Monday, July 22, 2013

Resipi Biskut Coklat Ranggup

Cubalah nak ikut cara si El tu, buat kuih memalam
sekali aku dah bancuh doh tu, ngantuk lah pulak, terus masukkan dalam lastik dan simpan dalam peties.
memang tak boleh la nak membakart kuih memalam la aku ni..

Tak mau cakap banyak mari kita tengok resipinya:-


Bahan Bahan
500 gram Tepung Gandum
50 gram creamer
30 gram serbuk koko
380 gram butter/mentega
100 gram gula ising
1 biji kuning telur
1tsp esen vanila

 
Untuk Hiasan 
50 gram Coklat Susu
sesudu butter/mentega
coklat Rice.


Cara membuatnya
putar butter dan gula hingga sebati,
kemudian masukkan telur dan esen vanila, putar lagi
masukkan creamer , putar lagi
masukkan serbuk koko, putar lagi
akhir sekali masukkan tepung gandum.
uli menjadi doh. 

*** untuk hasil yang lebih ranggup, simpan semalaman di dalam peti sejuk**
boleh saja kalau terus tekap acuan dan bakar.

adunan agak lembut sedikit, jadi letakkn sedikit tepung gandum sebelum di gelek
setelah di gelek duh itu, taburkan juga tepung gandum di atasnya
boleh saja pilih bentuk lain untuk acuan kuih ini.
tapi kalau pilih acuan sebegini senang nak letakkan hiasan.
setelah masak, biarkan sejuk.
sebelum hiasan di letakkan di atasnya.


*** masak coklat susu bersama mentega/butter. Guna kaedah double boil***

setelah itu, masukkan ke dalam piping plastik.
pipe kan cklat tapi di tengah tengah kuih tersebut
kemudian taburkan coklat rice di atasnya.

sejukkan sekejap di dalam peti utk bekukan coklat tersebut. dalam 1-2 minit sahaja.

hmmm.... dah siapkan 6 balang kecik kecik ni
boleh la bagi bagikan tuk Mak sendiri, mertua dan ayah..

Note: kepada mak..mak. dan. ayah ayah..Taun ni kuih raya dari air tangan anakmu ye..




7 Ramadhan - Rezeki

hahaha... ni nak citer tentang hari 7 ramdhan tu.
asyik tertangguh je nak bercerita. hahahaha...

Masa my hubby pergi bayar duit umah sewa kat tuan Umah di Teluk tempoyak
tetiba satu plastik besar ikan Tuan Umah kasi.
wah..mcm mcm hado..
Sotong katak pon ada..
ada sotong, ketam, ikan timah, ikan duri, ikan gelama
dan beberapa jenis ikan lagi yang aku pun tak kenal.
lupa lak nak snap photo gambr ikan tu. 
penuh satu peties aku.
sampai hari ni dok makan ikan ikan tu tak habis habis lagi...
Syukur Alhamdulillah...rezeki..

Ikan Timah..
Benornya, tuan umah aku tu Nelayan
mungkin hari saja le kot dia nak pergi jala jala ikan kat persisiran pantai
nak isi masa lapangnya sebelum nak tunggu waktu berbuka kan..
so, dah dapat ikan, kebetulan my hubby pulak pergi hantar duit umah
so, dorang bagi je la kat kami..

Ikan duri.. telurnya pun ada.. sedapppp
Wow.. best woo.. dapat makan ikan fresh.. manis ikan ikan tu.
yang best tu Ikan duri tu memuncit je perutnya
sekali aku siang ikan tu
suka sukinya hati..sebab ada telur


telur tak banyak ada la dalam 5-6 ketul. kecik kecik je
malas nk buat gulai, hubby suh aku goreng kunyit letak bawang cabai je
sangat sangat manis. dah jadi satu menu berbuka kami malam tu.

  

Ketam pun tak de la besar sangat. ada la dalam 3 ekor gitu
oleh kerana ketam ni baru je naik dari dalam laut
susah benar aku nak kopek cengkerangnya


Moga Allah sentiasa murahkan rezeki aku dan rezeki tuan rumah..
rasa untung pulak bila bertuan rumahkan Nelayan..
hahaha...



Note:Rezeki  come in many ways..