
hingga ke pagi.
Esok tu aku pergi lagi, dan masih sama, tak ada ubat yang perlu di makan/minum
hanya bahagian perutku di baca ayat al-quran di jemput dan di buang

darussyifabbst.blogspot.com
Perubatan Secara Islam.
Selain berubat secara modern dan tradisional, aku juga mengamalkan bacaan beberapa surah 
yang mak aku cadangkan.
Baca "alam Nasroh dan bismillah hillazi....(sampai habis). jemput kattempat sakit tu
kemudian buang. ulang berkali kali. sebaik baiknya di baca selepas sembahyang.
*** setiap kali aku baca, aku akan rasa berdenyut denyut sakit kat tempat yang ada cyst tu**

Kemudian ada yang petua baca "alam Tarokai..sampai habis"
sambil membayangkan tempat sakit tu
ingatlah seolah olah Allah menghapuskan penyakit tu, seperti mana burunmg burung ababil
yang membawa batu memusnahkan para musuh islam.
*** korang nak tau, setiap kali aku cuba nak baca surah ini, setiap kali itu lah aku akan lupa
dan terhenti.. berkali kali juga terjadi..***
Bila nak minum air, aku akan berselawat, dan berdoa agar Allah menghilangkan 
penyakit cyst dalam tubuh badanku ini, kemudiam hembus ke dalam air
tunggu seketika biar zarah zarah air tadi bekerja. kemudian baru minum.
sesungguhnya air dapat mendengar bisikan manusia.


Aku sangat sangat hairan, surah yang menjadi bacaanku seharian, kenapa boleh aja aku lupa
surah yang sangat senang diingati kenapa aku jadi kelu untuk membaca
Rasa seperti betul je kata kata abangku..

" kekadang bukan cyst pun, ianya adalah iblis yang menumpang di tubuh kita
bila kita scan, kita akan nampak seperti bayangan ketumbuhan ." Dan ada sesetengah
penyakit tu kekadang tu tak perlu pun di bedah, amal saja membaca surah al-quran..


hmm.. aku pernah juga dengar ceramah agama yang menyentuh tentang ini
di mana iblis mendiami di setiap pelusuk badan manusia. Di hati, jantung, kepala badan dan juga 
pada saluran darah.


Selain mengamalkan surah tu semua, jgn la pulak lupa untuk memanjatkan doa kepada ilahi
agar menyembuhkan penyakit.
Mintalah..Allah pasti akan meberi..



Note: Semua Kaedah telah kucuba..yang pastinya kesemua kaedah yang digunakan, Kuasa
menyembuhkan adalah Milik Allah.








Macam Tarzan

hahaha... jgn terpengaruh dengan tajuk entry kali ni.
kalau nak tengok aku gayut gayut bagai.. sila pendamkan hasrat tu. sebab non hado pun aksi aku bergayut.
hahahaha...
 Kali ni balik kampung , mewah dengan buah buahan tempatan
Aku pergi usha pokok manggis aku kat belakang umah 
hmm... dah berbuah.. tahun lepas aku tak sempat makan
tahun ni buah lebat la pulak.

 Nampak perigi kecik ni.
my abang baru gali kot.. senang sikit nak siram anak anak pokok kan..
jimat air.

 Jalan lagi.. pas tu usha pulak buah jambu batu yang  berbuah lebat ni
cuma sebiji je yang boleh di makan
yang ni masih putik.
abang aku akan balut/bungkus buah ni.. raya ni boleh la makan..

 My anak anak sedara siap panjat pokok petikkan untuk aku
Amirul? asyik dok mengomel tentang nyamuk gigit dia je..
tak de pun di panjatnya pokok tu..

 Abang dah kutip buah jambu susu ni untuk aku
sebab pokok kat tepi rumah dia tu, berbuah lebat jugak le..
dah tak larat nak makan..

 Usha kat atas pokok, ada lagi serumpun.
dah sesuai benar tuk di petik ni..

 Buah manggis yang cantik. putih gebu..
lama betul aku tunggu.. ingatkan dulu ni pokok manggis jantan
ye la.. bertahun tahun tak berbuah.. tahun ni je baru menggila berbuah..

 Durian pokok sendiri.. sedap giler
teringat zaman dodulu.sanggup bawa lastik nak lastik tupai yang tebuk durian aku.
tahun ni sang tupai pun macam dah tak larat nak tebuk durian dah kot.
cantik moleh je buah buah durian pokok aku..

 Sebelum balik Penang, singgah kejap uamah metua, 
nampak langsat atas meja kat dapur.. makan lagi..
perut dah sendat.. tapi still nak makan jugak.

malam tu.. my biras datang, bawa pulak buah Dokong..
pergh.. manis meleting buahnya..
mana boleh lepas peluang.. makan..makan..makan..


*** Hasrat  nak bedal buah rambutan spesis "Lipan Bara" yang aku sendiri tanam tak tu
tak kesampaian, sebab masih lagi  putik. Raya nanti boleh la kot.***
ada 3 pokok semuanya.. tak pe sesi panjat pokok rambutan lepas raya nanti akan berlangsung.
hahahaha...


Note: Macam tarzan kan.. makan buah je kojernya..