Monday, October 7, 2013

Cabaran Dalam Berdiet.

As what you all know aku sekarang tengah diet sebab nak nyahkan 5-6 kilo lemak kat badan ni
Diet aku pulak tak de la extreme sangat
Diet yang boleh makan nasi. hahahaha..

 
My sayang ni mungkin tak sedar kot yang wife dia tengah diet.
So, aku suh dia pergi market beli ikan ketul
sekali balik bawa Kepci. haa.. ko..
makan gak la 2 ketul kentang wedges, kang terasa ati pulak my hubby.
dah orang penat penat beli tak mo makan kan..kan..
  

Then ada satu malam, my hubby bawa Naiim untuk gunting rambut
terus la deme gi kedai belia air kotak tuk Naiim ngan Aleesya
Sekali my hubby beli eskrem padle pop ni. khas untuk aku 
Siap mention agi kat anak anak " Eskrem ni ibu punya!"
sob..sob.. aku gigit jugak 2-3 kali. pas tu bagi kat anak.
 
  

Ada satu hari, hubby singgah pasar malam lepas balik kerja
dia belikan aku 5 biji tapai.
waaa.... memang kegemaran aku, sangat sangat terharu. naperlah time ku berdiet
adusss... ku makan jugak 2 biji. pas tu simpan dalam peties.

 

Kali ni, lepas je dinner, my hubby suh aku buat garam belacan/pencicah
dia cakap nak keluar pergi beli mangga putik
huhuhu... dah le aku suka ngan nyicah nyicah ni
time ni jugak le, ko teringin wahai suamiku.
yup! aku makan jugak secicah dua...


*** buat sumaiku yg ku sayang, sesungguhnya isterimu ini sangat bersyukur kerana
mempunyai suami yang begitu mengambil berat tentang pemakanan, sangat sangat terharu dengan layananmu
Terima kasih tak terhingga buatmu****


ok..sape suka biskut ni? angkat tangan... hahaha aku suka sangat biskut ni
sebab aku suka jem nenas.
Tadi pagi.. ada budak foreman tu datang bagi kat aku  sebungkus.
Saja la, sebab dia selalu tengok aku makan menda alah ni.
So, dia belikan untuk aku, Satu kati. Tak payah bayar pun.
Adoi............ memang menggugat keimanan toi la..


Note: Aku sebenarnya mewah dengan makanan. Patut la boleh Gemuk!hahahaha

Bila Marah....


Kisah Naiim
Kalau nak bandingkan ngan hubby, aku memang garang dengan anak anak
Tapi..garang garang aku pun anak anak bukannya takut pun
mungkin sebab selalu duk marah dorang
so.. dorang jadi lali..
Tapi..adakalanya dorang tak de la lali sangat, pre-cuation jugak tau deme ni. hahaha


Aku ni asal dengar azan je, akan suruh Naiim solat. Kalau 5 waktu
5 waktu lah aku dok suruh, tak pernah nak letih mulut ni..
Selalu la jugak dok  gempaq dia, "sekali lagi suruh tak buat, rotan sampai"


Satu hari bila aku gempoaq dia... tetiba si Naiim ni berdoa la pulak, buat aku tahan gelak dalam hati tau
" Ya allah selamatkanlah aku, tolong lah aku, Ya allah.. tolong...tolong..."
Adoi...  Anakku., ko ngadu kat Allah..



Kisah Aleesya
Wah, beduak tecik ni sekarang kan main lagi kuat merajuk
papa shout sikit pun dah sebik , tarik muka 14 ko
kalau aku marah lagi la.. siap gi sembam muka kat atas bantal lagi tu.


Nangis nangis.. bila orang tak gi pujuk dia
mulalah buat pangai.. siap datang lempang lembang, cubit, Kokak semua complete.

Then sabtu lepas, aku balik kerja
awal awal dah bagitau yang si abang nangis
sebab dia tumbuk tumbuk tumbuk.. ( gaya aksi tumbuk) kat aku
cakap tumbuk kat pala la, kat tangan la..
siap ketawa ketawa lagi bila citer kat aku.
Amboiii.. ko wrestling abang yer..

Sampai nangis nangais Si naiim tu. 
Kuat jugak tau , bila Aleesya ni ragging orang


kalau tak puas hati mesti nak cakap " tak mau ar...., jangan ar..."


Note: Kena banyak baca alam nashroh kat telinga ni!