Wednesday, May 22, 2013

KKM cadang lanjut waktu rawatan pesakit luar

     


 Satu berita baik bagi rakyat malaysia!!
Hanya sesuai untuk mereka yang gemar mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan
Yang swasta tak ada apa apa perbezaan okey!

NIBONG TEBAL - Kementerian Kesihatan bercadang untuk melanjutkan waktu rawatan di bahagian pesakit luar di semua hospital kerajaan seluruh negara sehingga malam bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di bahagian itu.

*** Memang betul pun. walaupun kat Penang ni ada banyak hospital , klinik bagai, tapi asal pergi je mesti sesak dengan pesakit.***

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, kesesakan itu berlaku disebabkan orang ramai semakin mempercayai tahap rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Teik di sini pagi tadi.

*** Ya memang betul. kalau orang ramai tak percaya Hospital kerajaan, masakan ianya sesak selalu kan. ***

Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih diperingkat cadangan dan kementerian itu perlu melakukan kajian terperinci termasuk jumlah kakitangan yang diperlukan bagi melaksanakannya supaya ia benar-benar dapat mencapai objektif pelaksanaannya.

*** Moga moga cadangan dan kajian yang terperinci dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Lagi cepat lagi bagus****

Tambahnya, setiap tahun bahagian pesakit luar hospital kerajaan menerima hampir 40 juta pesakit dan kementeriannya harus melakukan penambahbaikan di bahagian rawatan itu agar dapat memenuhi keperluan rakyat. -


Kesan terhadap suatu kajian Sakit Mental

Aku tak nak le cerita tentang tanda tanda sakit mental ke hape ke
Tapi aku cuma nak cerita tentang kesan yang di alami
akibat dari senuah artikel yang 
menyatakan
"Kegilaan memuat naik gambar makanan ke dalam laman sosial, internet merupakan 
PETANDA ORANG SAKIT MENTAL"


 

sekali dengan aku le terpalit. 
Sib baik tak letak gambar aku kat artikel tu
kalau idak.. lagi haru biru kan..

Apa yang berlaku selepas artikel ini di keluarkan.

Pertama-  kebebasan anda untuk sesaja nak snap photo makanan di tempat awam
sedikit terganggu apabila ada mata mata di sekeliling sedang memerhati sambil tersenyum sini
kemudian akan dengar suara suara atau gerak bibir yang membawa maksud
"sakit mental tu"
sambil muncung muncung mulut ke arah anda...

Kedua-  Anda akan tertanya tanya pada diri sendiri, adakah betul anda sedang 
menghadapi sakit mental?

Ketiga - Anda rasa mcm nak lempang je orang yang cakap anda sakit mental tu

Keempat- Anda rasa inilah artikel pembohongan yang terlampau, yang entah darimana kajian
di buat, yang pasti tak ada seorang pun yang datang kepada anda untuk membuat kaji selidik

Kelima- Anda menganggap orang yang membuat kajian ini sebenarnya sakit mental dan bukannya anda
betul tak?
 

kesan ke atas aku.

Tak dapat nak memiliki Camera Samsung Galaxy ni
waaaaaaaaaaaaaaa...
Actually, hubby dah janji nak belikan, tapi risau pulak isterinya ni jadi mental
terus je cancel . sob sob..sob... Awak tak baik tau..

Ini semua angkara artikel ni la.
di tambah pulak baru baru ni ada kupasan tentang isu ni kat stesen radio.
yang mengatakan..
"mereka yang suka mengambil gambar makanan ini akan memberi seribu macam alasan
untuk memastikan bahawa apa yang mereka lakukan adalah benar!
dan sebenarnya mereka tak sakit mental"
mana ada orang sakit mental ngaku dia sakit mental kan.. kan..



yang pastinya, artikel ini telah membuat aku yang tak mental ni 
seakan akan mental la pulak. wahai artikel, ko memang tak patut..
ko telah memusnahkan impian ku .. ko telah memusnahkan harapanmu


mmm... tapi kan, my hubby dah janji .
Dia tak kan beli kamera tu kat kat aku..
But... he promise me to buy something which equivalent or more than the price of  that Camera ok.

Dah pergi tengok adiah tu..
mmmm... bila la nak berada di dalam dakapan ini.
ok. kali ni saya cakap "Awak memang Sangat sangat baik"


Note: dah dapat baru citer ok. Nak berangan angan kejap..

Ular Tedung Selar VS Ular Tedung Senduk




Hari tu kn, kami tengah lepak lepak kat  halaman rumah MIL
pas tu Uncle my hubby datang bagi tau
dia ada le lalu kat sebelah reban ayam MIL
tetiba nampak ular besar, Ular tendung Selar katanya.

Kazen hubby ada snap gambar ular tu, 
tapi dia terdelete pulak. idak boleh le tengok kan.


Actually, MIL ada bela beberapa ekor arnab
habis arnab tu di telan dek Ular tedung selar tu
sekarang tinggal sekor je arnab tu.


semalam call my adik yang tengah tunggu keputusan UPU
saja la nak tanya, kekalau dia ada terima offer ke mana mana University
tapi UPU belum keluar result lagi
dia cakap yang permohonannya untuk ke Maktab tak dapat.
mungkin ada panggilan ke dua kot lepas ni.


Pas tu saja le nak cakap ngan my third abang
borak borak ngan dia kejap.
pas tu dia bagitau yang Hamster Amirul semunya dah mati
Ibu hamster tu di telan dengan ular tedung senduk
Bapak Hamster tu pulak kena sembur ngan ular tu dan mati jugak le.
anak ular tu besar ni je yg masuk sangkar hamster tu
gedik  sangat ular tu masuk kat dalam sangkar hamster
pas makan hamster tak leh nak keluar la kan.
apa lagi ular tu lepak le dalam sangkar
datang my abang nak bagi makan hamster sekali dah bertukar jadi ular
hohohoho...

dengan kecekapan my abang, maka ular tu berjaya di tangkap
wah.. hebat tul la my abang. puji la aku ni melangit
last dia bagitau, ular tu kecik je.
mungkin anak ular tedung senduk kot.
bila kepalanya kembang ada nampak huruf "O' kat
oooo.. kecik je. patut la muat sangkar Hamster tu. 

sekarng Amirul dah kembali solo. 
tak de anak hamster dan cucu hamster dah..

Ada la bagitau kat dia tentang ni
dah dia plan nak bela arnab pulak
jgn dok cari pasal. kang mak tedung senduk pulak yang lepak.