Wednesday, September 19, 2012

Alahai susuku

Syukur alhamdulillah dah hampir setahun 2 bulan umur Aleesya. Aku masih mampu menyusukan Aleesya tanpa campuran susu formula.
Susuku masih lagi banyak. sekali pump 6-7 oz
maintain sama mcm baru melahirkan dulu ni

Nak citer la sikit tentang kisah terbaru perihal susuku ini.
Memang sedih, tapi mungkin ada hikmahnya


Last week, sebelum pulang tu aku letak le paket susu ni kat atas meja.
lepas tu my officemate dok citer ttg sandwich beg yang ada pelekat. 
dia nk beli yg pelekat tu lebiuh kemas

then dia ambik paket susu aku dok bukak & ckp pelekat paket susu aku memang ketat
aku pun tak de la belek belek dah lepas tu.

ambik terus masuk beg & balik umah.
sampai je kat umah nak simpan dalam frideg, semua susu aku tumpah dalam beg
sedih.. wooo... penat usaha aku mengepam susu hari tu
semuanya tumpah & dah rosak susu aku.

Masa tu memang marah sesangat. 
dah bukak tu pelekat la elok elok, tak de la leh tumpah mcm ni

Then bila aku fikir kemabli.. mungkin ini dah ketentuan Allah
mungkin susu aku that day tak de rezeki anak aku
atau mungkin jika anak aku minum susu tu akan memudaratkannya
maka Allah tumpahkan susu aku supaya anak aku selamat

ye la kan, Allah maha mengetahui
mungkin berlaku kekhilafan apa apa di pihak aku
Allah maha mengertahui, setiap kelemahan datangnya dari aku.

Tak pe ok... 
kita harus redha..

Sambal Terung pipit

Kenal tak dengan terung pipit? 
Aku panggil terung ni "Terung Belanda" ntah le kenapa
masa kecik kecik dulu aku ambil buah terung ni le sebagai peluru
untuk bermain senapang kayu.

Tapi kekadang tu mak aku wat sambal. sedappppppppppp
aku sukaaaaaaaaaa
 
Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga.

Selain itu akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.


Tetiba terjumpa terung ni di jual di kedai runcit dekat umah aku
apa lagi terus je aku beli & masak sambal
teringat masa kecik kecik dulu
mak masak sambal ni.

gigih pagi pagi lepas Amirul ke sekolah aku masak
sebab nak bawak ke office untuk lunch

Pernah juga aku dengar, org indonesia makan terung ni bertujuan untuk 'Sari Rapat"
sesuai bebenor kalau nak jarak kan anak.
entah betul ke idak aku pun tak tau la..
yang penting tekak aku ni puas makan udah le...


Note: Kalau kat kampung tumbuh meliar wat tak tahu je
Sini... siap kena beli lagi tuk makan. ngeeee

BLOGLIST KESUMA ANGSANA

Mungkin ramai yangdah kenal dengan blogger sorang ni. Kesuma Angsana atau lebih mesra dengan panggilan KA.

 

KA dah buat satu segmen utk bloglist kesuma angsana. 
makanya sebagai org yg selaly kay po kat blog dia, kena la join. ngeee

kenapa aku suka sangat ngan blog KA ni. Ada mcm mcm strory kat dalam blog dia tau
yang best tu banyak jugak petua yang dia perturunkan
walaupun tak semua petua yg dia kasi tu aku buat, sebahagian daripadanya ada la kan..

Dah lama dah aku follow KA ini. Best berkawan dengan dia di alam maya ni
walaupun hari hari aku datang blog dia, tapi belum pernah lagi aku bertemu muka
mcm mana ek kalau jumpa?

upsss... satu lagi yer. blog KA ni sentiasa hot dengan new entry tau.
Sapa nak join boleh klik banner kat atas sinunnnnnnnnnn..

Moga persahabatan maya kita kekal abadi yer KA.

Dugaan Yang Hebat ketika Bersalin

fuh... baru dapat kekuatan auntuk aku sharekan kat sini kisah Kak Long.
Ok. Actually Kak Long juga seperti wanita wanita lain
seorang isteri dan juga harapan untuk menjadi seorang ibu.

Sepanjang tempoh mengandung, Kak Long mempunyai sympton mcm aku jugak la
susah nak bergerak bebas. kekadang sakit kat kaki sebab tak boleh nak jalan
Kandungan Kak Long telah pun mencecah 41 minggu, 
pemeriksaan akhir oleh doktor dan keputusannya adalah
Kak Long perlu melahirkan anak secara pembedahan.

Kami kat umah sekali ngan BB sitter dok menunggu la
biasalakan orang belah perut bila beranak
tunggu la nanti baby boleh la tengok.

Hari sabtu petang tu 15/09/2012 tetiba kami dapat call
Kak Long  di masukkan ke ICU
kerana berlaku pendarahan yang teruk
Jika pendarahan tidak henti, mungkin akan ada pembedahan lagi

Masya Allah begitu besar dugaan.
tatkala Kak Long di dalam ICU
anaknya pula terpaksa di masukkan ke dalamICU
penafasan bayi kena di beri bantuan oksigen

Ya Allah... ujian apakah ini?
sudahla isteri di ICU, anak pulak di dalam ICU duduk dalam  incubator
tatkala wayar bersirat di hidung dan mulut isteri
wayar bersirat juga di mulut dan hidung anak

Hanya kata kata semangat yg dapat aku berikan tuk suaminya
pagi petang siang malam, berulang alik dia ke Hospital

Hari isnin
Kak Long dah boleh bukak mata
kemudian dia menulis nulis di telapak tangan suaminya
Nak sangat dia tengok anaknya
Ya Allah.. naluri seorang ibu
mesti la sayu kan, bila dah melahirkan tak dapat pula melihat mahupun menyusukan anak

menggunakan gerakan tangan dia nak lihat wajah anaknya
Suaminya ada snap photo anak
tapi tak sanggup dia tunjukkan kepada Kak Long
memandangkan keadaan anaknya bersirat dengan wayar

Ahad malam tu, Doktor ada call jam  11.00 mlm, suruh suami datang ke Hospital
ada hal rumit yg perlu di bincangkan
Hal ini tidak pula di beritahu, menjadi rahsia antara dia dan Doktor saja
biarlah kan.. aku faham keadaannya.

Tadi , suaminya ada bagitau yg doktor ada ambil sampel susu Kak Long
nak test sama ada sesuai tak untuk anak dia minum.
harap harap sesuai la kan.
sian anak tu, belum lagi minum colostrum ibunya, 

Tadi doktor ada panggil baby sitter ( Mak Kak Long) suruh datang 
mungkin dorang nak BS tolong pumpkan susu Kak Long kot
aku agak je lah, 


Bila aku fikirkan kembali, ku rasa sangatlah bersyukur
sehebat mana dugaan yg kutempuh ketika melahirkan anak anakku
termasuklah keguguran semua tu
tak sehebat mana pun jika di bandingkan dengan dugaan yang Kalong hadapi.


Sama samalah kita berdoa agar Kak Long cepat sembuh dan dapat menyusukan anaknya septi ibu ibu yang lain juga.